25/09/2026
Rumah Panjai ke Arah Digital: Borang Digital & QR Untuk Buku Pelawat yang telah berlangsung hari ini, 25 September 2026 bertempat di Seminar Room, Sarikei Innovation Center (SIC).
Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada Ketua Masyarakat, Ketua Kaum (KMKK) serta Setiausaha JKKK tentang penggunaan kaedah digital yang lebih mudah, cepat dan sistematik dalam merekod kehadiran pelawat, tetamu rasmi serta peserta program komuniti.
Sepanjang sesi, peserta dibimbing secara hands-on untuk:
📌 Membina borang digital menggunakan Google Forms
📌 Menjana QR Code untuk buku pelawat digital
📌 Mengurus dan menyusun rekod pelawat dengan lebih sistematik
📌 Memahami kaedah penyimpanan data secara digital melalui Google Drive
Yang paling penting, peserta bukan sekadar belajar teori, tetapi terus menghasilkan borang digital dan QR Code masing-masing sepanjang sesi latihan.
Pendekatan ini diharapkan dapat membantu komuniti, khususnya di peringkat kampung dan Rumah Panjang untuk meningkatkan kecekapan pengurusan serta melangkah ke arah transformasi digital komuniti.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang sesi. Semoga ilmu yang dikongsikan hari ini dapat terus digunakan dan memberi manfaat dalam pengurusan komuniti masing-masing.