25/04/2026
代表昔加末中华总商会青商团,我们出席了由柔佛州中华总商会青商团(JACCCI YEC)主办,并与柔佛州行政议员举行的交流会。
本次交流会汇聚了来自柔佛州各地区的商会代表,包括昔加末、古来、士乃、丰盛港、麻坡、哥打丁宜、新山、笨珍、乌鲁地南及士姑来;此外,峇株巴辖中华总商会代表亦以特邀嘉宾身份出席。来自各地区的代表齐聚一堂,充分展现青年企业界致力于加强跨区域合作的共同愿景,同时进一步提升青年在州内经济发展中的参与度与影响力。
我们谨向YB林添顺和YB李庭汉致以诚挚谢意,感谢他们在百忙之中拨冗出席,与我们进行深入交流。他们分享了柔佛州经济发展的方向与规划,并强调政府与商界之间建立战略合作关系的重要性,以共同提升州内整体竞争力。
作为商界代表,我们亦借此平台反映基层企业所面对的挑战,并提出相关反馈与建议。此类对话平台至关重要,有助于确保青年企业界的声音被充分聆听,并纳入构建更具包容性、进步性及可持续性的经济生态体系之中。
我们将持续发挥青年企业领袖的积极作用,加强区域之间的合作联系,赋能年轻企业家,为柔佛州经济的稳定与长远发展贡献力量。
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mewakili Bahagian Belia Dewan Perniagaan Tionghua Segamat, kami telah menghadiri sesi dialog yang dianjurkan oleh Bahagian Belia Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Negeri Johor (JACCCI YEC) bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.
Sesi ini menghimpunkan wakil-wakil dari hampir seluruh daerah di Johor, termasuk Segamat, Kulai, Senai, Mersing, Muar, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Ulu Tiram dan Skudai. Turut hadir sebagai jemputan khas ialah wakil Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat. Kehadiran delegasi dari pelbagai kawasan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara daerah serta mempertingkatkan peranan dan suara belia dalam pembangunan ekonomi negeri.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Tuan Ling Tian Soon dan YB Tuan Lee Ting Han atas kesudian meluangkan masa untuk berdialog bersama kami. YB Tuan Lim dan YB Tuan Lee telah berkongsi hala tuju serta perancangan pembangunan ekonomi Johor, di samping menekankan kepentingan kerjasama strategik antara kerajaan dan komuniti perniagaan dalam memperkukuh daya saing negeri.
Sebagai wakil komuniti perniagaan, kami turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan cabaran, maklum balas dan cadangan daripada usahawan di peringkat akar umbi. Platform dialog seperti ini amat penting dalam memastikan suara belia perniagaan terus didengari serta diambil kira dalam usaha membina ekosistem ekonomi yang lebih inklusif, progresif dan mampan.
Kami komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara daerah, memperkasa usahawan muda, serta menyumbang kepada kestabilan dan kemajuan ekonomi Negeri Johor.