Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih

Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih Pihak surau banyak menganjurkan aktiviti seperti kuliah maghrib dan subuh, Ceramah Perdana daripada penceramah yang hebat serta aktiviti kemasyarakatan.

Andai Ini Ramadan Terakhirku
09/03/2026

Andai Ini Ramadan Terakhirku

Majlis Berbuka Puasa Bermula 02 Ramadan hingga 28 RamadanJom hadir
28/02/2026

Majlis Berbuka Puasa
Bermula 02 Ramadan hingga 28 Ramadan
Jom hadir

Halaqah IlmuKuliah SubuhUstaz Ahmad Redza 01 Mac 2026
28/02/2026

Halaqah Ilmu

Kuliah Subuh
Ustaz Ahmad Redza
01 Mac 2026

*INFO KULIAH ZUHUR*_SURAU AS-SYAKIRIN TAMAN PELANGI SEMENYIH_(Surau Kebenaran Solat Jumaat)Assalamualaikum warahmatullah...
28/02/2026

*INFO KULIAH ZUHUR*
_SURAU AS-SYAKIRIN TAMAN PELANGI SEMENYIH_
(Surau Kebenaran Solat Jumaat)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kuliah Zuhur akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh: *1 Mac 2026 (Ahad)*
๐Ÿ• Masa: *Selepas Solat Zuhur*
๐ŸŽ™ Penceramah: *Ustaz Rozie Rejab*
๐Ÿ”– Tajuk: *Tadabbur 5 ayat*
๐Ÿ“ Tempat: *Surau As-Syakirin, Taman Pelangi Semenyih*

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahagaโ€ฆ
Ia adalah madrasah jiwa.
Ia adalah saat langit terbuka luas menerima doa-doa yang tulus.
Ia adalah peluang untuk hati yang lalai kembali sujud dengan penuh rasa hamba.

Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa bekas di jiwa.
Hadirlahโ€ฆ duduklah seketika dalam majlis ilmu,
kerana satu langkah menuju majlis ilmu
lebih berharga daripada seribu langkah tanpa arah.

Semoga setiap langkah kita ke kuliah ini
dicatat sebagai saksi cinta kita kepada Allah. ๐Ÿคฒ

Mari hadir, mari dengar, mari berubah.



'Ramadan

MAJLIS BERBUKA PUASA SURAU AS-SYAKIRIN TAMAN PELANGI SEMENYIH 20 FEB 2026 (JUMAAT)
20/02/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA SURAU AS-SYAKIRIN TAMAN PELANGI SEMENYIH 20 FEB 2026 (JUMAAT)

โ˜ช๏ธ INFAQ RAMADANโ˜ช๏ธRebut peluang gandakan pahala dengan bersedekah pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini! Jom Infa...
18/02/2026

โ˜ช๏ธ INFAQ RAMADANโ˜ช๏ธ

Rebut peluang gandakan pahala dengan bersedekah pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini! Jom Infaq untuk Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih.

Sumbangan boleh disalurkan melalui:

๐Ÿ’ณ Transfer/Bank-in ke:
Surau As-Syakirin
No. Akaun BIMB: 12195010001666

๐Ÿ“ฑ Atau scan QR Code Surau As-Syakirin, Taman Pelangi Semenyih

๐Ÿคฒ๐Ÿป Semoga setiap sen yang disumbangkan menjadi bekalan pahala dan diberkati Allah SWT.

Marhaban Ya RamadanPengurusan Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramada...
18/02/2026

Marhaban Ya Ramadan

Pengurusan Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadan 1447H kepada seluruh Ahli Kariah Surau As-Syakirin Fasa 6 & 7, Taman Pelangi Semenyih.

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan surau tercinta ini sepanjang Ramadan dengan menghadiri solat berjemaah, Solat Terawih, tadarus Al-Quran, majlis ilmu serta iftar jamaie. Semoga kehadiran dan penglibatan kita semua menyemarakkan lagi keberkatan dan ukhuwah dalam komuniti.

Marilah kita memperbanyakkan doa menjelang Ramadan:

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุณูŽู„ู‘ูู…ู’ู†ููŠ ู„ูุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูู…ู’ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ู„ููŠ ูˆูŽุชูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ู’ู‡ู ู…ูู†ู‘ููŠ ู…ูุชูŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ู‹ุง

โ€œYa Allah, sampaikanlah aku ke Ramadan, sampaikanlah Ramadan kepadaku, dan terimalah ia daripadaku dengan penuh penerimaan.โ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang, pewakaf dan para dermawan yang sentiasa menyokong aktiviti surau. Semoga Allah SWT menerima segala amal jariah, melimpahkan rezeki yang berkat, mengurniakan kesihatan yang baik serta membalas dengan ganjaran pahala yang berpanjangan.




๐ŸŒ™ HALAQAH ILMU โ€“ KULIAH ZUHUR RAMADAN 1447H ๐ŸŒ™Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih (Surau Kebenaran Solat Jumaat) men...
18/02/2026

๐ŸŒ™ HALAQAH ILMU โ€“ KULIAH ZUHUR RAMADAN 1447H ๐ŸŒ™

Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih (Surau Kebenaran Solat Jumaat) menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk menghadiri Halaqah Ilmu - Kuliah Zuhur.yang diadakan setiap Sabtu & Ahad sepanjang Ramadan.

๐Ÿ•Œ Lokasi:
Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih (Surau Kebenaran Solat Jumaat)
๐Ÿ•ฐ Masa: Selepas Solat Zuhur

Ayuh manfaatkan keberkatan Ramadan dengan menambah ilmu, menyucikan hati dan menguatkan iman melalui majlis ilmu yang penuh barakah.

_โ€œRamadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan mentarbiah jiwa dan akal.โ€_

๐Ÿ“– *Hadirilah, ajaklah keluarga dan sahabat bersama.*




Assalamualaikum WBT Jom Imarah Surau Kita!Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih(Surau Kebenaran Solat Jumaat)Muslimin...
18/02/2026

Assalamualaikum WBT

Jom Imarah Surau Kita!
Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih
(Surau Kebenaran Solat Jumaat)

Muslimin & muslimat yang dirahmati Allah SWT.

Ayuh bersama-sama menghidupkan malam Ramadan dengan Solat Terawih berjemaah di Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih bermula malam ini. Rebut peluang gandakan pahala. Eratkan ukhuwwah sesama jamaah. Suburkan jiwa dengan ibadah

Mari kita makmurkan rumah Allah. Langkah kecil, ganjaran besar.



Address

Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih, Jalan Tps 4/5, Taman Pelangi
Semenyih
43500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih:

Share