16/09/2026
๐ฒ๐พโจ ALHAMDULILLAH, SAMBUTAN HARI MALAYSIA TLBU โจ๐ฒ๐พ
Alhamdulillah, Sambutan Hari Malaysia Taman Lembah Bujang Utama berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk. โค๏ธ
๐ฒ๐ฒ๐พ Konvoi Hari Malaysia turut berlangsung dengan meriah, dengan basikal dan motosikal dihiasi Jalur Gemilang, menambahkan lagi semangat patriotik sepanjang konvoi.
๐จโจ Pertandingan Basikal Berhias p**a menyerlahkan kreativiti dan kesungguhan anak-anak & ibu ayah yang menghias basikal masing-masing dengan begitu indah dan menarik. Terbaik! ๐๐
๐๏ธ๐ฒ๐พ Pertandingan Mewarna juga tidak kurang meriahnya, dengan anak-anak tekun mewarna dan mendapat sokongan serta dorongan daripada ibu dan ayah masing-masing. โค๏ธ
Alhamdulillah, walaupun keadaan pagi sedikit berjerebu, cuaca tetap baik dan semua aktiviti dapat berjalan dengan lancar.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penduduk yang hadir, ibu ayah yang memberikan sokongan serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. ๐ท
๐คฒ Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita semua, dikurniakan kesihatan, keselamatan dan keberkatan, serta terus mengeratkan ukhuwah dalam komuniti Taman Lembah Bujang Utama.
๐ฒ๐พ Selamat Hari Malaysia!
Kita Jaga Kita, Kita Semarakkan Malaysia! โค๏ธ๐ฒ๐พ