Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kajang

Directions

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kajang Halaman rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kajang. Segala info, hebahan & perkembangan rasmi tentang Pengakap Daerah Kajang akan dikongsikan di sini.

Ikuti kami untuk kekal terkini!

Dukacita dimaklumkan Stesen JOTA-JOTI Daerah Kajang secara fizikal telah dibatalkan setelah mengambil kira faktor cuaca ...
14/10/2026

Dukacita dimaklumkan Stesen JOTA-JOTI Daerah Kajang secara fizikal telah dibatalkan setelah mengambil kira faktor cuaca (jerebu) dan pengurusan risiko peserta dan petugas. Pengurusan pengagihan kit JOTA-JOTI dan pemulangan yuran program akan dimaklumkan dalam masa terdekat melalui group aplikasi WhatsApps Hebahan PPM Kajang. Harap maklum dan terima kasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera. TEMPAHAN BAJU DAN KIT SET JOTA JOTI STESEN KAJANG 2026.Bagi yang berminat boleh mer...
25/09/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TEMPAHAN BAJU DAN KIT SET JOTA JOTI STESEN KAJANG 2026.

Bagi yang berminat boleh merujuk kepada GF yang telah dilampirkan. Digalakkan tempahan secara berkelompok bagi memudahkan urusan pengagihan.

Tarikh akhir tempahan pada 30 September 2026.

Pautan tempahan :

https://forms.gle/TBnwmGZxz8uY1cn98

sambil menyumbang kepada program Pengakap Daerah Kajang

Mesyuarat kali pertama Ahli Majlis Pengakap Kajang bagi sesi 2026/2028 bertemoat di SK Jalan Semenyih 1
19/09/2026

Mesyuarat kali pertama Ahli Majlis Pengakap Kajang bagi sesi 2026/2028 bertemoat di SK Jalan Semenyih 1

MAKLUMAN TERKINIPANGGILAN KE UDARA & DUNIA DIGITAL UNTUK SEMUA AHLI PENGAKAP DAERAH KAJANG! 🌐✨Bersedia untuk berhubung d...
19/09/2026

MAKLUMAN TERKINI

PANGGILAN KE UDARA & DUNIA DIGITAL UNTUK SEMUA AHLI PENGAKAP DAERAH KAJANG! 🌐✨

Bersedia untuk berhubung dengan jutaan sahabat Pengakap di seluruh dunia? JOTA-JOTI (Jamboree On The Air - Jamboree On The Internet) Stesen Kajang kembali lagi tahun ini dengan pelbagai aktiviti yang mantap dan menyeronokkan!

Bosan dengan aktiviti pengakap yang biasa-biasa? Teringin nak cuba pengalaman berkomunikasi guna radio amaturs, pecahkan kod rahsia, dan jalankan cabaran teknologi moden bersama rakan-rakan sepasukan? Inilah masanya untuk menguji kemahiran serta menimba pengalaman baharu!

Sertai kami di Jamboree On The Air & Jamboree On The Internet (JOTA-JOTI) Stesen Kajang 2026!

📌 Maklumat Program:
📅 Tarikh: 16 - 18 Oktober 2026
📍 Lokasi: SMK Tinggi Kajang
⚜️ Anjuran: Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor Daerah Kajang

✨ Aktiviti Menarik Yang Menanti Anda:
📻 Radio Amatur – Alami sendiri pengalaman berkomunikasi menerusi gelombang radio!
💬 JOTA-JOTI Chat – Bual dan berkenalan dengan rakan Pengakap dari seluruh pelosok dunia.
🚩 Signal Challenge & 🛠️ STEM Challenge – Uji minda dan kemahiran teknikal anda!
📟 Morse Code Challenge – Cabar diri menguasai isyarat Kod Morse!
🎁 ...dan banyak lagi aktiviti interaktif lain!

💰 Yuran Penyertaan:
👦 Ahli Pengakap: RM 120 / seorang
👨‍🏫 Pemimpin: RM 70 / seorang

📲 PEMIMPIN KUMPULAN & AHLI PENGAKAP, JOM DAFTAR SEGERA!
Pendaftaran adalah secara kelompok oleh Pemimpin Kumpulan. Imbas Kod QR pada poster atau klik pautan pendaftaran rasmi kumpulan anda sekarang sebelum kuota penuh!

TARIKH TUTUP PENYERTAAN 30 SEPTEMBER 2026

Link pendaftaran :
https://forms.gle/1LAgVZCpqXzcF4Jg9

12 OGOS 2026 | RABUAULA PERDANA, BLOK E, PPD HULU LANGATMESYUARAT AGUNG MAJLIS PENGAKAP DAERAH KAJANG TAHUN 2026​Setingg...
12/08/2026

12 OGOS 2026 | RABU
AULA PERDANA, BLOK E, PPD HULU LANGAT

MESYUARAT AGUNG MAJLIS PENGAKAP DAERAH KAJANG TAHUN 2026

​Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Haji Helmy bin Arshad D.S.P.N., A.I.S., Pengerusi Pakar Selia Taguh Sdn. Bhd., atas kesudian hadir dan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Daerah Kajang Tahun 2026.

Kehadiran YBhg. Dato’ amat bermakna serta memberi suntikan semangat buat seluruh warga Pengakap Daerah Kajang.

​Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada:

🤝 Barisan Jawatankuasa Majlis Pengakap Daerah Kajang (Sesi 2024/2026) atas segala khidmat bakti, komitmen, dan sumbangan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan.

👏 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung 2026 yang telah bekerja keras dan memastikan perjalanan majlis berlangsung dengan jayanya.

​Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Majlis Pengakap Daerah Kajang bagi Sesi 2026/2028 yang telah dilantik.

Semoga amanah dan kepimpinan baharu ini dapat memacu gerakan pengakap di Daerah Kajang ke tahap yang lebih cemerlang.

​“Sekali Pengakap, Terus Pengakap!”

​

Kursus Asas Radio Amatur telah pun melabuhkan tirainya dengan penyertaan seramai 21 orang yang merangkumi Ahli Pengakap ...
23/06/2026

Kursus Asas Radio Amatur telah pun melabuhkan tirainya dengan penyertaan seramai 21 orang yang merangkumi Ahli Pengakap Kanak-kanak, Ahli Pengakap Muda, Ahli Pengakap Kelana, Pemimpin Pengakap dan juga bukan Pengakap yang berminat mendalami ilmu Radio Amatur.

Ucapan jutaan terima kasih kepada Majlis Pengakap Daerah Kajang dan juga Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kajang yang banyak memberikan bantuan dan sokongan dalam menjayakan kursus ini dengan jayanya.

Terima kasih buat Jurulatih Jemputan, Tuan Hussairy.

Ucapan terima kasih kepada Tuan Mohd Syafiq Ridzwan, Ahli Majlis Pengakap Daerah Kajang yang telah bersama-sama di akhir Kursus ini.

Didoakan semua peserta yang menyertai kursus ini, memanfaatkan ilmu ini untuk disebarkan kepada orang lain serta meneruskan minat di dalam Radio Amatur (first step, ambil Ujian Kelas C Radio Amatur).

Kursus anjuran Unit Kelana dan SPKD Kajang.

7388

Program terdekat di PPMDKAJANG ✌️😎Ayuh sertai👍
17/06/2026

Program terdekat di PPMDKAJANG ✌️😎
Ayuh sertai👍

Tahniah dari PPMKajangAlhamdulillah...Kontigen Selangor yang diwakili oleh Sekolah Islam Sri Ayesha (SAIS) telah memenan...
25/05/2026

Tahniah dari PPMKajang
Alhamdulillah...

Kontigen Selangor yang diwakili oleh Sekolah Islam Sri Ayesha (SAIS) telah memenangi pingat *EMAS* dalam pertandingan *Laser Reflection Maze* di ISX26 di Batu Pahat, Johor 💪👍

25/05/2026

ScoutDiscoveryDay

Address

Bilik Gerakan Pengakap Kajang Lot 1407, Bt 27 Jalan Sg Lalang, Semenyih
Semenyih
43500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share