04/11/2023
Sabtu
04 November 2023.
Kampung Kabak dipilih sebagai venue prgram OUTREACH PERGIGIAN dari klinik Pergigian Hospital Saratok bahagian Betong.
Pengisian program.
1. Pemeriksaan Gigi
2. Rawatan Pergigian seperti cabutan gigi dan sapuan flourida varnis.
3. Ceramah Pergigian berkaitan kanser mulut, karies gigi dan penyakit gusi.
4. Latihan memberus gigi.
5. Pertandingan mewarna.
Para doktor yang terlibat:
1. Dr Jenny Ling Pin Pin
2. Dr Yugeswari A/P Thamil Selvan
3. Dr Dayang Nurhidayah Abg Morshidi
4. Dr Nur Amni Binti Noor Affendy
5. Dr Ursula Ting Siau Lan.
Majlis Penutupan program OUTREACH PERGIGIAN di kampung kabak telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohamad bin Duri ADUN N38 KALAKA saratok.
Turut hadir Tuan Cr Haji Majid bin Amit, Tuan Inspector Mohd Musa, Ketua Balai Polis Roban, Ketua Balai Polis Kabong Dan anggota polis yang lain
Turut serta bersama program OUTREACH PERGIGIAN , Pegawai Kesihatan bahagian Betong Dr Norhaizam bin Narawi Dan Dr Wan Noraini Binti Wan Aziz Pegawa Pergigian Bahagian Betong , Dr Nakiyudin pegawai perubatan Klinik kesihatan Nyabor
Program tersebut ialah julung kalinya diadakan di kampung kabak.
Penduduk kampung kabak berasa teruja Dengan kehadiran Dr Norhaizam bin Narawi kerana beliau adalah cicit kepada Pengasas Kampung Kabak iaitu Nenda Haji Bollah bin Haji Hussein..
Dalam masa yang sama Dr Norhaizam telah mengumumkan penyedian Ambulance untuk klinik kesihatan Nyabor hasil perbincangan YB Haji Mohamad bin Duri Dan Beliau .
Pasti Dengan adanya ambulance untuk klinik kesihatan Nyabor akan memberi kemudahan kepada penduduk setempat seperti kampung kabak, Rumah Panjang di Lubok nibong, kampung Nyabor, Kampung Sesang , kampung Empelam, Kampung Gerigat Dan kampung kampung Dan Rumah panjang sekitar simpang nyabor.
Dan YB telah memohon kepada Dr Norhaizam untuk menyediakan khidmat Klinik Bergerak untuk Kampung kampung yang jauh Dari klinik kesihatan.
Dr Norhaizam telah memakalumkan dalam ucapan beliau , akan disediakan klinik Bergerak bermala tahun 2024.
Alhamdulillah.
Terima kasih yang Tidak terhingga kepada Team Klinik Pergigian saratok dibawah kendalian Dr Wan Noraini Binti Wan Aziz Pegawa Pergigian Bahagian Betong Dan beliau juga isteri kepada Dr Norhaizam.
Kami penduduk kampung kabak mengucapkam berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat Dan juga kepada penduduk kampung kabak yang telah bertungkuslumus menjayakan program.
Semoga ditahun yang mendatang akan diadakan lagi program kesihatan seperti ini.