Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA, Non-Governmental Organization (NGO), 43-2, Jalan ECO MAJESTIC 9/1C JALAN ECO MAJESTIC, Semenyih.

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) merupakan gabungan NGO-NGO Islam yang telah menggerakkan pelbagai inisiatif 'check and balance' dalam negara sejak 2006.

KENYATAAN MEDIAPERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)BIL 04/2026Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) men...
30/03/2026

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)
BIL 04/2026

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mengecam sekeras kerasnya insiden kematian tragis akibat dilanggar oleh pemandu mabuk yang berlaku baru-baru ini di Jalan Raya Barat, Klang. Kejadian menyayat hati ini bukan sekadar satu kemalangan, tetapi satu bentuk kecuaian melampau yang telah meragut nyawa insan tidak berdosa.

PEMBELA dengan ini menyatakan komitmen untuk menawarkan khidmat perundangan secara pro bono kepada keluarga mangsa. Ini termasuk nasihat guaman, pemantauan rapi prosiding kes, serta representasi di mahkamah bagi memastikan keadilan ditegakkan sepenuhnya tanpa sebarang kompromi. Ia juga bagi mendapatkan pampasan
yang dibenarkan oleh undang-undang akibat kecuaian tersebut.

PEMBELA menegaskan bahawa perbuatan memandu dalam keadaan mabuk adalah satu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan. Sebarang bentuk kelonggaran atau layanan lunak terhadap pelaku hanya akan menghantar mesej yang salah kepada
masyarakat dan membuka ruang kepada lebih banyak tragedi seumpamanya. Meminum minuman memabukkan perlu dikawal dengan lebih tegas lagi. Premis yang menawarkan minuman yang memabukkan ini juga perlu bertanggung jawab secara kediri menegah pelanggan mereka memandu dalam keadaan mabuk.

PEMBELA mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan yang paling tegas di bawah undang-undang, termasuk memastikan pendakwaan dijalankan secara segera dan
menyeluruh serta hukuman yang setimpal dikenakan. Kegagalan berbuat demikian adalah satu pengkhianatan terhadap keadilan dan keselamatan awam.

Nyawa yang telah hilang sudah pasti tidak akan kembali. Namun, keadilan tidak boleh dikompromi. Pada masa ini keluarga mangsa perlu dibantu agar kesusahan yang dihadapi dapat diringankan. Sudah sampai masanya Kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan konsep ‘diyat’ bagi meringankan kesusahan keluarga mangsa.

PEMBELA boleh dihubungi melalui No 019-3217845 (En Amirul Arib) untuk tindakan lanjut.

Dato Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Pengerusi
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
30 Mac 2026

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونDukacita dimaklumkan Mantan Ketua Hakim Negara, yang merupakan pejuang dalam m...
19/02/2026

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Dukacita dimaklumkan Mantan Ketua Hakim Negara, yang merupakan pejuang dalam menegakkan keadilan di dunia perundangan, Tun Abdul Hamid Bin Haji Mohamad telah meninggal dunia.

Salam takziah buat keluarga.

Marilah sama-sama kita doakan agar aoh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. آمِّيْنَ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين ...

08/02/2026

Ramai yang ditahan malam ini termasuk sahabat saya Haniff Khatri. Tunggulah saman saman yang akan difailkan nanti.

Hak berperlembagaan rakyat dinafikan pihak berkuasa!

Insiden malam ini jelas menunjukkan kebobrokan pihak berkuasa dalam menghormati hak rakyat di sisi Perlembagaan.

Dato’ Zainul Rijal bin Abu Bakar
Pengerusi PEMBELA

Dalam kes Amir Hariri Abd Hadi Mahkamah Persekutuan memutuskan keperluan memberi notis kepada polis untuk perhimpunan am...
07/02/2026

Dalam kes Amir Hariri Abd Hadi Mahkamah Persekutuan memutuskan keperluan memberi notis kepada polis untuk perhimpunan aman adalah tidak berperlembagaan.

Bermakna tidak perlu kebenaran dari PDRM untuk mengadakan perhimpunan aman.

Tugas PDRM untuk memelihara keamanan semasa himpunan tersebut.

05/02/2026
SIARAN MEDIAPERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA) BIL 03/2026 Berhubung Cadangan Mengadakan Pilihan Raya Dewan B...
05/02/2026

SIARAN MEDIA
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)
BIL 03/2026

Berhubung Cadangan Mengadakan Pilihan Raya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Pendahuluan

Saya merujuk kepada cadangan supaya suatu pilihan raya diadakan bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli-Ahli Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pihak berkuasa tempatan.
Pada pandangan saya, setelah meneliti cadangan tersebut berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, prinsip undang-undang pentadbiran serta struktur Kerajaan Persekutuan, adalah menjadi pendirian bahawa cadangan tersebut tidak mempunyai keperluan perlembagaan, tidak selari dengan kerangka undang-undang sedia ada, dan berpotensi menjejaskan tadbir urus Wilayah Persekutuan atau PBT lain. Saya mengkhususkan komen saya kali ini kepada DBKL sahaja.

Kedudukan Perlembagaan khusus untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur merupakan satu daripada Wilayah-Wilayah Persekutuan yang ditadbir secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan menurut Perlembagaan Persekutuan selain Labuan dan Putrajaya. Peruntukan ini memberi kuasa penuhkepada Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan seolah-olah ia merupakan Badan Perundangan Negeri.
Sehubungan itu, DBKL bukan pihak berkuasa tempatan yang wujud di bawah kuasa undang-undang negeri, tetapi merupakan suatu entiti pentadbiran Persekutuan. Maka, tidak timbul sebarang keperluan perlembagaan atau statutori untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan bagi DBKL.

Kuasa Parlimen dan Kuasa Eksekutif Persekutuan

Penubuhan, fungsi dan kuasa DBKL adalah tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang Persekutuan, termasuk Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta undang-undang khusus Wilayah Persekutuan. Pelantikan Datuk Bandar dan Ahli-Ahli DBKL oleh pihak berkuasa Persekutuan merupakan suatu pelaksanaan kuasa eksekutif yang sah di sisi undang-undang, selagi mana ia dibuat mengikut peruntukan undang-undang dan prinsip tadbirurus yang baik. Pelantikan tersebut tidak bercanggah dengan prinsip demokrasi berperlembagaan.
Tiada Hak Perlembagaan Terhadap Pilihan Raya Kerajaan Tempatan

Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan sebarang hak, kewajipan atau keistimewaan perlembagaan untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan. Hak memilih yang diperuntukkan secara jelas dalam Perlembagaan adalah terhad kepada pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Perlembagaan hanya menyatakan undang-undang Persekutuan atau Negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan raya untuk menjalankan pilihan raya selain pilihanraya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Oleh itu, ketiadaan pilihan raya DBKL tidak boleh dianggap sebagai
pencabulan hak demokratik atau prinsip demokrasi berperlembagaan.
Prinsip Undang-Undang Pentadbiran dan Kepentingan Awam

Pentadbiran bandar raya melibatkan keputusan yang bersifat teknikal, kompleks dan berimpak tinggi, termasuk perancangan guna tanah, kawalan bangunan, pengangkutan awam, penguatkuasaan undang-undang kecil dan keselamatan awam.

Dalam konteks undang-undang pentadbiran, keputusan sedemikian wajar dibuat oleh pihak berkuasa yang mempunyai kepakaran, kesinambungan pentadbiran serta kebebasan daripada tekanan politik jangka pendek, selaras dengan prinsip reasonableness, proportionality dan kepentingan awam.
Risiko Percanggahan Kuasa dan Isu Ultra Vires

Pelaksanaan pilihan raya DBKL berpotensi mewujudkan pertindihan mandat antara Datuk Bandar yang mempunyai legitimasi politik dengan Kerajaan Persekutuan yang mengekalkan kuasa ke atas tanah, kewangan dan keselamatan.
Keadaan ini boleh mencetuskan konflik dasar, pertindihan kuasa, serta risiko keputusan yang bersifat ultra vires, sekaligus mewujudkan ketidakpastian undang-undang dalam pentadbiran bandar raya.

Tanggungjawab Menteri di bawah Sistem Westminster

Di bawah sistem Westminster, Menteri bertanggungjawab sepenuhnya kepada Parlimen terhadap DBKL dan segala keputusannya. Sekiranya Datuk Bandar dipilih melalui pilihan raya, prinsip tanggungjawab menteri akan terjejas kerana timbul persoalan pihak manakah yang harus dipertanggungjawabkan kepada Parlimen sekiranya berlaku kegagalan pentadbiran atau dasar.

Kepentingan Keselamatan dan Strategik Negara

Sebagai ibu negara, Kuala Lumpur menempatkan institusi Persekutuan, misi diplomatik asing dan infrastruktur strategik negara. Pentadbirannya melibatkan pertimbangan keselamatan dan kepentingan nasional yang melangkaui kepentingan tempatan semata-mata.

Atas sebab ini, adalah wajar dari sudut undang-undang dan dasar awam supaya pentadbiran Kuala Lumpur kekal di bawah kawalan langsung Kerajaan Persekutuan.

Konsistensi Dasar Negara dan Panduan Sejarah

Penggantungan pilihan raya kerajaan tempatan sejak tahun 1965 dibuat atas pertimbangan kestabilan negara dan telah menjadi dasar yang konsisten merentas kerajaan. Sehingga kini, sistem pelantikan tersebut tidak pernah diputuskan oleh mana-mana mahkamah sebagai bercanggah dengan Perlembagaan.

Mengubah dasar lama tanpa mandat rakyat yang jelas berisiko menjadi suatu policy reversal tanpa legitimasi.
Reformasi Tadbir Urus sebagai Alternatif
Sekiranya terdapat kelemahan dalam tadbir urus DBKL, pembetulan boleh dan seharusnya dilakukan melalui mekanisme yang dibenarkan oleh undang-undang seperti pengukuhan audit dan akauntabiliti, pengawasan Parlimen, ketelusan proses pelantikan atau mekanisme semak dan imbang pentadbiran.

Reformasi tadbir urus ini tidak memerlukan pengenalan pilihan raya tempatan.

Risiko Liabiliti Undang-Undang melalui Penubuhan Kajian

Ada yang berkata kenapa takut kepada kajian, ia dibuat secara professional.
Pada pandangan saya khususnya dalam undang-undang pentadbiran, penubuhan kajian rasmi boleh mewujudkan legitimate expectation serta digunakan sebagai bukti pengakuan kerajaan terhadap keperluan perubahan dasar. Kerajaan secara sah berhak untuk tidak mewujudkan risiko litigasi terhadap dirinya sendiri melalui proses yang tidak perlu. Bagaimana dengan cadangan beberapa pihak lain supaya mengadakan kajian berkaitan pemansuhan Sekolah Jenis Kebangsaan atau UEC, atau yang lebih umum tentang pengharaman arak dan judi? Setuju?

Kesimpulan

Berdasarkan analisis perlembagaan dan perundangan di atas, cadangan untuk mengadakan pilihan raya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak mempunyai asas perlembagaan yang mandatori, berpotensi menjejaskan struktur kuasa sediaada serta bercanggah dengan prinsip pentadbiran Wilayah Persekutuan.

Pada pandangan saya pentadbiran Wilayah-Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur hendaklah kekal sebagai suatu fungsi Persekutuan yang ditadbir menurut undang-undang, prinsip tadbir urus yang baik dan kepentingan awam, tanpa dipolitikkan melalui mekanisme pilihan raya tempatan.

Dato Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
4 Februari 2026

Tanpa mengira apa agamapun saya berpendirian semua struktur dan pemilikan tempat mengadakan upacara keagamaan perlulah s...
03/02/2026

Tanpa mengira apa agamapun saya berpendirian semua struktur dan pemilikan tempat mengadakan upacara keagamaan perlulah sah. Dalam ertikata lain jika dibina atas tanah milikan orang lain tanpa kebenaran, atau milikan kerajaan, tidak mendapat kelulusan pembinaan oleh pihak berkuasa tempatan ia menjadikan struktur tersebut tidak sah atau dalam ertikata lain haram.

Saya ingat ketika saya menduduki rumah pertama saya di taman perumahan yang baru, tidak ada surau/masjid dibina pemaju tetapi ada kawasan khas direzabkan untuk surau. Kami memulakan kutipan untuk membina surau tersebut. Alhamdulliah seorang bekas Menteri Besar Selangor menginfaq sebanyak RM 50,000.00. (Semoga Allah mengampuni segala dosa Allahyarham). Kami tidak terus membina tetapi mendapat kelulusan bangunan terlebih dahulu. Itu adalah peraturan yang perlu dipatuhi.

Kalau tempat upacara keagamaan atau rumah anutan dibuat di tanah orang lain atau tanpa kelulusan pihak berwajib, sudah pasti ia melanggar undang-undang. Suatu perlanggaran undang-undang mesti diperbetulkan tanpa kompromi yang memberi faedah kepada orang yang melanggar undang-undang tersebut kerana ia akan menggalakkan lebih ramai lagi melanggar undang-undang demi mendapat faedah dari perlanggaran itu. Haram tetap haram jangan diberi pampasan. Ia haram dari sudut undang-undang bukan agama. Ini bukan isu provokasi tetapi kedaulatan undang-undang.

Jika berlaku runtuhan di premis anutan haram ini dan menyebabkan kecederaan dan kematian, siapakah yang akan bertanggung jawab atas kecelakaan tersebut? Adakah badan keagamaan tersebut bertanggungjawab sepenuhnya atau pihak berkuasa tempatan yang gagal memastikan struktur dibina selamat, ataupun pihak kerajaan atau individu lain yang merupakan pemilik tanah?

Saya hairan kerana ada juga pihak berwajib yang melabelkan kumpulan yang mempertahankan undang-undang ini sebagai ekstremist. Lazimnya ekstremist adalah golongan yang melanggar undang-undang bukan kumpulan yang in gin menegakkan kedaulatan undang-undang. Kelemahan menguatkuasakan undang-undang menzahirkan kegagalan pihak berwajib menangani isu ini dengan baik.

Saya sokong Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) dan potes yang akan diadakan pada 7 Febuari nanti (walaupun saya tak dapat hadir kerana akan berada di luar negara). Datanglah beramai-ramai menyokong protes tersebut.

Dato’ Zainul Rijal bin Abu Bakar
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Respon kepada Exco Hal Ehwal Islam Negeri Selangor, Dr Fahmi NgahYB Dr. Fahmi Ngah,Terlebih dahulu saya berpandangan seb...
03/02/2026

Respon kepada Exco Hal Ehwal Islam Negeri Selangor, Dr Fahmi Ngah

YB Dr. Fahmi Ngah,

Terlebih dahulu saya berpandangan sebaiknya YB ajaklah NGO-NGO Islam untuk berjumpa dan berbincang isu-isu berkait umat Islam khususnya di negeri Selangor. Itu lebih rahmah daripada memberi label yang boleh mengelirukan masyarakat dan mengguris hati umat Islam.

Kesilapan utama dalam kenyataan YB ialah apabila isu pencerobohan rumah ibadat yang bersifat perundangan dan pentadbiran telah ditafsir melalui kerangka akhlak serta “konfrontasi”, sedangkan perkara yang dipersoalkan masyarakat ialah pelaksanaan undang-undang secara konsisten.

Perbincangan awam wajar kekal pada isu teras iaitu status undang-undang, pemilikan tanah dan tanggungjawab pihak berkuasa, tanpa perlu dialihkan kepada naratif lain yang mengaburkan persoalan sebenar.

Kenyataan YB juga bermasalah apabila tuntutan sah terhadap penguatkuasaan undang-undang disepadukan dengan naratif ekstremisme. Pelabelan sedemikian adalah tidak berasas dan berisiko menafikan hak masyarakat untuk menuntut kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya.

Isu yang sedang dibangkitkan masyarakat ialah isu pencerobohan tanah dan penguatkuasaan undang-undang, bukan pasal persoalan akhlak atau pendekatan dakwah.

Sebagai sebuah negara berdaulat yang menjunjung kedaulatan undang-undang, sebarang isu melibatkan pembinaan rumah ibadat perlu ditangani secara jelas dalam kerangka perundangan dan pentadbiran yang sedia ada.

Tuntutan masyarakat sangat mudah; iaitu agar undang-undang dikuatkuasakan secara konsisten dan ini adalah tanggungjawab masyarakat yang sah dalam sebuah negara yang berdaulat dan amat tidak wajar disalah tafsir atau dilabel dengan istilah seperti “ekstremis” atau pelampau.

Selain itu, hujah bahawa kewujudan sesuatu struktur keagamaan dalam tempoh yang lama memerlukan kelonggaran tanpa penegasan status undang-undang membuka preseden dasar yang berbahaya.

Tempoh masa tidak boleh menukar pelanggaran asal kepada keadaan yang sah. Sebarang penyelesaian hanya bermakna apabila bermula dengan pengakuan kedudukan undang-undang yang sebenar serta pelan tindakan yang jelas dan terikat kepada peraturan dan undang-undang.

Akhirnya, kenyataan YB meletakkan kesederhanaan seolah-olah bertentangan dengan penguatkuasaan. Tafsiran ini sangat tidak tepat. Kesederhanaan sebenar menuntut ketegasan pada prinsip dan keadilan dalam pelaksanaan. Tanpa kejelasan penguatkuasaan, kesederhanaan hanya menjadi alasan untuk penangguhan dan pengabaian tanggungjawab oleh pihak kerajaan negeri.

Keharmonian masyarakat majmuk terpelihara melalui keadilan yang jelas, pelaksanaan peraturan yang saksama, dan pada masa yang sama ruang dialog beradab terus dibuka dalam wacana awam.

Apa-apa cubaan untuk mengelirukan tuntutan bagi penguatkuasaan undang-undang dengan menyamakannya dengan sikap melampau hanya menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi dan melemahkan asas keadilan yang menjadi teras kepada kestabilan negara.

Ustaz Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat
Timb. Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) /
Presiden ISMA

Kuasa bukan lesen untuk menindas!Ia adalah amanah untuk menegakkan keadilan!Jangan tangkap mereka yang bercakap benar ha...
30/01/2026

Kuasa bukan lesen untuk menindas!

Ia adalah amanah untuk menegakkan keadilan!

Jangan tangkap mereka yang bercakap benar hanya untuk menakut-nakutkan rakyat!

Tangkaplah mereka yang benar-benar bersalah dengan asas bukti yang kukuh berdasarkan undang-undang, bukan ikut emosi semata-mata!

Menurut undang-undang, pihak berkuasa tidak boleh dan tidak sepatutnya melindungi atau membela penceroboh.Hal ini telah ...
30/01/2026

Menurut undang-undang, pihak berkuasa tidak boleh dan tidak sepatutnya melindungi atau membela penceroboh.

Hal ini telah diputuskan oleh Mahkamah melalui kes Lee Loy & Ors v Poh Kam Sang & Anor [2018] 3 MLJ 240, di mana Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa: "...the court should not protect the squatters..."

Menegakkan kebenaran tidak sepatutnya membawa kepada penahanan. Kepercayaan rakyat kepada pihak berkuasa bergantung pada...
30/01/2026

Menegakkan kebenaran tidak sepatutnya membawa kepada penahanan. Kepercayaan rakyat kepada pihak berkuasa bergantung pada keadilan, bukan ketakutan.

Menahan individu yang mendedahkan salah laku hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pihak berkuasa dan sistem undang-undang.

Address

43-2, Jalan ECO MAJESTIC 9/1C JALAN ECO MAJESTIC
Semenyih
43500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60387259019

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share