Pusat jagaan Al-fattah

Pusat jagaan Al-fattah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat jagaan Al-fattah, Non-Governmental Organization (NGO), Taman Tasik Semenyih, Semenyih.
(4)

“Menyerap maksud Al-Fattah (Yang Maha Membuka), pusat ini menempatkan warga emas yang tiada tempat tinggal serta memberi mereka peluang untuk memulakan kehidupan yang lebih terjamin, bermaruah dan penuh kasih sayang.”

🌙Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448h🌙                                 Taksirah AWAL Muharam disampaikan oleh Ustaz Rahma...
17/06/2026

🌙Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448h🌙

Taksirah AWAL Muharam disampaikan oleh Ustaz Rahmat Hj Ali kepada warga emas al -Fattah pada pagi ini,allhamduillah permulaan yang sungguh indah buat mak abah di Pusat jagaan Al-fattah

17/06/2026

🌙Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448h🌙

Semoga tahun baharu Hijrah membawa keberkhatan memperkukuh ukhuwah sesama kita.

Sama -sama kita mendoakan tahun ini membawa kedamaian dan keampunan Allah swt kepada kita semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Dengan penuh rasa rendah hati, pihak kami ingin merayu sumbangan ikhlas daripada par...
02/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan penuh rasa rendah hati, pihak kami ingin merayu sumbangan ikhlas daripada para dermawan bagi membantu menjelaskan tunggakan bil elektrik dan air di Pusat Jagaan Warga Emas.

Pusat ini menempatkan warga emas yang terdampar dan memerlukan, dan bekalan api serta air amat penting untuk keperluan harian mereka seperti memasak, rawatan, kebersihan dan keselesaan penghuni.

Sebarang sumbangan, tidak kira kecil atau besar, amat kami hargai dan sangat bermakna buat kelangsungan operasi pusat ini. Semoga setiap kebaikan yang dihulurkan menjadi saham akhirat dan dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT 🤲

Bagi yang ingin membantu, boleh hubungi kami melalui mesej inbox / WhatsApp.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang prihatin dan sudi berkongsi rezeki ❤️

pembayaran boleh dibuat ke akaun TNB :210348173005 & 210368804101
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 0179925503

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 017-992 5503

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Datuk Wira Johan bin Haji Abdul Aziz atas kesudian ...
25/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Datuk Wira Johan bin Haji Abdul Aziz atas kesudian merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah.

Terima kasih yang tidak terhingga juga atas tajaan yang diberikan bagi menjayakan sambutan ini termasuk sumbangan baju raya buat warga emas kami. Ini merupakan kali pertama Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah menerima tajaan sebegini, dan ia amat bermakna serta memberi kegembiraan besar kepada mak abah di pusat ini.

Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada pihak PWB, KRT, NGO-NGO, para sukarelawan, penduduk Taman TTS serta semua tetamu dan hadirin yang hadir memeriahkan majlis ini.

Sesungguhnya keprihatinan, sokongan dan kasih sayang yang diberikan amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang. Semoga segala jasa baik dan sumbangan semua pihak dibalas dengan keberkatan, rezeki yang melimpah serta dipermudahkan segala urusan.

24/04/2026
Sekali lagi kami menjemput semua hadir ke sambutan hari Raya Aidilfitri Rumah Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah
18/04/2026

Sekali lagi kami menjemput semua hadir ke sambutan hari Raya Aidilfitri Rumah Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🤍Dengan penuh rendah diri, kami dari Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah ingin merayu ba...
06/04/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🤍

Dengan penuh rendah diri, kami dari Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah ingin merayu bantuan daripada Tuan/Puan semua…

Ketika ini, kami sedang menghadapi kesukaran untuk menampung bayaran bil air dan elektrik yang menjadi keperluan asas buat “mak abah” di pusat kami. Tanpa bekalan ini, urusan harian mereka akan terjejas dan kami amat bimbang akan keselesaan mereka…

Kami memohon ihsan Tuan/Puan untuk membantu sekadar yang mampu. Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun SYABAS dan TNB bagi memastikan segala bayaran disalurkan dengan telus.

Setiap ringgit dari Tuan/Puan adalah sinar harapan buat mereka yang sangat memerlukan… 🤲

Jangan biarkan “mak abah” kami melalui hari-hari tanpa keperluan asas… kami benar-benar mengharapkan keprihatinan anda 🙏

Semoga segala kebaikan dibalas dengan rahmat dan rezeki yang melimpah. Terima kasih ❤️

05/04/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan penuh rasa hormat, kami ingin menjemput Dato' Datin Tuan/Puan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah yang akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 19 April 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 11.00 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah

Kehadiran Tuan/Puan amat bermakna dan pasti akan menggembirakan hati “mak abah” di pusat ini dalam meraikan suasana Syawal bersama.

Sehubungan itu, mohon jasa baik Tuan/Puan untuk memberikan maklum balas kehadiran.

Segala kehadiran dan sokongan didahului dengan ucapan terima kasih.

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Ikhlas,
Pihak Pengurusan
Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah

22/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026

Kami Warga Emas al-Fattah mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua Penyumbang2 Dan penderma2 serta semua yang terlibat secara langsung Dan tidak langsung

Address

Taman Tasik Semenyih
Semenyih
43500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat jagaan Al-fattah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat jagaan Al-fattah:

Share