Pertubuhan Kebajikan Imam An-Nawawi Sabah

Pertubuhan Kebajikan Imam An-Nawawi Sabah Sebuah Badan NGO Islam yang memfokuskan aktiviti kebajikan dan dakwah di Negeri Sabah, khususnya di daerah Sandakan.

Jambatan utama yang menghubungkan Kampung Melayu dan Kampung Pisang sedang dalam proses pembinaan semula. Kalau putus ja...
10/06/2026

Jambatan utama yang menghubungkan Kampung Melayu dan Kampung Pisang sedang dalam proses pembinaan semula. Kalau putus jambatan ni, bukan setakat orang kampung susah keluar masuk. Pelajar-pelajar yang setiap hari ulang-alik ke Teduhan Ilmu pun terkesan.

Pelajar-pelajar guna laluan ni untuk pergi belajar, ada yang guna untuk pergi kerja. Pendek kata, jambatan ni memang banyak jasanya untuk orang kampung.

Alhamdulillah, dengan semangat gotong-royong dan bantuan yang ada, kerja-kerja pembinaan semula sedang dijalankan. Moga dipermudahkan segala urusan. Terima kasih orang baik.

Kelas kanak-kanak lelaki di Kampung Jidfu berjalan lancar seperti biasa. Sedikit demi sedikit mereka dibimbing mengenal ...
08/06/2026

Kelas kanak-kanak lelaki di Kampung Jidfu berjalan lancar seperti biasa. Sedikit demi sedikit mereka dibimbing mengenal al-Quran, asas fardu ain dan adab dalam kehidupan. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang berilmu, berakhlak dan memberi manfaat kepada masyarakat suatu hari nanti. Ada yang berkerut dahi hantar hafalan hari ni?

Setelah berehat selama seminggu, hari ini ibu-ibu Kampung Tanah Hitam kembali berkelas. Alhamdulillah, wajah semua nampa...
08/06/2026

Setelah berehat selama seminggu, hari ini ibu-ibu Kampung Tanah Hitam kembali berkelas. Alhamdulillah, wajah semua nampak ceria dan bersemangat. Gelak tawa kembali mengisi ruang kelas, menandakan semangat menuntut ilmu masih menyala seperti biasa walaupun selepas beraya dengan daging.

Playwood, zink dan kayu-kayu untuk Teduhan Ilmu Kampung Melayu dan Surau Kampung Fordeco selamat mendarat.Mungkin bagi s...
07/06/2026

Playwood, zink dan kayu-kayu untuk Teduhan Ilmu Kampung Melayu dan Surau Kampung Fordeco selamat mendarat.

Mungkin bagi sesetengah orang, ia cuma sekadar playwood, kayu dan zink. Tapi bagi kami, inilah harapan. Inilah bahan yang akan menjadi dinding tempat anak-anak, remaja dan para ibu belajar agama, belajar 3M, serta menjadi ruang masyarakat berkumpul menuntut ilmu dan bermesyuarat.

InsyaAllah, sedikit demi sedikit Teduhan Ilmu Kampung Melayu dan Surau Kampung Fordeco akan terus dibangunkan. Bukan kerana kami punya segala-galanya, tetapi kerana masih ada insan-insan yang percaya bahawa pendidikan dan dakwah perlu sampai kepada semua, tanpa mengira siapa dan di mana mereka berada.

Doakan urusan penambahbaikan dan pembinaan dipermudahkan. Terima kasih orang baik yang menyumbang.

Alhamdulillah, kayu-kayu untuk pembinaan semula jambatan yang menghubungkan Kampung Pisang dan Kampung Melayu telah sela...
06/06/2026

Alhamdulillah, kayu-kayu untuk pembinaan semula jambatan yang menghubungkan Kampung Pisang dan Kampung Melayu telah selamat mendarat.

Jambatan ini bukan sekadar laluan biasa. Ia merupakab penghubung utama buat pelajar-pelajar untuk hadir hadir ke kelas, termasuk penduduk kampung yang berulang-alik mencari rezeki, serta urusan harian masyarakat setempat.

InsyaAllah dalam masa terdekat, penduduk kampung akan bergotong-royong membina semula jambatan ini.

Jazakumullahu khairan orang baik dari negara jiran. Semoga segala urusan dipermudahkan.

Perkembangan Terkini Surau Kampung FordecoSelepas beberapa hari cuti yang bersambung, hari ini baru berkesempatan meliha...
05/06/2026

Perkembangan Terkini Surau Kampung Fordeco

Selepas beberapa hari cuti yang bersambung, hari ini baru berkesempatan melihat sendiri perkembangan surau Kampung Fordeco yang masih dalam proses pembinaan.

Alhamdulillah, walaupun belum siap sepenuhnya, surau ini telah mula dimanfaatkan oleh penduduk kampung. Solat berjemaah sudah dilaksanakan seperti biasa, malah solat Eiduladha juga telah didirikan di sini.

Petang ni kami akan hantar kayu dan playwood lagi untuk teruskan kerja-kerja pembinaan.

Doakan.

Kampung Seaview Forest kembali meriah seperti biasa.Selepas bercuti beberapa hari, pelajar dewasa dan kanak-kanak kembal...
04/06/2026

Kampung Seaview Forest kembali meriah seperti biasa.

Selepas bercuti beberapa hari, pelajar dewasa dan kanak-kanak kembali memenuhi ruang sederhana Teduhan Ilmu An-Nawawi.

Alhamdulillah, kelas kembali berjalan seperti biasa. Semoga Allah terus memelihara semangat anak-anak dan para pelajar dewasa di Kampung Seaview Forest untuk terus mencintai ilmu.

Alhamdulillah, Teduhan Ilmu Kampung Melayu menerima kunjungan rombongan sekeluarga yang datang jauh daripada Labuan.Mere...
01/06/2026

Alhamdulillah, Teduhan Ilmu Kampung Melayu menerima kunjungan rombongan sekeluarga yang datang jauh daripada Labuan.

Mereka datang ziarah, berkongsi cerita dan berkongsi kegembiraan dengan memberikan goodies bag kepada semua pelajar di sana. Selain itu, mereka sempat memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar agar berusaha dan jangan berputus asa.

Terima kasih kepada Kak Liah dan keluarga atas kesudian berhari raya bersama anak-anak Teduhan kami. Semoga ukhwah yang terjalin terus mekar dan memberi manfaat kepada ramai lagi insan.

Thank you Pastor AlanBerkebajikan itu tidak mengenal warna kulit, bangsa mahupun agama. Yang lapar tetap perlu dibantu, ...
25/05/2026

Thank you Pastor Alan

Berkebajikan itu tidak mengenal warna kulit, bangsa mahupun agama. Yang lapar tetap perlu dibantu, yang diuji tetap perlu disantuni.

Semalam kami menerima panggilan daripada Pastor Alan mewakili pihak Church City On A Hill. Mereka mengajak kami untuk bersama-sama menyampaikan sedikit sumbangan berupa susu formula buat bayi dan kanak-kanak berusia 0 hingga 12 bulan di Kampung Bahagia.

Pagi tadi kami sempat berbincang tentang latar belakang masing-masing sebelum membuat penyerahan. Walaupun datang dari latar agama yang berbeza, namun perbezaan itu bukan penghalang untuk duduk semeja, berbual dan bekerjasama dalam urusan kebajikan.

Sepanjang perbualan bersama Pastor Alan, jelas kelihatan kesungguhan mereka untuk terus turun padang membantu mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Bahagia. Mereka juga menyatakan hasrat untuk turun lagi membawa sumbangan keperluan pada masa akan datang.

Kadang-kadang, dalam suasana manusia sibuk mencari perbezaan, masih ada insan yang memilih untuk melihat sisi kemanusiaan. Dan mungkin di situlah letaknya indah hidup bermasyarakat. Saling membantu tanpa melihat siapa dan apa latar belakangnya.

Semalam kami bergabung tenaga bersama rakan-rakan daripada Cahaya Society , Camp Therapy Support Society (CATS), Kelab A...
22/05/2026

Semalam kami bergabung tenaga bersama rakan-rakan daripada Cahaya Society , Camp Therapy Support Society (CATS), Kelab Alumni Cahaya dan PMG dalam Program Medical Outreach Program (MOP) di Kampung Bahagia.

Melihat pelbagai pihak turun padang dengan tujuan yang sama cukup memberikan satu rasa yang sukar digambarkan. Ada yang sibuk mengurus pendaftaran, ada yang melayan kanak-kanak, ada yang membantu proses rawatan dan ada juga yang hadir memberikan sokongan moral.

Moga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan dan dipermudahkan lagi segala urusan untuk program-program akan datang.

Tidak lupa juga kepada Cikgu Norismawati yang merupakan isteri kepada sahabat kami al-Marhum Nasil Bin Isnain yang turut serta program kami. Terasa seperti al-Marhum ada bersama kami sepanjang program. Allahummagfirlahu warhamhu wa'afihy wa'fuanhu.

Address

Lot 2, Blok A4, First Floor, Bandar Labuk Jaya, Batu 7, Jalan Labuk
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60108158766

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Imam An-Nawawi Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Imam An-Nawawi Sabah:

Share