01/12/2025
Pilihan raya dan proses pengundian telah pun berakhir. Dengan itu, selesai sudah perjuangan saya dalam pilihan raya kali ini. Namun, perjuangan saya untuk Tanjung Papat sama sekali belum berakhir.
Saya amat kagum dan berterima kasih kepada seluruh jentera yang telah bersama-sama membantu saya sepanjang tempoh ini. Kehadiran anda semua merupakan kekuatan bagi saya, dan saya bersyukur kerana anda adalah pasukan terbaik yang pernah saya miliki.
Keputusan yang diterima semalam mengajar kita tentang betapa pentingnya perpaduan dalam kalangan semua masyarakat. Justeru, marilah kita perlahan-lahan berusaha menyatukan anak bangsa kita, agar kembali berada dalam satu kesatuan yang kukuh, maju dan sepakat.
Saya yakin, insyaAllah, akan tiba masanya nanti di mana anak-anak sabah terutama Melayu kita kembali bersatu dan bangkit memperjuangkan kepentingan bersama. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan, serta memohon maaf setulus hati sekiranya terdapat salah dan silap daripada saya sepanjang perjuangan ini.
Matlamat kita adalah jelas — menyatukan semua bangsa, serta mempereratkan semula ukhwah dalam kalangan masyarakat kita. Usaha untuk membangunkan Kampung Sim-Sim bukanlah mudah untuk dicapai dalam tempoh lima tahun ini, namun saya percaya, dengan izin Allah, akan tiba rezeki dan peluang kita pada masa akan datang untuk mengangkat martabat kampung kita.
Salam perjuangan rakyat.