15/11/2025
15 November 2025
Majlis Penangguhan Rasmi Pertandingan Bola Sepak “Jom Main Boi” KASUS Piala SABERKAS Kalaka 2025.
Selesai sudah Pertandingan Bola Sepak “Jom Main Boi” KASUS Piala SABERKAS Kalaka 2025 yang berlangsung sejak 27 September 2025 yang lepas.
En. Abadi bin Hussein, Pengerusi SABERKAS Cawangan Kalaka dalam ucapan aluannya memaklumkan bahawa pertandingan tersebut merupakan anjuran bersama SABERKAS Cawangan Kalaka dengan Kelab Pagan Croc, Saratok. Pertandingan ini telah berjaya menghimpunkan seramai 118 orang pemain dari seluruh DUN Kalaka, dengan konsep penyertaan secara individu melalui cabutan undi posisi dan pasukan yang menjadikannya sebagai sebuah pertandingan yang unik dan penuh semangat kesukanan.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah turut diserikan dengan kehadiran En. Mohammad Dino bin Amad, Pegawai Daerah Saratok, En. Iszuan bin Haroni, Setiausaha Eksekutif SABERKAS Negeri Sarawak
dan KMKK DUN Kalaka. Terima kasih atas sokongan dan komitmen yang diberikan.
Pertandingan tahun ini menampilkan 6 pasukan yang menggunakan akronim nama kampung di sekitar Saratok:
🏆 KAMELA
🏆 KAMLOT
🏆 MELBA
🏆 KATANSA
🏆 KAMESA
🏆 JABURA
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
👏 Kelab Pagan Croc atas kerjasama penganjuran
👏 Semua AJK SABERKAS Cawangan Kalaka yang bertungkus-lumus menjayakan program
👏 Pasukan teknikal, pengadil, sukarelawan serta para penaja
👏 Para pemain yang menunjukkan disiplin, komitmen dan semangat kesukanan sepanjang kejohanan
SABERKAS Kalaka akan terus komited menyediakan platform sukan, sosial dan pembangunan belia bagi mengeratkan hubungan baik di kalangan komuniti setempat.
Tahniah kepada semua pasukan!
Jumpa lagi pada edisi akan datang!
cc : Saberkas Negeri Sarawak