Pencak Pukulan 13

Directions Website Contact the organization

Pencak Pukulan 13 Permainan Melayu, Buah Pukul, Kelas Melayu "Menepis PATAH, Memukul PECAH. Mengelak MENDAPAT"

Pencak Pukulan Tiga Belas. Yang kami gunakan, yang kami kongsikan.

Gabungan dua beladiri yg tiada mempunyai nama pada awalnya. Namun wujud gurunya dan juga asal - usulnya. " Silat ini tiadalah bernama, tidak pernah juga aku letakkan namanya.. letakkanlah angka sembilan akan namanya..." Sembilan itulah salah satu dari duanya, sebelum 13 menjadi namanya. Kerana yang satu itu lagi hanya ada empat akan tapaknya. Tetap juga kukuh ia berdiri, buat mendirikan batang tubuh yang belum tahu akan untung nasibnya. Pesan Pak Tua semasa berkelana di Kota Tinggi. Telah pun arwah guruku yg satu ini, 7 hari sebelum arwah menghela nafasnya yang terakhir, sempat mengajarkan aku empat tapak yg dipelajarinya dari salah seorang Tokoh Pahlawan Zaman Silam dari Negeri Darul Takzim. Tapak ini jugalah yang aku gunakan dan pd penilaian aku dan teman - teman, dua aliran ini adalah amatlah mudah, ringkas dan berkesan dipelbagai keadaan. Lalu diilhamkan gelarannya permainan ini, Pencak Pukulan 13. Sembilan + empat =TIGABELAS... Jurusannya didirikan pd dasar lima tangan, empat kaki & empat tapak. Mudah-mudahan usaha mengembangkan Pencak ini membuahkan hasil dalam memartabatkan Silat pada Bangsanya. Tidak kira apa nama silat yang dipelajari, tujuannya tetap sama. Membentuk jatidiri dan disiplin serta keperibadian. Memupuk semangat pada anak muda dan pewaris seterusnya tentang betapa pentingnya perjuangan sebuah bangsa, betapa pentingnya silat dalam memartabatkan Agama dan bangsa. InsyaAllah, mudah-mudahan lantaran usaha yang berdikit-dikit ini, mendapat berkat dan sinaran Rahmat dari Allah swt.. "Dan persiapkanlah apa-apa sahaja kekuatan yang kamu sanggupi." (Al-anfal:60)

Menurut Imam Yusuf al-Qardhawi :
“belajar seni mempertahankan diri adalah dibenarkan bagi mereka yang mampu. Kadangkala ia menjadi wajib bagi seseorang. Khususnya bagi mereka yang diancam dengan serangan fizikal. Dengan mempelajari ilmu bela diri, seseorang akan memiliki bekal untuk menangkis serangan serta mematahkan usaha lawannya. Pandangan ini sesuai dengan kaedah syariat yang menyebutkannya, “Hal yang menjadi syarat bagi terjadinya sesuatu yang wajib, maka hukumnya menjadi wajib pula.”

Innalillahi wainnaillaihi rojiun. Salam takziah buat seluruh keluarga Tok Bat dan semua Anak² Gayong. Perginya sebuah Pe...
28/07/2026

Innalillahi wainnaillaihi rojiun. Salam takziah buat seluruh keluarga Tok Bat dan semua Anak² Gayong.

Perginya sebuah Permata yang tiada gantinya. Semoga Abah J***t ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah ampunkan dia,
Terimalah segala amalnya,
Luaskanlah kuburnya,
Berikanlah syurgamu buatnya.
Rahmatilah pemergiannya.

Bissirrilfatihah Bissirrilikhlas

Assalamualaikum wbt.Selamat Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini dengan rendah dirinya kami ingin menjemput Guru² & p...
08/04/2026

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini dengan rendah dirinya kami ingin menjemput Guru² & pengamal² Silat Aliran Buah Pukul ke Majlis Lian Raya 2026 yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 11.4.2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 - 11.00 malam
Tempat : Dewan PKGS Gombak Setia
Tema : Baju Melayu Bersamping

Majlis ini diadakan adalah hasil kerjasama gabungan Perguruan Buah Pukul Lembah Kelang dengan matlamat Muafakat Ukhwah Silaturahim Perguruan Buah Pukul Lembah Kelang.

Majlis akan di hadiri oleh Guru² & Ahli dari Persatuan berikut dan selainnya:

1) Sekretariat Silat Aliran Buah Pukul (SIAP)
2) Persatuan Gayang Lima Malaysia
3) Persatuan Gerak Lian Paduka Mersing
4) Persatuan Lingkaran Gerak Lian Malaysia
5) Persatuan KUNTA
6) Akademi Gayang 5
7) PERAWAD
8) Persatuan Lian Malaysia
9) Persatuan Buah Lian
10) Perguruan Pencak Pukulan 13
11) Persatuan Seni Buah Pukul Mersing
12) DLL

Bersempena itu, kehadiran Tuan Guru dan Saudara Buah Pukul sekalian amatlah kami hargai dan harapkan. Semoga titian Ukhwah ini terikat dengan pasak kasih sayang demi Allah dan Rasul.

Salam Aidilfitri & Salam Persaudaraan Buah Pukul

16/02/2026
16/02/2026

Terbaik Tuan Guru Pak Munawer

Address

Tanah Melayu, Melaka, Nusa Kencana, Nusantara
Semenyih
43500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pencak Pukulan 13 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pencak Pukulan 13:

Shortcuts

Share