04/09/2026
MYJAM15 MELABUHKAN TIRAI
BATU KAWAN, 3 September 2026- Selepas enam dekad sejak tahun 1966, Pulau Pinang sekali lagi mencatat sejarah apabila kembali menjadi tuan rumah Jambori Pengakap Malaysia Ke-15 (MYJAM15) yang berlangsung dengan penuh gemilang dari 29 Ogos hingga 3 September 2026.
Penganjuran MYJAM15 kali ini menyaksikan penyertaan luar biasa seramai 7,238 peserta, termasuk delegasi antarabangsa dari 13 buah negara antaranya Korea Selatan, Indonesia dan Australia. Kehadiran pengakap dari dalam dan luar negara menjadikan jambori ini medan terbaik untuk membina persahabatan, bertukar pengalaman serta memperkukuh semangat persaudaraan Pengakap sejagat.
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor turut memberikan sokongan padu dengan penyertaan seramai 559 orang menerusi Kontinjen Pengakap Selangor.
Penyertaan keempat teramai ini membuktikan komitmen berterusan Pengakap Selangor dalam mendukung serta menjayakan program-program anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia, di samping memberi peluang kepada ahli untuk menimba pengalaman, membina kepimpinan, meningkatkan disiplin serta memperkukuh jati diri dan semangat berpasukan.
Dalam ucapan penutupan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Chow Kon Yeow, menyatakan rasa bangga terhadap kejayaan penganjuran jambori ini dan berharap agar semua peserta pulang dengan membawa nilai kepimpinan, disiplin serta kenangan indah mengenai keharmonian Pulau Pinang, selaras dengan aspirasi Visi Penang2030.
Lebih bermakna, pada penghujung MYJAM15 turut diumumkan bahawa Negeri Perak bakal menjadi tuan rumah Jambori Pengakap Malaysia Ke-16 pada tahun 2030! 🎉
Tahniah Negeri Perak! Jumpa lagi pada Jambori Pengakap Malaysia Ke-16 — PERAK 2030! 🏕️⚜️
Terima kasih Pulau Pinang atas layanan dan penganjuran yang penuh bermakna.
⚜️ Sekali Berpengakap, Terus Berpengakap!