Akademi Pengajian Al -Quran Semporna

Akademi Pengajian Al -Quran Semporna Akademi Pengajian Al-Quran Semporna (APAQS) merupakan sebuah pusat pengajian Al-Quran yang ditubuhkan dibawah Institut Pengajian Al-Quran (IPaQ).

APaQS berdaftar dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS : 200-0/12/263).

3 MEI 2026 | Ahad*MAJLIS JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG*Bersama ustaz Sharuddin, ustazah Dayang, ustaz Hisham, ustaza...
07/05/2026

3 MEI 2026 | Ahad

*MAJLIS JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG*
Bersama ustaz Sharuddin, ustazah Dayang, ustaz Hisham, ustazah Apsa dan ustazah Sarah

Dengan hati yang penuh rasa syukur dan penghargaan, warga Yayasan Institut Pengajian al-Quran meraikan insan-insan hebat yang telah banyak menabur jasa, mendidik dengan penuh hikmah serta membimbing anak-anak pelajar yang daripada pelbagai peringkat umur dengan sabar dan kasih sayang.

Segala pengorbanan, tunjuk ajar dan komitmen yang dicurahkan sepanjang berada di bumi APAQS amat besar nilainya dan tidak mungkin dapat dibalas sepenuhnya.

Sesungguhnya seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi turut membentuk akhlak, menyemai adab dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan anak didik.

Walaupun pertemuan dan kebersamaan ini sampai ke penghujungnya, kenangan bersama akan sentiasa terpahat dalam ingatan dan jasa yang ditinggalkan akan terus dikenang sepanjang masa.

Semoga setiap langkah selepas ini dipermudahkan oleh Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan hati serta keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

β€œPergi seorang pendidik,
tinggallah sejuta kenangan dan manfaat.”

Untuk sumbangan, boleh salurkan terus ke akaun berikut:
πŸ”– No. Akaun: 560045066969
🏦 Bank: Maybank Berhad
πŸ’‘ Atas nama: Akademi Pengajian al-Quran Semporna
🏷️ Reference: Sumbangan



27 April 2026 | Ahad*Majlis Khatam al-Quran Akademi Pengajian al-Quran Semporna*Majlis ini telah diadakan dengan penuh k...
28/04/2026

27 April 2026 | Ahad

*Majlis Khatam al-Quran Akademi Pengajian al-Quran Semporna*

Majlis ini telah diadakan dengan penuh kesyukuran di Dewan Perpustakaan Semporna, sebagai tanda kejayaan para pelajar dalam menamatkan bacaan al-Quran secara lengkap. Majlis ini merupakan satu inisiatif murni yang digerakkan sepenuhnya oleh para pelajar sendiri, memperlihatkan semangat kerjasama, kepimpinan, dan komitmen tinggi dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini.

Seramai 160 orang pelajar telah hadir memeriahkan majlis tersebut, terdiri daripada pelbagai peringkat pengajian yang sama-sama berkongsi kegembiraan atas pencapaian ini. Kehadiran mereka bukan sahaja mencerminkan kesungguhan dalam membudayakan al-Quran, malah menunjukkan kesatuan hati dalam meraikan detik istimewa ini bersama rakan-rakan seperjuangan.

Suasana yang penuh tenang dan barakah jelas dirasai sepanjang majlis berlangsung, diiringi dengan rasa syukur dan keinsafan dan menjadi permulaan kepada usaha berterusan dalam mendalami, memahami, dan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.

Untuk sumbangan, boleh salurkan terus ke akaun berikut:
πŸ”– No. Akaun: 560045066969
🏦 Bank: Maybank Berhad
πŸ’‘ Atas nama: Akademi Pengajian al-Quran Semporna
🏷️ Reference: Sumbangan



25 April 2026 | Sabtu*Majlis Jamuan Perpisahan Penyelaras dan Guru bersama pelajar-pelajar di Akademi Pengajian al-Quran...
28/04/2026

25 April 2026 | Sabtu

*Majlis Jamuan Perpisahan Penyelaras dan Guru bersama pelajar-pelajar di Akademi Pengajian al-Quran Semporna*

Majlis ini berlangsung dalam suasana yang penuh keakraban, kesyukuran, dan rasa penghargaan yang mendalam, sebagai tanda terima kasih atas dedikasi, kesabaran, serta komitmen tinggi mereka dalam mendidik dan membimbing para pelajar sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di akademi tersebut.

Sepanjang majlis berlangsung, pelbagai pengisian menarik telah diadakan termasuk ucapan penghargaan pihak pengurusan akademi. Kata-kata nasihat, pesanan terakhir, dan perkongsian pengalaman daripada insan-insan yang diraikan turut menyentuh hati para hadirin, sekali gus menambahkan lagi suasana sebak dan penuh emosi. Juga diiringi dengan sesi bergambar bagi merakam detik-detik indah bersama.

Majlis ini turut diserikan dengan jamuan makan yang menyatukan semua hadirin dalam suasana santai dan harmoni, memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim antara para pelajar dan tenaga pengajar. Detik perpisahan ini bukan sahaja meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan, malah menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan tekun, serta menghargai jasa para pendidik yang telah banyak mencurahkan bakti. Semoga segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan akan terus menjadi panduan dan manfaat yang berpanjangan dalam kehidupan para pelajar di masa hadapan.

Untuk sumbangan, boleh salurkan terus ke akaun berikut:
πŸ”– No. Akaun: 560045066969
🏦 Bank: Maybank Berhad
πŸ’‘ Atas nama: Akademi Pengajian al-Quran Semporna
🏷️ Reference: Sumbangan



SALAM AIDILFITRI 1447HπŸŒ™πŸ”– Ramadan telah melabuhkan tirainya, meninggalkan seribu hikmah dan kenangan indah buat kita semu...
20/03/2026

SALAM AIDILFITRI 1447HπŸŒ™

πŸ”– Ramadan telah melabuhkan tirainya, meninggalkan seribu hikmah dan kenangan indah buat kita semua. Kini Syawal menjelma sebagai tanda kemenangan dan peluang untuk saling memaafkan.

πŸ”– Moga Aidilfitri ini menyinari hidup kita dengan kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan yang berpanjangan.

Maaf Zahir & Batin ✨🀝

Untuk sumbangan, boleh salurkan terus ke akaun berikut:
πŸ”– No. Akaun: 560045066969
🏦 Bank: Maybank Berhad
πŸ’‘ Atas nama: Akademi Pengajian al-Quran Semporna
🏷️ Reference: Sumbangan



Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, program dan aktiviti mingguan di Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APaQS) terus...
21/01/2026

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, program dan aktiviti mingguan di Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APaQS) terus berjalan secara berterusan dan terancang. Setiap sesi pembelajaran dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar yang hadir dengan penuh kesungguhan, memperlihatkan peningkatan demi peningkatan dalam usaha memperelokkan bacaan serta penghayatan terhadap al-Quran.

Pemandangan ini menjadi satu sumber kegembiraan dan motivasi buat kami apabila melihat masyarakat setempat dan para penuntut ilmu sanggup meluangkan masa, tenaga dan komitmen untuk mendekatkan diri dengan kalam Allah. Kesungguhan mereka mencerminkan kecintaan yang tulus terhadap al-Quran serta keinginan untuk terus memperbaiki diri melalui ilmu.

Seluruh warga APaQS sentiasa menzahirkan rasa syukur dan tidak putus-putus memohon doa agar setiap langkah, setiap masa yang dicurahkan, dan setiap usaha yang dilakukan dalam mempelajari al-Quran ini sentiasa berada dalam lindungan dan keberkatan Allah SWT, serta menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua yang terlibat.

Untuk sumbangan, boleh salurkan terus ke akaun berikut:
πŸ”– No. Akaun: 560045066969
🏦 Bank: Maybank Berhad
πŸ’‘ Atas nama: Akademi Pengajian al-Quran Semporna
🏷️ Reference: Sumbangan



Alhamdulillah, aktiviti mingguan di Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APaQS) terus dilaksanakan dengan istiqamah. Sed...
17/12/2025

Alhamdulillah, aktiviti mingguan di Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APaQS) terus dilaksanakan dengan istiqamah. Sedikit demi sedikit, para pelajar melangkah maju memperindahkan bacaan al-Quran mereka.

Satu kebahagiaan yang tidak ternilai apabila melihat masyarakat dan penuntut ilmu terus berusaha mendekatkan diri dengan al-Quran.

Seluruh warga APaQS sentiasa berdoa agar setiap usaha dan waktu yang dicurahkan dalam mempelajari kalam Allah mendapat keberkatan.

Untuk sumbangan, boleh salurkan terus ke akaun berikut:
πŸ”– No. Akaun: 560045066969
🏦 Bank: Maybank Berhad
πŸ’‘ Atas nama: Akademi Pengajian al-Quran Semporna
🏷️ Reference: Sumbangan



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Majlis Silaturrahim dan Gotong Royong APAQS Siri 4 2025 yang  berlangsung pad...
16/12/2025

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Majlis Silaturrahim dan Gotong Royong APAQS Siri 4 2025 yang berlangsung pada 30 November 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan dan semangat kesatuan.

Ini bukan sekadar sebuah acara biasa, tetapi merupakan satu pertemuan hati dan usaha, di mana setiap individu bersatu padu, menggalas tanggungjawab, dan menyumbang tenaga untuk mencipta perubahan yang lebih baik. Di bawah naungan semangat gotong royong yang tinggi dan berkongsi visi yang sama, para peserta bersama-sama membersihkan kawasan, memperbaiki infrastruktur dan menjalankan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat bukan hanya kepada kita, tetapi juga kepada generasi yang akan datang.

Majlis ini merupakan nadi kepada kelangsungan usaha dalam memperkukuh jalinan silaturrahim dan mempereratkan kerjasama, demi mewujudkan suasana yang lebih harmonis dan kondusif. Semoga segala usaha yang dijalankan diberkati dan dirahmati, serta terus diberikan kekuatan untuk melaksanakan lebih banyak aktiviti yang memberi manfaat kepada semua.

Semoga semangat gotong-royong dan kebersamaan ini terus dibawa dan dipupuk dalam siri program APAQS yang akan datang.
Untuk sumbangan, boleh salurkan terus ke akaun berikut:
πŸ”– No. Akaun: 560045066969
🏦 Bank: Maybank Berhad
πŸ’‘ Atas nama: Akademi Pengajian al-Quran Semporna
🏷️ Reference: Sumbangan



Sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan besar Allahyarhamah Ustazah Zailah binti Juak dalam medan dakwah dan p...
14/10/2025

Sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan besar Allahyarhamah Ustazah Zailah binti Juak dalam medan dakwah dan pendidikan di Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APaQS), Yayasan IPaQ telah menyampaikan sumbangan ikhlas kepada suami dan ibu Allahyarhamah.

Untuk makluman, Allahyarhamah telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2025, meninggalkan legasi ilmu dan kebaikan yang terus dikenang khususnya dalam pembelajaran ilmu al-Quran di daerah Semporna.

Moga segala amal soleh dan pengorbanan beliau menjadi bekalan yang berterusan, serta ditempatkan Allah SWT dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk."
(Surah Al-Bayyinah, ayat 7)

Al-Fatihah buat Allahyarhamah.

Alhamdulillah, rutin mingguan di Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APaQS) terus berjalan seperti biasa. Langkah demi ...
14/08/2025

Alhamdulillah, rutin mingguan di Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APaQS) terus berjalan seperti biasa. Langkah demi langkah, para pelajar meneruskan perjalanan mereka bersama kalam Allah dalam memperbaiki bacaan.

Tiada yang lebih membahagiakan selain melihat masyarakat dan para penuntut ilmu teguh berusaha menjadi ahli al-Quran.

Warga APaQS sentiasa mendoakan agar setiap langkah dan setiap masa yang diluangkan untuk kalam Allah ini diberkati.

Untuk sumbangan, boleh salurkan terus ke akaun berikut:
πŸ”– No. Akaun: 560045066969
🏦 Bank: Maybank Berhad
πŸ’‘ Atas nama: Akademi Pengajian al-Quran Semporna
🏷️ Reference: Sumbangan



20 Julai 2025 | AhadMajlis Kesyukuran Penutupan Kohort 8 Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APaQS)Alhamdulillah, denga...
25/07/2025

20 Julai 2025 | Ahad

Majlis Kesyukuran Penutupan Kohort 8 Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APaQS)

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, Majlis Kesyukuran Penutupan Kohort 8 Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APaQS) telah berlangsung dengan penuh jaya dan keberkatan. Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan para pelajar Kohort 8 menamatkan pengajian mereka serta sebagai wadah mempererat ukhuwah antara warga APaQS.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi bekalan dunia dan akhirat, dan semoga langkah seterusnya buat para pelajar sentiasa dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

Untuk sumbangan, boleh salurkan terus ke akaun berikut:
πŸ”– No. Akaun: 560045066969
🏦 Bank: Maybank Berhad
πŸ’‘ Atas nama: Akademi Pengajian al-Quran Semporna
🏷️ Reference: Sumbangan



Address

Jalan Tg. Kapor, Bugaya
Semporna Settlement
91308

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Pengajian Al -Quran Semporna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share