16/10/2026
🌿 SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2026 | HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN
📅 16 Oktober 2026 (Jumaat)
📍 Dewan Selingan, HDOK
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, HDOK telah menganjurkan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026 dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan mental warga kerja hospital sendiri.
Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital, Dr Fahmie bin Othman, dengan tema “Lived Experiences Heard: Real Voices, Real Change”, yang menekankan kepentingan mendengar, memahami dan mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental, khususnya di tempat kerja.
✨ Antara pengisian utama program:
🌿 Sesi Praktikal – Teknik Relaksasi dan Pengurusan Stres
🎥 “Voices of Lived Experiences” – Tayangan video berbentuk AI yang mengetengahkan pengalaman sebenar klien/pesakit dengan identiti dan privasi mereka terpelihara.
💬 “Say This, Not That” – Sesi interaktif menggunakan Kahoot! untuk memupuk penggunaan bahasa yang lebih empati, positif dan menyokong.
🎤 Forum “Let’s Talk” – Perbincangan terbuka mengenai kesejahteraan mental staf, cabaran di tempat kerja serta peranan pihak pengurusan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih menyokong.
🧩 Pameran Terapi Cara Kerja dan MENTARI Elopura – Memperkenalkan perkhidmatan serta program pemulihan yang tersedia bagi menyokong pemulihan kesihatan mental.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Hospital, pihak Pengurusan HDOK, ahli panel, pempamer, para peserta serta seluruh jawatankuasa penganjur atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
💚Setiap suara itu bermakna. Kadangkala, apa yang diperlukan hanyalah seseorang yang sudi mendengar. 💚