09/02/2026
What is community based tourism, explained simply.
Community based tourism means travelling in a way that involves local people, supports their daily life, and respects their culture and environment.
Instead of tourism happening around a community, the community becomes part of the experience.
In places like Libaran Island, visitors do not just come to see and leave.
They learn from the villagers, try simple activities like mat weaving, coloring recycled plastic bottles, or making traditional kuih together.
These are everyday skills for the community, but meaningful experiences for visitors.
The income from these activities goes back to the villagers.
It helps support families, preserves local traditions, and encourages younger generations to stay connected to their culture.
At the same time, visitors gain something valuable too.
A slower pace, real conversations, and a better understanding of how tourism can be done responsibly.
Community based tourism is not about luxury.
It is about connection, respect, and travelling with purpose.
---
Apakah itu pelancongan berasaskan komuniti, ringkas dan mudah difahami.
Pelancongan berasaskan komuniti bermaksud melancong dengan cara yang melibatkan penduduk tempatan, menyokong kehidupan harian mereka, serta menghormati budaya dan alam sekitar.
.
Pelancongan tidak berlaku di sekeliling komuniti semata mata, tetapi komuniti itu sendiri menjadi sebahagian daripada pengalaman.
Di tempat seperti Pulau Libaran, pengunjung bukan sekadar datang melihat dan terus pulang.
Mereka belajar drpd penduduk kampung, mencuba aktiviti mudah seperti menganyam tikar, mewarna botol plastik yg di kitar semula, dan membuat kuih tradisional bersama-sama.
Aktiviti ini mungkin rutin harian bagi penduduk, tetapi menjadi pengalaman bermakna untuk pengunjung.
Pendapatan daripada aktiviti ini kembali kepada komuniti. Ia membantu menyara keluarga, memelihara tradisi tempatan, dan menggalakkan generasi muda untuk terus menghargai budaya mereka.
Pada masa yang sama, pengunjung juga mendapat sesuatu yang berharga. Rentak hidup yang lebih perlahan, perbualan yang jujur, dan pemahaman tentang bagaimana pelancongan boleh dilakukan secara bertanggungjawab.
Pelancongan berasaskan komuniti bukan tentang kemewahan. Ia tentang hubungan, rasa hormat, dan perjalanan yang mempunyai tujuan.