24/09/2024
Khemah Ibadah Santai
Tarikh : 22/9/24
Hari : AHAD
Lokasi: Taman Tasik Taiping
Alhamdulillah dgn izin cuaca mendung dingin, anak2 Tasawwur beriadah sambil menimba ilmu rohani secara santai.
Seorang anak muda tempatan berkelulusan bidang USULLUDDIN telah membimbing anak2 dgn pengisian rohani secara ringkas dan ceria.
Selepas itu anak2 berbasikal keliling taman dan bermain bola.
Penutup acara, sessi "atok bercerita" mengesahkan perjalanan hidup Rasulullah SAW dari kecil hingga lah dewasa. Pengerusi pertubuhan sendiri mengisi ruang ini.
Akhir sekali ,menjamu selera dgn juadah yg di sediakan:
nasi tomato
ayam masak merah
dalca sayur
air bandung
Semoga penutup cuti penggal persekolahan di isi dgn ilmu rohani & jasmani, sebelum melangkah ke sekolah pd Isnin.
Kpd semua yg telah memberi sumbangan berupa wang, tenaga & sokongan, di doakan agar Allah merahmati dunia & akhirat- jazakallah.
kdp sesiapa ingin menyumbang dan berkongsi rezeki dgn anak2 yatim Tasawwur bolih hulur melalui:
maybank :558305518988
Pertubuhan kebajikan anak yatim tasawwur
pic:0193847544
S/usaha