Khidmat Malaysia Segamat

Khidmat Malaysia Segamat Khidmat Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) Segamat

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar SegamatAlhamdulillah, pada hari ini wakil Khidmat Malaysia Segamat, ...
29/12/2025

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Segamat

Alhamdulillah, pada hari ini wakil Khidmat Malaysia Segamat, Ust Akmal telah berkesempatan untuk membuat lawatan ke beberapa buah PPS yang menempatkan mangsa banjir di sekitar Segamat.

Antara PPS yang dilawati ialah seperti berikut:
i) PPS Dewan Komuniti Kg. Tasek
- Jumlah Keluarga: 11
- Jumlah Mangsa: 36 orang

ii) PPS Balairaya Kg. Batu Badak
- Jumlah Keluarga: 12
- Jumlah Mangsa: 40 orang

iii) PPS Balairaya Kg. Paya Lebar
- Jumlah Keluarga: 5
- Jumlah Mangsa: 14 orang

Tinjauan mendapati paras air banjir sudah mulai surut di Kg. Paya Lebar. Walaubagaimanapun paras air di Kg. Seberang Batu Badak semakin naik walaupun hujan sudah mulai berhenti sejak awal pagi tadi. Kesemua mangsa banjir dari kampung ini ditempatkan di PPS Balairaya Kg. Batu Badak & PPS Dewan Komuniti Kg. Tasek.

Tahniah dan syabas kami ucapkan atas tindakan segera pihak berwajib yang membuka kesemua PPS ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang sudah mula menghulurkan bantuan awal.

Semoga segala urusan keluarga dan mangsa banjir yang terlibat dipermudahkan oleh Allah swt.



Gempa bumi lemah telah berlaku di Bukit Kepong, Pagoh, Johor pada jam 8:55 pagi, 28 Disember 2025Koordinat : 2.4° Utara ...
28/12/2025

Gempa bumi lemah telah berlaku di Bukit Kepong, Pagoh, Johor pada jam 8:55 pagi, 28 Disember 2025

Koordinat : 2.4° Utara dan 102.7° Timur
Magnitud : 3.4
Jarak : 16km SW Pagoh, Johor
Kedalaman : 10 km

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.


.met.gov.my

Gempa bumi lemah telah berlaku di Bukit Kepong, Pagoh, Johor pada jam 8:55 pagi, 28 Disember 2025

Koordinat : 2.4° Utara dan 102.7° Timur
Magnitud : 3.4
Jarak : 16km BD Segamat, Johor
Kedalaman : 10 km

Kemas kini: Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Johor dan Melaka.

Mohon tuan/puan yang merasai gegaran gempa bumi ini untuk mengisi borang kaji selidik melalui pautan di bawah:
https://forms.gle/CyUwHQE9LnyuWaJ37


.met.gov.my

*Laporan Bencana (Banjir Di Jalan Persekutuan)**Daerah Segamat**28/12/2025   Ahad**Kawasan Banjir*  ➡️ Ladang GomaliNo. ...
28/12/2025

*Laporan Bencana (Banjir Di Jalan Persekutuan)*

*Daerah Segamat*
*28/12/2025 Ahad*

*Kawasan Banjir*
➡️ Ladang Gomali
No. Laluan : Ft001

Section: 205.5

Panjang kawasan terlibat : - 150 m

Kedalaman air : - 0.0m

Status laluan:
- Laluan dibuka untuk semua kenderaan

Masa Tindakan di ambil : 8.00am

Tindakan awal :
-pemasangan signboard

*Punca banjir* :
-Hujan lebat
-Air Sungai penuh

Update by: JKR

Catatan : Air telah surut sepenuhnya




Laporan Bencana (Banjir)Daerah Segamat27/12/2025SABTUKawasan Banjir : Jalan Johor Bharu - Gemas (Jalan Persekutuan)No. L...
27/12/2025

Laporan Bencana (Banjir)

Daerah Segamat
27/12/2025
SABTU

Kawasan Banjir : Jalan Johor Bharu - Gemas (Jalan Persekutuan)

No. Laluan : FT001

Seksyen : 205.00 - 205.20

Panjang kawasan terlibat : 200m

Kedalaman air : 0.20m

Status laluan : Laluan selamat dilalui oleh semua kenderaan

Laluan alternatif : Tiada

Masa tindakan di ambil : 7.00PM

Tindakan awal : Pemasangan TMP oleh Konsesi

Punca banjir : Hujan berterusan & limpahan air anak sungai berhampiran

Kemaskini : JKR

Address

Segamat
85000

Telephone

+601156559424

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khidmat Malaysia Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share