04/04/2026
Seramai 64 pelajar Politeknik Malaysia dari seluruh negara sedang menjalani program latihan kemahiran industri East Coast Rail Link (ECRL) selama setahun di China.
Latihan ini memberi fokus kepada bidang Railway Signaling Automatic Control, Locomotive Maintenance Technology dan Electric Multiple Unit (EMU) Maintenance Technology – melibatkan teori, praktikal, serta pengalaman operasi sebenar sistem rel moden.
Program ini adalah kerjasama strategik Malaysia–China dalam melahirkan tenaga mahir bagi mengendalikan operasi dan penyelenggaraan Projek ECRL, yang dijangka beroperasi pada Januari 2027.
Selain pendedahan teknikal, pelajar turut berpeluang menguasai bahasa Mandarin dan menimba pengalaman antarabangsa, menjadikan mereka lebih berdaya saing di pasaran kerja.
Dengan lebih 3,200 peluang pekerjaan dijangka ditawarkan pada fasa operasi ECRL, latihan ini membuka jalan kepada masa depan kerjaya yang stabil, kompetitif dan penuh potensi dalam industri rel moden Malaysia.