Belia 1828 N.41 Kuala Rajang

Belia 1828 N.41 Kuala Rajang Official Page Belia 1828 N.41 Kuala Rajang

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak akan menganjurkan program SAMAsedia 2025 Edisi (3) Kuala Rajang yang akan b...
08/07/2025

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak akan menganjurkan program SAMAsedia 2025 Edisi (3) Kuala Rajang yang akan bermula pada 18 hingga 20 Julai 2025.

Program kepimpinan ini akan berlangsung selama 3 hari 2 malam di Dewan Masyarakat Belawai dan akan disempurkan oleh YB Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.41 Kuala Rajang.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat dan memantapkan ilmu kepimpinan kepada belia dan beliawanis terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Kuala Rajang.

Program terbuka kepada belia dan beliawanis kawasan yang berumur dari 18 hingga 28 tahun dan terhad kepada 50 orang penyertaan sahaja.

Untuk mendaftar, anda boleh klik pautan di bawah:
https://forms.gle/iAbdzXnbvkgWNxAN8

Atau

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan
Cik Fiqah: 011 1549 5676
Encik Syamirul: 011 3175 3190

Rujuk gambar.

23/06/2025

𝐀𝐬𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦𝐮𝐚𝐥𝐚𝐢𝐤𝐮𝐦.
𝐈𝐧𝐧𝐚𝐥𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡𝐢𝐰𝐚𝐢𝐧𝐧𝐚𝐢𝐥𝐚𝐢𝐡𝐢𝐫𝐨𝐣𝐢𝐮𝐧

Dengan penuh rasa dukacita, ingin memaklumkan bahawa 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐦𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐣𝐣𝐚𝐡 𝐉𝐮𝐦𝐚'𝐚𝐧𝐢 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐇𝐣 𝐁𝐮𝐣𝐚𝐧𝐠, isteri kepada 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐫𝐞𝐦𝐢𝐞𝐫 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤, 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐃𝐫 𝐀𝐛𝐠 𝐇𝐣 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧 𝐙𝐨𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐮𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐛𝐠 𝐇𝐣 𝐎𝐩𝐞𝐧𝐠 telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.34 pagi, 23.Jun.2025 bersamaan 26 Zulhijjah 1446. di Pusat Perubatan Normah, Kuching.

Allahyarhamah berusia 76 tahun.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Takziah kepada seluruh keluarga dan sanak saudara.

Majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek, Petra Jaya, Kuching dari 10pagi hingga 12 tengahari.

Acara pengkebumian akan diadakan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.

AlFatihah

Ikhlas dari: Ketua Cawangan, Exco PBB Cawangan, Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda, Pergerakan Belia serta seluruh Ahli PBB Cawangan N41 Kuala Rajang.

Assalamualaikum dan Salam Sarawak Maju Makmur.10/5/2025 telah berlangsungnya Program Bantuan Lesen Memandu(BLM) bagi per...
11/05/2025

Assalamualaikum dan Salam Sarawak Maju Makmur.

10/5/2025 telah berlangsungnya Program Bantuan Lesen Memandu(BLM) bagi peringkat DUN Sarawak N41 bertempat di Dewan IKS, Tanjung Manis.

Seramai 1,197 orang peserta telah menghadiri program tersebut. Program sebegini juga membantu rakyat tempatan untuk menjimatkan kos bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Program Bantuan Lesen Memandu ini juga turut di meriahi 20 gerai jualan pelbagai barangan termasuk bermacam juadah makanan.

Program ini ialah hasil kerjasama diantara Pejabat Pusat Khidmat ADUN N.41 Kuala Rajang, Jabatan Pengangkutan Jalan Sarikei serta Institut Memandu Sarikei Snd Bhd.

Setinggi penghargaan juga berikan kepada Pergerakkan Belia 1828 PBB N.41 Kuala Rajang dan Armada Pemuda PBB N41 Kuala Rajang atas usaha dan kerja keras demi menjayakan Program ini.

Jutaan Terima Kasih YB Datuk Haji Len Talif Salleh atas inisiatif dan sokongan kepada rakyat bagi memudahkan rakyat tempatan.

01/03/2025

Assalamualaikum dan Salam Sarawak Maju Makmur 🌹. Kami dari Belia Cawangan N41 Kuala Rajang ingin mengucapkan Selamat menunaikan Ibadah Puasa bagi Belia dan Beliawanis yang beragama Islam. Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.

Address

No. 75, Tingkat 1, Bangunan Lakisri Jalan Masjid Lama
Sarikei
96100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belia 1828 N.41 Kuala Rajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Belia 1828 N.41 Kuala Rajang:

Share