Nisa Negeri Sabah Official

Nisa Negeri Sabah Official Nisa' Sabah bernaung di bawah Pertubuhan Nisa' Malaysia, NGO dengan fokus kepada pembangunan wanita.

Nisa' Negeri Sabah merupakan sebuah NGO dibawah Pertubuhan Nisa‘ Malaysia. Pertubuhan Nisa' Malaysia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan, NGO yang berdaftar sejak 11 Januari 2010. Fokus utama Nisa’ di seluruh negara adalah dalam aspek kebajikan, kemanusiaan dan kemasyarakatan khususnya melibatkan golongan wanita muda. Nisa’ kini mempunyai rangkaian di setiap negeri di seluruh Malaysia termasukl

ah di negeri Sabah. Keahlian Nisa’ adalah terdiri daripada wanita yang berumur 15 – 40 tahun dari seluruh negara. Visi :
Menjadi penghubung utama generasi muda ke arah hidup yang lebih baik

Misi :
Kebajikan | Kemanusiaan | Kemasyarakatan

Jom bersama Nisa' Negeri Sabah ;)

Terima kasih kepada semua penyumbang 💜
05/05/2026

Terima kasih kepada semua penyumbang 💜

04/05/2026

Selamat Hari Bomba Sedunia 2026 🚒🧑🏻‍🚒👩🏻‍🚒

Nisa' Malaysia menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga bomba yang sentiasa berani mempertaruhkan nyawa demi keselamatan warga Malaysia.

Di sebalik bunyi siren yang bergema, ada pengorbanan yang tidak ternilai. Risiko berhadapan bahaya marak api dan segala kecemasan dihadapi dengan berani. Anda adalah wira sebenar yang sentiasa bersedia, tidak kira masa dan keadaan.

Semoga segala jasa dan pengorbanan setiap ahli bomba diberkati dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

Terima kasih wira negara.
Bomba Tonggak Penyelamatan Negara! 🔥🚒





01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026🧑🏻‍🚒👩🏻‍💻👩🏻‍🏫

Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia tanpa mengira pangkat dan jawatan.

Semoga dedikasi dan usaha keras yang anda curahkan dalam setiap tugas membawa impak yang besar dan membuka lebih banyak peluang untuk kerjaya anda.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”
(Riwayat al-Baihaqi)

Semoga kita terus gigih mencari rezeki yang halal buat diri sendiri dan keluarga serta mengamalkan integriti dalam kerjaya kita.

Ikhlas daripada,
Nisa' Malaysia💜




27/04/2026

BANTAH PESTA AIR 2026 DI BUKIT BINTANG!

Pesta air campur lelaki & perempuan
Risiko pergaulan bebas
Tidak selari dengan nilai masyarakat
Jaga maruah & adab

KAMI BANTAH PESTA AIR 2026!




𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡: 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗚. 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔, 𝗦𝗔𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡  📦🚚Alhamdulillah, NISA’ Negeri Sabah & NISA’ Sandakan ...
22/04/2026

𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡: 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗚. 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔, 𝗦𝗔𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 📦🚚

Alhamdulillah, NISA’ Negeri Sabah & NISA’ Sandakan kini sedang berada di lapangan untuk menyalurkan bantuan awal kepada mangsa-mangsa yang terjejas. Berkat sumbangan anda, keperluan asas seperti lampin bayi, makanan, dan barang dapur mula diagihkan kepada keluarga di pusat penempatan sementara.

Namun, perjalanan kita masih jauh. Dengan hampir 1,000 buah rumah musnah, masih ramai lagi yang memerlukan bantuan kita untuk bangkit semula.

Mari terus menyumbang:
🏦 𝗕𝗮𝗻𝗸: 𝗕𝗦𝗡
🔢 𝗡𝗼. 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻: 𝟭𝟮𝟭𝟬 𝟴𝟰𝟭𝟭 𝟬𝟬𝟬𝟭 𝟲𝟵𝟭𝟮
👤 𝗡𝗮𝗺𝗮: 𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗡𝗶𝘀𝗮' 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 - 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵
📌 𝗥𝘂𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻: 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔𝗦𝗗𝗞

Sebarang pertanyaan atau serahan resit:
✅ Saudari Fathihah: wa.me/60138931860
✅ Saudari Syafikah: wa.me/60178909346

Terima kasih kepada semua penyumbang. Setiap bantuan anda adalah sinar harapan buat warga Kg. Bahagia. 🤲✨

𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔𝗔𝗡: 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗞𝗚. 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔, 𝗦𝗔𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 🚨Hati mana yang tidak luluh melihat ribuan saudara kita hilang t...
20/04/2026

𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔𝗔𝗡: 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗞𝗚. 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔, 𝗦𝗔𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 🚨

Hati mana yang tidak luluh melihat ribuan saudara kita hilang tempat berteduh sekelip mata. Tragedi kebakaran di Jalan Batu Sapi pada 19 April 2026 ini telah memusnahkan hampir 1,000 buah rumah.

NISA’ Negeri Sabah & NISA’ Sandakan kini sedang mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kecemasan segera (makanan, air bersih & perubatan). Ayuh rakyat Malaysia, kita bantu ringankan beban mereka!

💰 𝗦𝗮𝗹𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗸𝗲:
🏦 𝗕𝗮𝗻𝗸: 𝗕𝗦𝗡
🔢 𝗡𝗼. 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻: 𝟭𝟮𝟭𝟬 𝟴𝟰𝟭𝟭 𝟬𝟬𝟬𝟭 𝟲𝟵𝟭𝟮
👤 𝗡𝗮𝗺𝗮: 𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗡𝗶𝘀𝗮' 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 - 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵
📌 𝗥𝘂𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻: 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔𝗦𝗗𝗞

📞 Hubungi kami untuk maklumat lanjut / hantar resit:
✅ Saudari Fathihah: wa.me/60138931860
✅ Saudari Syafikah: wa.me/60178909346

"Sedikit bagi kita, segalanya bagi mereka." Mohon bantu kami dengan klik butang SHARE. Terima kasih!

🧑🏻‍🎓SYABAS & TAHNIAH KEPADA CALON SPM 2025 👩🏻‍🎓Air mata kegembiraan yang tumpah hari ini menceritakan segalanya—segala l...
31/03/2026

🧑🏻‍🎓SYABAS & TAHNIAH KEPADA CALON SPM 2025 👩🏻‍🎓

Air mata kegembiraan yang tumpah hari ini menceritakan segalanya—segala lelah, sengkang mata, dan pengorbanan yang akhirnya membuahkan hasil. Syabas dan tahniah setinggi-tingginya diucapkan kepada semua calon SPM 2025 atas pencapaian yang diraih! ✨📚

Di sebalik sekeping slip keputusan ini, tersimpan seribu satu cerita perjuangan:

Doa Ibu Bapa yang tidak pernah putus mengiringi setiap langkah, menjadi kekuatan di saat adik-adik merasa lelah.

Jasa guru-guru yang tidak jemu mencurahkan ilmu, membimbing dengan sabar, dan menjadi lilin yang membakar diri demi melihat anak didik berjaya. Terima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar dan kasih sayang yang dicurahkan.

Usaha gigih tekad dan disiplin adik-adik sendiri yang membuktikan bahawa usaha tidak pernah mengkhianati hasil.

Semoga kejayaan hari ini menjadi batu loncatan untuk kembara yang lebih gemilang. Teruskan melangkah dengan rendah diri, dan moga setiap ilmu yang dipelajari membawa keberkatan serta kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

Ikhlas daripada:
Nisa’ Negeri Sabah
"Penghubung Generasi Muda, Connecting Youth"

30/03/2026

TERIMA KASIH DOKTOR!🧑🏻‍⚕️👩🏻‍⚕️

Nisa' Malaysia ingin mengucapkan penghargaan tidak terhingga kepada para doktor yang telah berkorban masa, menyumbang tenaga dan kepakaran khas buat rakyat Malaysia.

Doktor dan para petugas kesihatan adalah wira barisan hadapan yang berdedikasi menjaga kesihatan rakyat tanpa mengira situasi.

Ayuh hargai jasa mereka, terus beri sokongan, dan bersama amalkan gaya hidup sihat demi kesejahteraan semua pihak.

Selamat Hari Doktor Sedunia!🩺

Tulus Ikhlas,
Nisa' Malaysia💜





27/03/2026

Address

Lor Sejati Ujana 8
Sandakan
90000

Telephone

01117563236

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nisa Negeri Sabah Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Nisa Negeri Sabah Official:

Share