21/10/2025
Gotong Royong KMKK Awik 2025 - 21 Okt 2025 | Hari Selasa
Melalui Pegawai Pusat Khidmat N39 Krian telah sama-sama hadir untuk menjayakan aktiviti Gotong-royong mengumpul sampah di Perhentian Bas dan P-Turn anjuran Gerempong Tuai Rumah Kawasan Awik.
Gotong-royong bermula dari Simpang Saratok ke P-Turn Kawit Saratok. Sasaran utama pemberasihan adalah 6 perhentian Bas, 4 Simpang Utama dan 3 P-Turn.
Aktiviti hari ini merupakan satu dari aktiviti tanggungjawab sosial Gerempong Tuai Rumah Awik kepada mesyarakat dan ini menunjukan dengan jelas tugas Tuai Rumah bukan sahaja menjaga penduduk rumah panjang sahaja.
Kehadiran 38 orang Tuai Rumah dan Seorang Penghulu menunjukan kerjasama yang cukup erat di kalangan Tuai Rumah di Kawasan Awik. Kerjasama yang cukup baik ini telah menjadi aktiviti ini berjalan dengan lancar.
Turut serta pada aktiviti ini Penghulu Loya Seman, Tr Michael Meling Pengerusi Gerempong Tuai Rumah Awik, En James Jimbun Ketua Pemuda PDP Krian dan petugas-petugas Pan Borneo.