Muafakat Komuniti Semenyih & Kajang

Muafakat Komuniti Semenyih & Kajang MK SKB adalah satu jalinan yang terbentuk antara penduduk setempat di atas nama kasih sayang

13/05/2026
13/05/2026

🇲🇾✨ DAKWAH CINTA
Bukit Bintang Berselawat 3.0

Membawa dakwah dengan hikmah, kasih sayang dan akhlak yang mulia di tengah kota.

Bukan sekadar himpunan selawat,
tetapi usaha menyebarkan rahmah, budaya beradab dan kasih Rasulullah ﷺ kepada masyarakat.

Antara pendekatan yang boleh dibawa :

🤍 Permakaian hijab & busana
untuk wanita non-Muslim di beberapa lokasi terpilih secara santun dan penuh hormat.

🪞 Membawa cermin bersama
sebagai simbol keyakinan, penghargaan dan pengalaman yang lebih mesra.

🎶 Perarakan selawat & budaya
selama 1 jam 30 minit membawa suasana harmoni, cinta dan kesatuan ummah.

🤝 Gerak dakwah team kecil-kecil
yang bergerak dengan tertib, berhikmah dan tidak mengganggu suasana awam.

Kita hadir bukan untuk memaksa,
tetapi menyantuni manusia dengan adab, senyuman dan kasih.






12/05/2026

🇲🇾🇵🇸 Setiap Selawat, Satu Doa Untuk Palestin

Bukit Bintang Berselawat 3.0 bukan sekadar sebuah himpunan.

Ia adalah tanda bahawa umat ini masih hidup dengan cinta Rasulullah ﷺ, kasih kepada ummah dan kerinduan kepada Kota Suci Islam.

Perjuangan Baitul Maqdis dan pembebasan Palestin juga merupakan antara agenda kesedaran yang sentiasa diangkat setiap kali Bukit Bintang Berselawat diadakan.

Kerana Baitul Maqdis bukan sekadar sejarah, tetapi amanah generasi.

Mudah-mudahan usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang
✨ mencintai Rasulullah ﷺ
✨ peduli terhadap nasib ummah
✨ membawa adab, rahmat dan kesatuan
✨ serta menyimpan azam untuk melihat Baitul Maqdis kembali dimuliakan.

📍 Bukit Bintang, Kuala Lumpur
📅 16 Mei 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 malam - 10.30 malam

Dari Bukit Bintang,
doa kita untuk ummah.






12/05/2026

📌 Segala maklumat berkaitan Bukit Bintang Berselawat 3.0 boleh diakses melalui Linktree rasmi kami.

Di sana, anda boleh mendapatkan info terkini berkaitan program, pengisian, lokasi, checkpoint serta hebahan penting yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

⚠️ Sebarang maklumat adalah tertakluk kepada perubahan mengikut keperluan semasa bagi memastikan kelancaran program.

Mohon para peserta dan sahabat semua sentiasa merujuk Linktree rasmi untuk mendapatkan informasi yang paling terkini.

Scan QR code atau
Klik di sini https://linktr.ee/bukitbintangberselawat2

🌹
🌹
🌹
🌹

11/05/2026

Feedback daripada mereka yang hadir ke Bukit Bintang Berselawat 1.0

Baginda Rasulullah SAW ialah "Rahmatan Lil A'lamin.”
Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW merupakan rahmat, kasih sayang, dan kebaikan yang melimpah kepada seluruh makhluk

Terima kasih atas perkongsian ini, Anak Chow Kit 😃

Sumber daripada sini :
https://vt.tiktok.com/ZS93RmTVf/

08/05/2026

BBB 1.0
27.09.2023
bermula dengan satu langkah kecil.

BBB 2.0
15.09.2024
menghimpunkan lebih ramai jiwa
di tengah hiruk-pikuk kota.

Dan perjalanan ini…
akan bersambung di BBB 3.0.

16.05.2026
Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Daripada langkah kecil,
kita teruskan gelombang selawat ini bersama.

Sebarkan.
Ajak keluarga, sahabat dan insan tersayang hadir bersama.

Jumpa anda di Bukit Bintang Berselawat 3.0 ✨




🚨 POSTER RASMI BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 🚨Akhirnya yang dinanti tiba ✨Inilah poster rasmi Bukit Bintang Berselawat 3....
08/05/2026

🚨 POSTER RASMI BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 🚨

Akhirnya yang dinanti tiba ✨
Inilah poster rasmi Bukit Bintang Berselawat 3.0.

Satu gelombang yang menghimpunkan masyarakat di tengah kota… membawa selawat, budaya, warisan dan cinta kepada Rasulullah ﷺ dalam suasana yang penuh hikmah dan adab.

📍 Bukit Bintang, Kuala Lumpur
🗓 16 Mei 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 malam – 10.30 malam

Antara pengisian :
• Perarakan Selawat
• Sajak Warisan Jiwa
• Lagu Patriotik
• Persembahan Budaya & Tari Silat
• Zikir, Selawat & Doa

Kita angkat :
✨ Hiburan Beradat
✨ Budaya Diangkat
✨ Muhammad For All
✨ Islam For All

Ayuh hadir bersama keluarga, sahabat dan komuniti ❤️
Mari hidupkan malam kota dengan selawat.




Address

Semenyih
43500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muafakat Komuniti Semenyih & Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Muafakat Komuniti Semenyih & Kajang:

Share