Persatuan Bekas Pelajar SMKA Kerian

Persatuan Bekas Pelajar SMKA Kerian Laman Rasmi ALUMNI Persatuan Bekas Pelajar SMKA Kerian (KISOSA)

Alhamdulillah. KISOSA akan terus membantu termampu menjadikan SMKA Kerian terus unggul di tahkta antara sekolah Terbaik ...
02/04/2026

Alhamdulillah.
KISOSA akan terus membantu termampu menjadikan SMKA Kerian terus unggul di tahkta antara sekolah Terbaik di Negeri Perak.

Syabas & tahniah buat seluruh warga sekolah di Perak yang berjaya merekodkan keputusan cemerlang bagi SPM 2025.

Lebih membanggakan, seramai 1008 anak Perak mendapat gred A+, A, A- dalam semua subjek iaitu meningkat sebanyak 71 orang berbanding 937 orang bagi SPM 2024.

Malah, Perak turut mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.49 bagi SPM 2025 berbanding (4.63) SPM 2024 & (4.75) SPM 2023, mencatatkan peningkatan konsisten bagi tiga tahun berturut-turut.

Syukur Alhamdulillah.

Kejayaan ini menguatkan lagi tekad Kerajaan Negeri untuk melipatgandakan ikhtiar memacu pendidikan anak-anak termasuk pelbagai program strategik di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani. Insya-Allah.

Syabas & tahniah juga buat para guru, ibu bapa & anak-anak pelajar yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan ini.

Semoga pencapaian ini jadi pemangkin untuk kita terus usaha dalam memastikan setiap anak Perak mendapat peluang pendidikan yang terbaik serta melakar masa depan yang lebih gemilang.


Tahniah SMKA Kerian. Terus kekal momentum menjadi yang Terbaik antara yang terbaik.
02/04/2026

Tahniah SMKA Kerian.
Terus kekal momentum menjadi yang Terbaik antara yang terbaik.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar SPM 2025 SMKA Kerian TMUA atas pencapaian cemerlang dalam Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025.

Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.56 merupakan satu kejayaan yang membanggakan dan mencerminkan usaha gigih, dedikasi serta komitmen tinggi para pelajar, guru dan seluruh warga sekolah.

Semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

“Kecemerlangan Hari Ini, Kejayaan Masa Hadapan.”




KISOSA ingin mengucapkan Salam Nuzul Quran kepada semua.Semoga kita semua dilimpahkan rahmat daripada Allah dan dapat te...
07/03/2026

KISOSA ingin mengucapkan Salam Nuzul Quran kepada semua.

Semoga kita semua dilimpahkan rahmat daripada Allah dan dapat terus istiqamah di dalam beribadat di dalam bulan yang mulia ini.

ALHAMDULILLAH – SELESAI MAJLIS IFTAR JAMAIE KISOSA 2026 🌙✨​Syukur ke hadrat Ilahi, 28 Februari 2026 telah berlangsung de...
03/03/2026

ALHAMDULILLAH – SELESAI MAJLIS IFTAR JAMAIE KISOSA 2026 🌙✨

​Syukur ke hadrat Ilahi, 28 Februari 2026 telah berlangsung dengan jayanya Majlis Iftar Jamaie KISOSA 2026 bertempat di Larut Hill View Kabin, Taiping.

​Majlis yang penuh ukhuwah ini telah dihadiri oleh Tuan Pengetua, barisan guru, barisan AJK KISOSA, bekas-bekas guru, serta bekas pelajar bersama keluarga masing-masing. Paling istimewa, kita juga meraikan adik-adik asnaf dalam kalangan pelajar SMKA Kerian dalam majlis penyampaian sumbangan dan duit raya.

​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang atas kepercayaan dan sokongan padu yang diberikan kepada KISOSA. Tanpa sokongan anda, majlis penuh keberkatan ini tidak mungkin dapat direalisasikan.

​Mohon teruskan doa dan sokongan anda agar KISOSA dapat terus berdiri teguh untuk menabur bakti dan memberi kebaikan kepada warga sekolah serta komuniti pada masa akan datang. 🤲

Semoga KISOSA terus kuat untuk membuat kebaikan di masa akan datang.

Jumpa lagi di program akan datang ✌🏻🤝

** gambar sekitar suasana majlis..

01/03/2026

Sekitar Majlis Iftar Jamaei KISOSA bersama kelab guru SMKA KERIAN..Yang di raikan anak2 di asnaf di SMKA KERIAN.

28/2/2026

Link VTT 👇🏻👇🏻

https://vt.tiktok.com/ZSmWowPQu/

Kredit : Video asal .

23/02/2026

JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR JAMAIE KISOSA 2026

Assalamulaikum,
Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Bekas Pelajar SMKA Kerian (KISOSA) akan menganjurkan *MAJLIS IFTAR JAMAIE 2026* sempena bulan Ramadan pada tahun ini. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput untuk bersama dalam program ini dengan pakej yang telah disediakan. Majlis Iftar ini adalah kerjasama bersama kelab guru SMKA KERIAN. Maklumat majlis adalah seperti berikut:

*Tarikh : 28 Februari 2026 / 10 Ramadan 1447 (Sabtu)
*Masa : 6.00 Petang
*Tempat : LARUT HILL VIEW KABIN, Air Kuning,Taiping Perak https://maps.app.goo.gl/YA9AdGdDSkoqGoDw8?g_st=ic
*6 km dari tol Changkat Jering

*Tentatif : Akan dimaklum kemudian
*Pakej 😗
1. RM 30/Pax (Dewasa) termasuk kambing bakar
2. RM 15/Pax (kanak-Kanak 7-12 Tahun)

Mohon jasa baik tuan/puan untuk melengkapkan borang pengesahan yang telah disediakan bagi memastikan majlis ini dapat berjalan dengan baik dan sempurna.

Sekiranya ada individu / syarikat ingin menaja ASNAF PELAJAR SMKA KERIAN (40 orang) & lain-lain berbuka puasa juga boleh terus menyumbang ke akaun KISOSA. (Nota : Sumbangan Ramadan)

🐯 Maybank Islamic
♾️ Persatuan Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian
🏦 569972104581

https://forms.gle/Pc55DdfZdaaLPYCM8

*Tarikh tutup penyertaan : 22 Feb 2026

Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh hubungi:
1. Cikgu Soffiyuddin (Pengerusi) - 019-3516121
2. En. Fazrin (Setiausaha) - 0111-4745890
3. Pn Ainul (Pengarah Program) - 0194910805

Terima kasih atas kerjasama dan maklum balas yang akan diberikan.

Pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, pihak KISOSA sekali lagi membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama m...
20/02/2026

Pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, pihak KISOSA sekali lagi membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama menyumbang melalui Kutipan Infaq Ramadan bagi menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti sepanjang bulan yang mulia ini.

Besarlah harapan kami agar semua pihak dapat menghulurkan sumbangan dan sokongan demi menjayakan program-program yang telah dirancang.

Segala sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun persatuan seperti yang tertera di bawah atau dengan mengimbas kod QR pada poster.
Bank: Maybank
Nama akaun: PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KERIAN
No akaun: 569972104581

Setiap sumbangan yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Selamat menyambut Bulan Ramadan Al- Mubarak.Semoga kita dapat menjalani ibadat di bulan puasa ini dengan cemerlang.Darip...
19/02/2026

Selamat menyambut Bulan Ramadan Al- Mubarak.

Semoga kita dapat menjalani ibadat di bulan puasa ini dengan cemerlang.

Daripada KISOSA

JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR JAMAIE KISOSA 2026Assalamulaikum,Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Bekas Pelajar SMKA Kerian ...
18/02/2026

JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR JAMAIE KISOSA 2026

Assalamulaikum,
Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Bekas Pelajar SMKA Kerian (KISOSA) akan menganjurkan *MAJLIS IFTAR JAMAIE 2026* sempena bulan Ramadan pada tahun ini. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput untuk bersama dalam program ini dengan pakej yang telah disediakan. Majlis Iftar ini adalah kerjasama bersama kelab guru SMKA KERIAN. Maklumat majlis adalah seperti berikut:

*Tarikh : 28 Februari 2026 / 10 Ramadan 1447 (Sabtu)
*Masa : 6.00 Petang
*Tempat : LARUT HILL VIEW KABIN, Air Kuning,Taiping Perak https://maps.app.goo.gl/YA9AdGdDSkoqGoDw8?g_st=ic
*6 km dari tol Changkat Jering

*Tentatif : Akan dimaklum kemudian
*Pakej :*
1. RM 30/Pax (Dewasa) termasuk kambing bakar
2. RM 15/Pax (kanak-Kanak 7-12 Tahun)

Mohon jasa baik tuan/puan untuk melengkapkan borang pengesahan yang telah disediakan bagi memastikan majlis ini dapat berjalan dengan baik dan sempurna.

Sekiranya ada individu / syarikat ingin menaja ASNAF PELAJAR SMKA KERIAN (40 orang) & lain-lain berbuka puasa juga boleh terus menyumbang ke akaun KISOSA. (Nota : Sumbangan Ramadan)

🐯 Maybank Islamic
♾️ Persatuan Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian
🏦 569972104581

https://forms.gle/Pc55DdfZdaaLPYCM8

*Tarikh tutup penyertaan : 22 Feb 2026

Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh hubungi:
1. Cikgu Soffiyuddin (Pengerusi) - 019-3516121
2. En. Fazrin (Setiausaha) - 0111-4745890
3. Pn Ainul (Pengarah Program) - 0194910805

Terima kasih atas kerjasama dan maklum balas yang akan diberikan.

Pada 13.02.2026 yang lalu, KISOSA telah membuat gimik penyerahan secara rasmi kepada pihak sekolah  program CCTV yang te...
16/02/2026

Pada 13.02.2026 yang lalu, KISOSA telah membuat gimik penyerahan secara rasmi kepada pihak sekolah program CCTV yang telah kita jalankan pada tahun lepas bersempena dengan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKA Kerian.

Sesi penyerahan ini diwakili oleh pengerusi, Saudara Mohd Soffiyuddin bin Sopian dan Saudara Ros Faizan.

Disamping itu juga, pihak KISOSA juga turut mempromosikan juga keahlian KISOSA kepada para waris pelajar SMKA Kerian. Diharapkan dengan promosi ini, keahlian KISOSA akan dapat ditingkatkan.

Website Rasmi Persatuan Bekas Pelajar SMKA Kerian (KISOSA)✅ Pendaftaran Ahli✅ Semakan Keahlian✅ Bayaran Yuran Ahli / Tah...
06/02/2026

Website Rasmi Persatuan Bekas Pelajar SMKA Kerian (KISOSA)

✅ Pendaftaran Ahli
✅ Semakan Keahlian
✅ Bayaran Yuran Ahli / Tahunan / Seumur Hidup
✅ Tabung Sumbangan Tunai
✅ Media Sosial Rasmi
✅ Talian Rasmi
✅Emel Rasmi

kisosa.com

Address

Jalan Kampung Selamat,, Simpang Empat
Semanggol
34400

Telephone

+60135014169

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Bekas Pelajar SMKA Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Bekas Pelajar SMKA Kerian:

Share