UPPM Tanjung Aru

UPPM Tanjung Aru Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UPPM Tanjung Aru, Community Center, UNIT 3A. 1, 1ST FLOOR, LORONG GRACE Square, Jalan PANTAI, GRACE VILLA, Sembulan.

14/08/2026

Pagi ini, sesi kedua penghantaran bekalan air diteruskan ke kawasan Kg. Tanjung Aru Lama (Masjid Al-Kautsar) dan Kg. Tanjung Aru Baru bagi dengan menghantar dua water tanker bagi membantu keperluan semua yang terjejas.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan keperluan asas terus diberi perhatian sementara tekanan bekalan air beransur kembali normal.

UPPM Tanjung Aru akan terus memantau keadaan dan memastikan bantuan disalurkan selagi diperlukan.

13/08/2026

INISIATIF UPPM TANJUNG ARU – BANTUAN BEKALAN AIR

Susulan gangguan bekalan air akibat kerosakan pam, PPM Dr. Ritchie Jay Cheng bersama team UPPM Tanjung Aru mengambil inisiatif mendapatkan bantuan water tanker daripada Jabatan Air Negeri untuk dihantar ke Masjid Al-Kautsar Kg. Tanjung Aru bagi kegunaan semua.

Alhamdulillah, water tanker telah sampai dan bantuan bekalan air kini tersedia untuk kegunaan orang ramai.

ZIARAH KASIH BERSAMA YKSKali ini, PPM Dr. Ritchie Jay Cheng bersama Team UPPM Tanjung Aru menziarahi Encik Maidin bin Sa...
12/08/2026

ZIARAH KASIH BERSAMA YKS

Kali ini, PPM Dr. Ritchie Jay Cheng bersama Team UPPM Tanjung Aru menziarahi Encik Maidin bin Sahat dan keluarga bersama Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), Datuk Hajah Diyanah, bagi bertanya khabar serta melihat sendiri keadaan keluarga selepas kejadian kebakaran baru-baru ini.

Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), yang berada di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah, turut tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga yang terjejas sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat.

Turun Padang, Pantau & Ambil Tindakan: Taman SempelangHari ini PPM Dr. Ritchie Jay Cheng bersama Team UPPM Tanjung Aru t...
11/08/2026

Turun Padang, Pantau & Ambil Tindakan: Taman Sempelang

Hari ini PPM Dr. Ritchie Jay Cheng bersama Team UPPM Tanjung Aru turun padang dan membuat pemeriksaan di Taman Sempelang susulan masalah 3 lokasi VCP pipe pecah, iaitu paip yang membawa kumbahan dari perumahan.

Sementara menunggu kerja-kerja pembaikan oleh JPS, pihak JPS akan melaksanakan routine desludging/pumping sebanyak 3 kali seminggu di 3 lokasi manhole tersebut bagi mengurangkan limpahan dan memastikan keadaan tidak menjadi lebih serius.

Kami akan terus pantau keadaan di lapangan dan pastikan tindakan diambil.

Gotong-Royong Masjid Kg. Sembulan | 9 Ogos 2026Pagi Ahad, PPM Dr. Ritchie Jay Cheng bersama Team UPPM Tanjung Aru turun ...
10/08/2026

Gotong-Royong Masjid Kg. Sembulan | 9 Ogos 2026

Pagi Ahad, PPM Dr. Ritchie Jay Cheng bersama Team UPPM Tanjung Aru turun padang bergotong-royong membersihkan laluan pejalan kaki Masjid Kg. Sembulan bersama sukarelawan masjid.

Bagi memastikan sisa buangan dapat diuruskan dengan baik, pihak UPPM Tanjung Aru telah mengusahakan permohonan lori dan tong Ro-Ro daripada DBKK yang bersama-sama membantu menjayakan gotong-royong ini bersama.

09/08/2026

Hari ini PPM Dr. Ritchie Jay Cheng merasmikan Program Hari Keluarga KRT Sembulan dengan Team UPPM Tanjung Aru .

Program sebegini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, tetapi turut memperkukuh semangat perpaduan dan kekeluargaan dalam komuniti.

Tahniah dan terima kasih kepada KRT Sembulan atas penganjuran. Semoga terus aktif membawa manfaat kepada masyarakat.

Kampung kita, bandar kita, tanggungjawab kita.

Sejurus menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran tengah hari tadi, PPM Dr. Ritchie Jay Cheng bersama Team UPPM Tanj...
06/08/2026

Sejurus menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran tengah hari tadi, PPM Dr. Ritchie Jay Cheng bersama Team UPPM Tanjung Aru telah bergegas ke lokasi kejadian bagi melihat sendiri keadaan serta membantu menyelaras keperluan di lapangan.

Alhamdulillah, kebakaran berjaya dikawal dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Mangsa yang terlibat ialah ketua isi rumah, Encik Maidin bin Sahat. Difahamkan, punca kebakaran adalah akibat kebocoran gas memasak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bomba Komuniti Kg.Tanjung Aru yang menggunakan water pump boat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JKKK, Ketua Kampung serta para sukarelawan yang bertindak pantas berganding bahu memadamkan kebakaran.

Hasil tindakan pantas semua pihak, api berjaya dikawal daripada terus merebak. Hanya sebuah rumah mengalami kerosakan akibat kebakaran, manakala sebuah lagi rumah jiran mengalami kerosakan pada bahagian dinding.

Selepas keadaan terkawal, saya turut menziarahi Encik Maidin dan keluarga bagi menyampaikan kata-kata semangat serta meneliti bantuan yang diperlukan. Semoga beliau dan keluarga terus diberi ketabahan menghadapi ujian ini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan dan menunjukkan semangat kebersamaan yang tinggi demi keselamatan masyarakat Tanjung Aru.

Team UPPM Tanjung Aru hari ini ke Tanjung Aru Beach bagi melihat sendiri keadaan tekanan air yang rendah.Masalah tekanan...
03/08/2026

Team UPPM Tanjung Aru hari ini ke Tanjung Aru Beach bagi melihat sendiri keadaan tekanan air yang rendah.

Masalah tekanan air ini turut menyebabkan kemudahan tandas awam tidak dapat berfungsi dengan baik, sekali gus memberi kesan kepada kebersihan, keselesaan pengunjung dan kelancaran operasi para peniaga.

UPPM Tanjung Aru memahami kesulitan yang dihadapi oleh para operator gerai dan orang ramai. Sehubungan itu, hasil tinjauan di lapangan akan dipanjangkan kepada Jabatan Air Negeri Sabah, DBKK dan agensi berkaitan agar tindakan serta penyelesaian yang bersesuaian dapat disegerakan.

Insya-Allah, UPPM Tanjung Aru akan terus memantau perkembangan isu ini dan bekerjasama rapat dengan semua pihak demi memastikan kemudahan asas di kawasan Tanjung Aru Beach sentiasa berada pada tahap yang terbaik untuk manfaat rakyat, peniaga dan para pengunjung.

Address

UNIT 3A. 1, 1ST FLOOR, LORONG GRACE Square, Jalan PANTAI, GRACE VILLA
Sembulan
88100

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM Tanjung Aru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share