Papisma Cawangan Selangor

Papisma Cawangan Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Papisma Cawangan Selangor, Non-Governmental Organization (NGO), Taman Tasik Semenyih, Semenyih.

13/10/2025

Antara kumpulan peserta Get To Zero 2030

Sekitar lensa program Get To Zero 2030 anjuran bersama Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Majlis Agama Islam Selangor (M...
13/10/2025

Sekitar lensa program Get To Zero 2030 anjuran bersama Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tenaga penggerak Get To Zero PAPISMA Selangor.

Pelbagai isu dibincangkan dalam program Get to Zero 2030. Para peserta berkongsi pendapat dan bertukar soalan dengan par...
13/10/2025

Pelbagai isu dibincangkan dalam program Get to Zero 2030. Para peserta berkongsi pendapat dan bertukar soalan dengan para fasilitator PAPISMA yang terdiri daripada pengamal perubatan dan kesihatan di Malaysia.

Ini adalah sebahagian usaha untuk mencapai matlamat program sifar HIV/AIDS pada tahun 2030.

Task Force Get To Zero 2030 (GTZ 2030) ialah inisiatif membanteras HIV di Malaysia menjelang 2030.Data terkini menunjukk...
26/09/2025

Task Force Get To Zero 2030 (GTZ 2030) ialah inisiatif membanteras HIV di Malaysia menjelang 2030.

Data terkini menunjukkan kes tertinggi di Selangor dan WP Kuala Lumpur, terutama melibatkan individu berumur 19–30 tahun, majoritinya akibat hubungan seks songsang (MSM).

PAPISMA Selangor melalui pasukan GTZ 2030 melaksanakan Training of Trainers (ToT) untuk orang awam terutamanya mahasiswa bagi menyebarkan kefahaman kepada masyarakat.

Penyertaan anda, walaupun seorang, sangat bermakna dalam usaha membina masyarakat bebas HIV.

Berminat?
Andalah yang kami cari!

📍Ayuh daftar sekarang:
https://forms.gle/Cib8CSGHzMMiBPxdA

Lensa sekitar International Nusantara Conference on Medical Issues From Islamic Perspective (iNuCMI) 2025. Perkongsian i...
16/09/2025

Lensa sekitar International Nusantara Conference on Medical Issues From Islamic Perspective (iNuCMI) 2025. Perkongsian ilmu dan pertukaran maklumat serta penyelarasan kefahaman.

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui. [Surah An-Nahl: 43]

Tahniah PAPISMA Malaysia atas penganjuran majlis ilmu.

✨ Anak muda hari ini = pemimpin kesihatan esok ✨Jom bersama kami dalam sesi Webinar Live Google Meet:🎙 Doktor Muda & Mas...
18/08/2025

✨ Anak muda hari ini = pemimpin kesihatan esok ✨

Jom bersama kami dalam sesi Webinar Live Google Meet:

🎙 Doktor Muda & Masa Depan Negara
👉 Membongkar cita-cita, realiti & perjuangan anak muda dalam dunia perubatan.

🗓 Isnin, 25 Ogos 2025
⏰ 9.30 malam
📍 Google Meet (Percuma!)
🔗 Join sini: https://meet.google.com/hhq-ezik-xqq

💡 Kenapa perlu join?
✅ Dengar perkongsian eksklusif panel hebat secara sembang santai
✅ Fahami cabaran & peluang doktor muda
✅ Bawa suara kesihatan kita ke depan!

💪 Eksklusif untuk anda. ajak rakan rakan doktor, junior & adik-adik kampus.
🔥 Lagi ramai, lagi kuat suara kita!

✨”Inspire Growth, Cultivate Impact”✨

Anjuran :
Exco Generasi Muda & Mahasiswa
PAPISMA SELANGOR 2025/2027

Telah berlangsung pada 2 Ogos 2025 yang lepas Program Pendedahan Pertolongan Cemas anjuran Kelab Ibu-ibu PASTI Ainul Mar...
10/08/2025

Telah berlangsung pada 2 Ogos 2025 yang lepas Program Pendedahan Pertolongan Cemas anjuran Kelab Ibu-ibu PASTI Ainul Mardhiah Serdang.

PAPISMA Cawangan Selangor telah dijemput sebagai tenaga pengajar bagi program ini. Seramai kira-kira 30 orang ibu dan guru PASTI hadir bagi menimba ilmu penting terutamanya ketika berhadapan dengan kes-kes kecemasan kanak-kanak.

Tahniah diucapkan kepada semua Ibu-ibu dan guru-guru.

AYUH GENERASI MUDA SUARAKAN SEMANGAT KEMERDEKAAN!Unit Generasi Muda & Mahasisea PAPISMA Selangor dengan bangganya mengan...
31/07/2025

AYUH GENERASI MUDA SUARAKAN SEMANGAT KEMERDEKAAN!

Unit Generasi Muda & Mahasisea PAPISMA Selangor dengan bangganya menganjurkan:

🎥 PERTANDINGAN VIDEO PENDEK
“Patriotisme & Kesihatan: Suara Generasi Muda”
📅 1 – 25 Ogos 2025



🎯 Siapa boleh sertai?
• Mahasiswa perubatan & sains kesihatan
• Doktor HO, MO, dan doktor muda
• Anda yang mahu bersuara tentang isu kesihatan & negara!

🎥 Apa yang perlu dibuat?

⿡ Rakam video pendek berdurasi 30-90 saat atau kurang 3 minit
• Berbentuk ucapan, pesanan kesihatan, refleksi kemerdekaan atau inspirasi untuk masyarakat.
• Boleh dalam bentuk monolog, sketsa, kreatif atau motivasi.

Cadangan isu kesihatan: v**e dan rokok, LGBTQ, buli, isu sosial semasa dan lain lain

⿢ Upload video tersebut di akaun media sosial anda (IG / TikTok / FB / YouTube)

⿣ Guna hashtag rasmi:




⿤ Hantar link video ke borang penyertaan rasmi:
👉 [https://forms.gle/F1MEnKVKYrQkwZQr7]



🏆 Apa yang anda dapat?

✨ video terbaik akan menerima:
• Hadiah menarik wang tunai & sijil penghargaan digital
• Video akan disiarkan semula di media rasmi PAPISMA

💡 Semua peserta akan menerima e-sijil penyertaan!



🗓 Tarikh Penting
• Penyertaan dibuka: 1 Ogos 2025 (12:00 pagi)
• Penyertaan ditutup: 25 Ogos 2025 (11:59 malam)
• Nantikan pengumuman pemenang



🔥 Kenapa anda patut sertai?

Kerana suara kita, generasi muda, adalah masa depan kesihatan dan negara!
Sekecil mana pun usaha kita, ia mampu membawa perubahan.

💪 Jom rakam & kongsi inspirasi anda sekarang!



✨”Inspire Growth, Cultivate Impact”

📌 Anjuran:
Unit Generasi Muda & Mahasiswa PAPISMA SELANGOR


🌿 [PROGRAM ZIARAH I Siri 3: LAWATAN RUMAH WARGA EMAS AL-FATTAH, SEMENYIH] 🌿📅 6 Julai 2025 (Ahad)🤝 Kolaborasi: MMT UPM x ...
11/07/2025

🌿 [PROGRAM ZIARAH I Siri 3: LAWATAN RUMAH WARGA EMAS AL-FATTAH, SEMENYIH] 🌿

📅 6 Julai 2025 (Ahad)
🤝 Kolaborasi: MMT UPM x PAPISMA Selangor



*Kasih sayang, perhatian, dan keprihatinan* : itulah inti dalam setiap langkah yang kita ambil. Program Ziarah Siri 3 ini membawa para peserta menyantuni penghuni Rumah Warga Emas Al-Fattah di Semenyih, sebuah ruang yang mendamaikan dan penuh kisah kehidupan yang menyentuh hati.

💖 *Menyantuni, Menghargai, dan Membahagiakan*
Kunjungan ini bukan sekadar lawatan, tetapi peluang untuk berkongsi kasih, menceriakan hari-hari warga emas, dan menghargai pengalaman hidup mereka. Setiap senyuman yang terukir menjadi tanda bahawa keprihatinan kecil mampu membawa makna yang besar dalam hidup mereka.

🤝 *Bersama Menjalin Erat Ikatan Kemanusiaan*
Seramai 29 orang sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah turut serta dalam menjayakan program ini. Aktiviti yang dijalankan termasuk sesi ramah mesra, pemeriksaan kesihatan asas, persembahan ringan, pengisian rohani serta penyampaian sumbangan barangan keperluan.

Melalui program ini, nilai empati, kepimpinan berteraskan kebajikan, dan semangat kesukarelawanan dipupuk dalam kalangan mahasiswa, sekaligus mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dan komuniti setempat.

🌸 Semoga setiap langkah kecil ini menjadi asbab keberkatan, kebahagiaan dan inspirasi untuk terus berbakti — menyemai kasih, memupuk ihsan.

✨ “Kasih Sayang, Tanpa Batas”
✨ “Inspire Growth, Cultivate Impact”




29 orang sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan...
11/07/2025

29 orang sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang mendengar pengisian rohani yang disampaikan sendiri oleh Pengerusi PAPISMA Selangor, Dr Husmar Israq yang juga merupakan Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Serdang.

🌸 Semoga setiap langkah kecil ini menjadi asbab keberkatan, kebahagiaan dan inspirasi untuk terus berbakti — menyemai kasih, memupuk ihsan.

✨ “Kasih Sayang, Tanpa Batas”
✨ “Inspire Growth, Cultivate Impact”




Address

Taman Tasik Semenyih
Semenyih
43500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Papisma Cawangan Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share