PIBG SRAB Segamat

Directions

PIBG SRAB Segamat school organization

Menyampaikan sumbangan daripada PIBG kepada balu arwah Ustaz Mahzan di Sekolah Agama Parit KasanTerima kasih kepada para...
11/09/2026

Menyampaikan sumbangan daripada PIBG kepada balu arwah Ustaz Mahzan di Sekolah Agama Parit Kasan

Terima kasih kepada para penyumbang yang budiman.

Takziah sekali lagi buat keluarga Mantan Guru Besar SRAB Segamat, Allahyarham Haji Mahzan bin Hassan.

๐ŸŒฟ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ *JOM SERTAI SRAB ECO GREEN AND RECYCLE (SEGAR) KITAR RECYCLE FUN RUN X HSN 2026!* ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐ŸŒฟ๐ŸŽ‰ *SEKOLAH-SEKOLAH & KOMUNI...
05/09/2026

๐ŸŒฟ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ *JOM SERTAI SRAB ECO GREEN AND RECYCLE (SEGAR) KITAR RECYCLE FUN RUN X HSN 2026!* ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐ŸŒฟ

๐ŸŽ‰ *SEKOLAH-SEKOLAH & KOMUNITI DIJEMPUT MENYERTAI!* ๐ŸŽ‰

Ayuh kita sihatkan tubuh, cintai alam dan semarakkan semangat komuniti melalui program larian santai yang penuh warna-warni dan aktiviti menarik! ๐ŸŒŽ๐Ÿ’š

โ™ป๏ธ *SEGAR KITA Recycle Fun Run X HSN 2026* โ™ป๏ธ

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ Jarak: 5 KM
๐Ÿ“… Tarikh: 10 Oktober 2026 / Sabtu (Hari Sukan Negara)
๐Ÿ“ Tempat: Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Segamat
Kategori :
โ€ขSekolah Rendah (Tahun 4-6)
โ€ขAwam (Terbuka)
๐Ÿ’ฐ Yuran Penyertaan: Hanya RM40.00

โœจ *APA YANG MENARIK?*

๐Ÿ‘• Jersi Larian
๐Ÿ… Medal
๐ŸŽซ Bib Larian
๐Ÿ“œ E-Sijil
๐Ÿฝ๏ธ Sarapan Pagi
๐ŸŽ Cabutan Bertuah
โ™ป๏ธ Jangan lupa bawa 2๏ธโƒฃ Kg bahan Kitar Semula yang telah dibersihkan ya ๐Ÿค—

โญ KHAS UNTUK PELAJAR SEKOLAH:
SASARAN PAJSK : NEGERI
๐ŸŽ“โœจ

๐ŸŒฑ Bukan sekadar berlariโ€ฆ
Kita berlari untuk kesihatan, bergerak untuk kelestarian, dan bersama-sama membina generasi yang lebih prihatin terhadap alam sekitar!

๐Ÿ“ฒ NAK SERTAI? MUDAH SAHAJA!
Imbas Kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran.

โฐ TARIKH TUTUP PENYERTAAN:
๐Ÿšจ 20 SEPTEMBER 2026 ๐Ÿšจ

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan, hubungi urusetia:
๐Ÿ“ฑ En. Hafiz โ€” 010-973 1384
๐Ÿ“ฑ En. Asraff โ€” 011-1127 4741

๐Ÿ’šโ™ป๏ธ AYUH SEKOLAH-SEKOLAH!
Bentuk satu pasukan, ajak guru, murid, ibu bapa dan warga sekolah!

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ 5 KM KITA LARI!
โ™ป๏ธ ALAM KITA LINDUNGI!
๐Ÿ’š KOMUNITI KITA SATUKAN!

๐Ÿ”ฅ JANGAN TUNGGU LAGI . AYUH SERTAI! ๐Ÿ”ฅ

โžก๏ธSILA KLIK PAUTAN PENDAFTARAN SEKARANG

๐Ÿ“ BORANG PENDAFTARAN
https://forms.gle/TGjtGuEnaFa62UNC6

๐Ÿ“œ GOOGLE SITE PROGRAM
https://sites.google.com/view/segarkitarecyclefunrun/home

Alhamdulillah ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ˜ŠRuangan khas untuk menurunkan anak-anak yang menaiki bas sekolah dah pun siap dibuat oleh Safwa Global ...
29/08/2026

Alhamdulillah ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ˜Š

Ruangan khas untuk menurunkan anak-anak yang menaiki bas sekolah dah pun siap dibuat oleh Safwa Global sebentar tadi. ๐ŸšŒโœจ

Ruangan ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk drop-off anak-anak dengan lebih mudah dan teratur, terutama pada waktu pagi.

Kepada ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah, insya-Allah tak perlu risau lagi. Pihak PIBG dah sediakan ruangan khas untuk bas, supaya anak-anak tak perlu berjalan jauh menuju ke bas selepas tamat sesi persekolahan.

Satu lagi usaha kecil daripada PIBG untuk kita sama-sama tingkatkan keselamatan, keselesaan dan kelancaran urusan anak-anak kita. โค๏ธ

Terima kasih kepada MPS & Safwa Global atas kerjasama dan bantuan yang diberikan. ๐Ÿ™๐Ÿป

Alhamdulillah, satu lagi kemudahan untuk anak-anak SRAB Segamat selesai!

๐ŸŒน TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŒนTahniah dan syabas diucapkan kepada Team Perarakan Maulidur Rasul Sekolah Rendah Agama Bersepadu (S...
28/08/2026

๐ŸŒน TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŒน

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team Perarakan Maulidur Rasul Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Segamat atas kejayaan meraih Tempat Ke-3 bagi Kategori Perbarisan & Sepanduk sempena sambutan Maulidur Rasul SAW baru-baru ini. ๐Ÿฅ‰๐Ÿ†

Kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama, komitmen dan semangat yang tinggi daripada semua peserta, guru,pibg serta pihak yang terlibat.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, melakar lebih banyak kejayaan dan mencapai kecemerlangan pada masa akan datang. ๐Ÿ’ชโœจ

Tahniah sekali lagi kepada seluruh Team SRAB Segamat!
๐ŸŒน Teruskan melangkah, teruskan cemerlang! ๐ŸŒน

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒ™Yang paling dirindu bukan zamannya,tetapi akhlaknya.Akhlak yang penuh kasih,bicara yang lembut...
25/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒ™

Yang paling dirindu bukan zamannya,
tetapi akhlaknya.

Akhlak yang penuh kasih,
bicara yang lembut,
hati yang pemaaf,
jiwa yang sabar,
dan hidup yang sentiasa merendah diri.

Bukan sekadar mengenang kelahiran Baginda,
tetapi menghidupkan kembali cinta kepada Rasulullah ๏ทบ
dengan meneladani akhlaknya dalam setiap langkah kehidupan.

Semoga selawat menjadi penenang hati,
akhlak Baginda menjadi teladan,
dan cinta kepada Baginda menjadi jalan
menuju reda Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ
"Semoga kita tidak hanya merindui Baginda, tetapi berusaha menjadi umat yang Baginda banggakan.โ€ ๐Ÿค

Ikhlas dari
YDP dan seluruh AJK PIBG SRAB Segamat.

KUNJUNGAN HORMAT PIBG & PENGURUSAN SRABS BERSAMA YB ANUAR MANAPAlhamdulillah, hari ini telah berlangsung kunjungan horma...
20/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PIBG & PENGURUSAN SRABS BERSAMA YB ANUAR MANAP

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung kunjungan hormat dan perbincangan dua hala antara pihak Pengurusan dan PIBG Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat (SRABS) bersama YB. Tn. Hj. Anuar Abd Manap, Timbalan Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Guru Besar SRABS, Hajah Norsyakilla Binti Hj Mahad, YDP PIBG, En. Mohd Lezam bin Lehat serta Ketua Unit Kemudahan dan Prasarana PIBG, En. Muhammad Hafiz bin Abd Razak.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah Sekolah Agama Rintis Negeri Johor, pembinaan Dewan Terbuka SRABS, perkembangan aktiviti dan projek PIBG serta keperluan kemudahan, pembangunan sekolah dan kebajikan guru-guru SRABS.

Pertemuan ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan dua hala serta mendapatkan pandangan, sokongan dan kerjasama bagi memastikan SRABS terus berkembang sebagai sebuah institusi pendidikan yang progresif dan berkualiti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB. Tn. Hj. Anuar Abd Manap atas kesudian menerima kunjungan dan memberi perhatian terhadap aspirasi serta keperluan SRABS.

Insya-Allah, kita terus bergerak bersama demi SRABS yang lebih hebat.

SRAB Segamat berdukaInnalillahiwainnalillahirajiunโ€Žุงูู†ู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู†ู‘ุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู† 'Dari Allah kita datang dan ...
10/08/2026

SRAB Segamat berduka

Innalillahiwainnalillahirajiun

โ€Žุงูู†ู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู†ู‘ุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†
'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali'

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama ahli syurga dan para solihin.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menerima takdir Allah.

โ€œYa Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya"

Aamiin ๐Ÿคฒ

Salam takziah diucapkan buat keluarga Tuan Haji Mahzan bin Hassan, mantan guru besar SRAB Segamat.

SRAB berdukaInnalillahiwainnalillahirajiunโ€Žุงูู†ู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู†ู‘ุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู† 'Dari Allah kita datang dan kepada A...
05/08/2026

SRAB berduka

Innalillahiwainnalillahirajiun

โ€Žุงูู†ู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู†ู‘ุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†
'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali'

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama ahli syurga dan para solihin.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menerima takdir Allah.

โ€œYa Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya"

Aamiin ๐Ÿคฒ

Salam takziah diucapkan buat keluarga anakanda Eusoff Mubassyir Al-Ansori bin Azahir (batch 2018-2023).

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, kepimpinan, bimbingan dan dedikasi yang telah dicu...
05/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, kepimpinan, bimbingan dan dedikasi yang telah dicurahkan.

Semoga Tn Hj Mahzan bin Hassan terus cemerlang dalam setiap langkah, diberikan kesihatan, kejayaan dan keberkatan di tempat baru.

Jasa Tn Hj akan sentiasa kami kenang, ilmu dan budi tidak akan kami lupakan.

Ikhlas,
YDP dan seluruh AJK PIBG SRAB Segamat.

Salam Maal Hijrah 1448H"Mari jadikan semangat hijrah sebagai inspirasi untuk memperbaiki diri dan mengubah hidup ke arah...
17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

"Mari jadikan semangat hijrah sebagai inspirasi untuk memperbaiki diri dan mengubah hidup ke arah ketaatan yang lebih baik."

Ikhlas,
YDP Dan Seluruh JK PIBG SRAB Segamat

Address

Segamat
85000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SRAB Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share