17/01/2026
[ 16 NOVEMBER 2025 / AHAD ]
🏡 PROGRAM BRIGED MOVE & GLOW 🏡
Briged Move & Glow telah diadakan bertempat di Padang Kawad UiTM Kampus Segamat bermula jam 7.00 pagi hingga 8.30 pagi.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam kalangan warga UiTM. Selain itu, program ini turut menjadi medium untuk memupuk semangat kebersamaan, kesihatan mental yang positif dan keseimbangan gaya hidup aktif.
Pelbagai aktiviti menarik dan bertenaga telah dijalankan sepanjang program ini yang memberi impak positif kepada para peserta serta menyemarakkan suasana pagi dengan penuh semangat dan keceriaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program Briged Move & Glow ini. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan bersama.
IKHLAS🏡BANTU