Persatuan Usahawan Lestari Sabah

Persatuan Usahawan Lestari Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Usahawan Lestari Sabah, Non-Governmental Organization (NGO), Tingkat 1, Lot 21, Commercial Zone 3, Lorong Dataran BU 3, Bandar Utama, Batu 6, Sandakan.

15/03/2025

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan oleh Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Persatuan Usahawan Lestari Sabah kepada 526 murid SK Batu 16 Gum-Gum & dirasmikan oleh YBhg Datuk Philip Benedict Lasimbang, Pengerusi Yayasan Bank Rakyat.

21/02/2025

788 murid dari SK Seri Manis Official
& SK BATU 16 GUM-GUM menerima Bantuan Awal Persekolahan dari Yayasan Bank Rakyat yang diserahkan oleh Pengerusi YBR Datuk Philip Lasimbang.


21/02/2025

πŸ“†20 Feb 2025 | Sandakan

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan oleh Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Persatuan Usahawan Lestari Sabah kepada 788 murid dari SK Seri Manis Official & SK BATU 16 GUM-GUM.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Datuk
Philip Benedict Lasimbang, Pengerusi Yayasan Bank Rakyat.

Ewon Benedick Official Media
Koperasi Usahawan Libaran Sabah Berhad

17/12/2024

πŸ”— Adakah anda usahawan belia yang ingin mengembangkan perniagaan?

πŸ”— Ingin mendapatkan lebih pendedahan berkenaan dunia perniagaan?

Kini, permohonan telah dibuka untuk menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 11!

πŸ“Œ Rebut peluang ini segera!

πŸ“Œ Sila layari Portal TUBE di https://tube.smecorp.gov.my/ untuk maklumat lanjut program dan panduan memohon melalui Sistem MyBPI di https://mybpi.smecorp.gov.my/

05/12/2024

"Jom buka kedai online anda di MyMall! πŸ›οΈπŸ’»

Usahawan Malaysia, peluang emas menanti anda! MyMall membuka pintu untuk anda menjadi peniaga dalam talian. Tak perlu risau tentang platform - kami sediakan semua yang anda perlukan.

βœ… Mudah didaftar
βœ… Capaian pelanggan luas
βœ… Sokongan penuh untuk peniaga

Imbas kod QR atau layari www.mymallmalaysia.my sekarang untuk memulakan perniagaan digital anda. Mari sertai MyMall dan bawa perniagaan anda ke tahap seterusnya! πŸš€πŸ’ͺ



23/11/2024

140 Pelajar Cemerlang SPM 2023 dari 9 buah sekolah di Sandakan terima Insentif Yayasan Bank Rakyat.

Ewon Benedick Official Media
Koperasi Usahawan Libaran Sabah Berhad



https://www.facebook.com/share/p/18RAYfZaVL/?mibextid=WC7FNe
22/11/2024

https://www.facebook.com/share/p/18RAYfZaVL/?mibextid=WC7FNe

SANDAKAN: Seramai 140 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 9 buah sekolah sekitar daerah ini menerima insentif daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah pasaraya di sini Sandakan baru-baru ini.

Majlis berkenaan dianjurkan bersama Yayasan Bank Rakyat dan Persatuan Usahawan Lestari Sabah.

Insentif berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Bank Rakyat Malaysia, Datuk Philip Benedict Lasimbang dan turut dihadiri Pengerusi Persatuan Usahawan Lestari Sabah, Dr. Peter JR Naintin.

Philip berkata, pemberian insentif ini adalah usaha YBR untuk membantu pelajar cemerlang terbabit termasuk mereka yang memerlukan untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat tinggi.

Sementara itu Peter yang juga Pengerusi Koperasi Usahawan Libaran Sabah Berhad, memaklumkan program berkenaan juga antara inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan di bawah melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

"Ini juga usaha kita dalam membantu pelajar yang memerlukan dan berharap mereka akan terus maju jaya dalam pelajaran masing-masing," jelas Peter.

YBR menyumbang sejumlah peruntukkan khusus untuk membantu dalam perkembangan pendidikan pelajar sekolah di seluruh negara termasuk Sandakan.

21/11/2024

πŸ“†19 Nov 2024 | Selasa
πŸ“MyDin Sejati Ujana Mall

Majlis Pemberian Insensif Kepada Pelajar Cemerlang SPM 2023 oleh Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Persatuan Usahawan Lestari Sabah kepada 140 pelajar di daerah Sandakan.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Philip Benedict Lasimbang, Pengerusi Yayasan Bank Rakyat.

Terima kasih kepada pihak Mydin Sandakan atas kerjasama yang telah diberikan.

Koperasi Usahawan Libaran Sabah Berhad

21/11/2024

20 November 2024 | Rabu

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2025 bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Peringkat Jawatankuasa melalui undian suara.

Ia diluluskan selepas dibahaskan oleh 11 Ahli Parlimen.

Dalam Belanjawan Madani 2025, KUSKOP diperuntukkan sebanyak RM815.1 juta mencakupi RM551.9 juta bagi perbelanjaan pembangunan dan RM263.2 juta bagi perbelanjaan mengurus.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya berkata, warga KUSKOP terus komited memberikan khidmat terbaik memantapkan lagi pencapaian sektor keusahawanan dan koperasi di negara ini.

β€œWalaupun dengan peruntukan yang terhad namun kementerian saya akan terus komited membantu para usahawan dan koperasi memulakan ataupun mengembangkan perniagaan mereka.

β€œIni dapat dibuktikan melalui pembiayaan sebanyak RM9.53 bilion kepada seramai 328,790 usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi sepanjang tahun 2023 oleh agensi-agensi KUSKOP.

β€œSelain itu, KUSKOP juga telah membangunkan beberapa dokumen khusus ke arah memperkasakan ekosistem pembangunan usahawan dan koperasi melalui Pelan Strategik PMKS 2030, Dasar Koperasi Negara 2030 dan Dasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Negara 2030.

β€œAkan datang, kita juga akan membentangkan kepada Jemaah Menteri Dasar Francais Negara,” katanya, di sini, hari ini.






Facebook
https://www.facebook.com/share/v/1AphM8aX9H/

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DCnO_sBz2Yi/?igsh=MWtnMjM0b3ltdHdteA==

X
https://x.com/Ewon_Media/status/1859392791278911676?t=Ac3bfN1MWCXF8MRODoowJQ&s=19

Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSjHMqxKv/

Youtube:
https://youtube.com/shorts/GEb9lsI9S7A?si=0BvrqWK_E-0AJlzn

Address

Tingkat 1, Lot 21, Commercial Zone 3, Lorong Dataran BU 3, Bandar Utama, Batu 6
Sandakan
90000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Usahawan Lestari Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Usahawan Lestari Sabah:

Share