17/10/2026
PROGRAM HARI KESEDARAN KANSER WANITA 2026 SEMPENA PINK OCTOBER
SEGAMAT, 17 Oktober 2026 (Sabtu) - Program Hari Kesedaran Kanser Wanita telah diadakan di Klinik Kesihatan, Segamat pada jam 0900Hrs.
Program tersebut telah dihadiri oleh YB See Ann Giap, ADUN Jementah, Dato' Hj Hashim Bin Kalang, Pengerusi Panel Penasihat Daerah Segamat, Zahar Bin Hj Kahar, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Segamat, Dr Khalilati Barizah Binti Md Salimun, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Segamat, Dr Rosatikah Binti Ahmad, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Segamat.
Program ini turut dihadiri barisan AJK dan ahli PERKEP IPD Segamat yang diketuai oleh ASP Jamaliah Binti Hj Kusban, Setiausaha PERKEP IPD Segamat.
Program ini dimulakan dengan Forum “Kenali Kanser Wanita” (Pink Survivor Talk / Perkongsian Inspirasi), diikuti dengan Explorace, pertandingan mewarna, dan TED Talk Kesihatan Mental.
Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya wanita, mengenai kepentingan pencegahan dan pengesanan awal kanser wanita serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Pelbagai aktiviti kesedaran, perkongsian pengalaman, saringan kesihatan dan aktiviti interaktif telah dirancang bagi memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan kesihatan wanita.