St. John Ambulans Malaysia, Kawasan Sandakan

St. John Ambulans Malaysia, Kawasan Sandakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pertubuhan sukarelawan yang menyediakan perkhidmatan pertolongan cemas (First Aid/First Responder) SEJARAH RINGKAS

ST. A. R.

JOHN AMBULANS MALAYSIA, KAWASAN SANDAKAN

Pasukan St. John Ambulans telah mula berkembang di Sandakan pada akhir tahun 1940an dimana ianya telah dibawa oleh orang-orang Inggeris ke Borneo Utara (Sabah). Pada 31 Julai 1953, Pasukan St. John Ambulans Malaysia Sandakan telah ditubuhkan dengan rasminya. Pada waktu itu ahli-ahlinya hanyalah seramai 18 orang sahaja. Penguasa Pasukan St. John Ambulans Sa

ndakan pada waktu itu ialah Encik A.R. Miller seorang Penguasa Polis pada waktu itu. Kegiatan yang dijalanpada waktu itu hanyalah tertumpu kepada latihan pertolongan cemas. Penceramahnya ialah Dr. Ho dan Dr. Chan. Pada 14 - 17 April 1961, Peseuruhjaya St. John AMbulans Borneo Utara En. Wilkey telah melawat ahli-ahli pasukan untuk membincangkan dengan lebih dalam lagi masalah yang dihadapi oleh Pasukan tersebut. Diantara yang hadir dalam perbincangan tersebut iaitu:

En. Chang Hang Kim - Penguasa Bahagian
En. Chong Chee Ching - Sarjan
En. Chan Hang Luan - Kopral
En. Liau Fatt Yin
En. Yap Foh Yu - Kopral
En. Matthew Chu
En. Chang Kay Boon
En. Lim Heng Sang - Kopral
En. Lee Thien Sang
En. Fung Puey Chuen - Kopral
En. Lewis Fung
En. Paddy F**k
En. C.A.V Linggam
Miss Carmen Pastor

Pada 21 April 1961, En. A.R Wilkey telah menghubungi En Tan En Liat untuk meminta bantuan untuk menubuhkan Persatuan St. John Ambulans dan menghidupkan semula Pasukan St. John Ambulans yang telah tidak aktif lagi pada waktu itu. Pada 22 Jun 1061, Mrs Reeves, Penguasa Koloni (Rawatan) telah melawat En. Tan En LIat dan memberikan taklimat kepada beliau berhubung dengan penubuhan Persatuan St. John Ambulans serta tujuan dan matlamatnya. (Bersambunng)

Address

Sandakan
90711

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00

Telephone

+6089215266

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when St. John Ambulans Malaysia, Kawasan Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share