Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Darul Hasanah

Call Directions

Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Darul Hasanah SMIDAH adalah sebuah Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz dan Pusat Pengajian Waqaf (berkebajikan) yang berdaftar dengan JHEAINS. Telah beroperasi tahun ke-11.

Sasaran utama adalah para pelajar kapangan asnaf, fakir miskin dan anak yatim serta muallaf PPDH ditubuhkan bagi membantu masyarakat Islam untuk celik Al-Quran dan menguasai ilmu agama khususnya Fardhu Ain, kemahiran insan dan ilmu alat seperti Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Ditubuhkan pada 12 Februari 2016 bersamaan 3 Jamadil Awwal 1437H (Jumaat). Menyedari kepentingan al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama Islam, maka tidak boleh tidak agenda keduanya perlu didaulat, ini adalah manifestasi tanggungjawab kita sesama ummah terhadap Dakwah dan Islah. Semoga kewujudan PPDH ini mampu meminimakan kejahilan ummah terhadap hidup beragama al-Quran. Seawal penubuhan, kita di PPDH bermula dengan menyewa 1 unit rumah teres 2 tingkat di Taman Aman Jaya, Batu 7, Sandakan, Sabah. Seterusnya, dengan izin Allah dalam tempoh 2 tahun kita telah menyewa 6 unit rumah teres 2 tingkat di tempat yang sama. Syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada manusia pada 7 Januari 2018 (Ahad) kita telah berpindah di bangunan sendiri yang beralamat Lot 61, Rancangan Sungai Manila, Batu 12, Jalan Sungai Manila, 90000 Sandakan, Sabah. Asal bangunan ini adalah 1 unit rumah kampung yang akhirnya telah diwakafkan kepada PPDH berserta sebidang tanah berukuran 1 hektar = 2.47 ekar adalah merupakan wakaf dari seorang hamba Allah yang budiman. Kini, PPDH mengorak langkah bagi tahun ke-4 berperanan menjadi Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Darul Hasanah (SNIDAH) di Sandakan yang menggabungkan tiga aliran iaitu ilmu tahfiz al-Quran, ilmu Agama dan akademik. SMIDAH hari ini mempunyai bilangan pelajar sepenuh masa seramai 42 orang yang menetap di asrama SMIDAH. Selain itu, kita terus konsisten sehingga kini dengan pengajian kanak-kanak dan dewasa secara percuma.

Majlis Malam Jumaat (MMJ) Darul Hasanah Sabah telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada malam ini, dipimpin oleh Mu...
15/10/2026

Majlis Malam Jumaat (MMJ) Darul Hasanah Sabah telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada malam ini, dipimpin oleh Muallim Sabaruddin Bin Suttaryo.

Semoga segala bacaan, zikir dan doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT, dikurniakan keampunan, kesejahteraan serta rahmat yang berpanjangan buat semua.

Mudah-mudahan majlis ini terus menjadi asbab turunnya keberkatan dari Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

“Dari Ummah Untuk Ummah”
“Khidmat Ummah, Rahmat untuk Semua”

BUKA PUASA SUNAT ANAK-ANAK TAHFIZ DARUL HASANAHAlhamdulillah thumma allhamdulillah, suasana anak-anak tahfiz Darul Hasan...
15/10/2026

BUKA PUASA SUNAT ANAK-ANAK TAHFIZ DARUL HASANAH

Alhamdulillah thumma allhamdulillah, suasana anak-anak tahfiz Darul Hasanah berbuka puasa sunat mingguan iaitu puasa sunat hari Khamis.

Jazakumullahu khairan khatira pihak Darul Hasanah ucapkan kepada para penyumbang anak-anak tahfiz Darul Hasanah. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati para penyumbang sekeluarga. Allahumma amin🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🕋

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

"Dari Ummah untuk Ummah"
"Khidmat Ummah, Rahmat untuk Semua"

KHIDMAT UMMAHAlhamdulillah, telah selesai Program Motivasi Mohon Restu Ilmu Calon SPM 2026 yang berlangsung pada hari in...
15/10/2026

KHIDMAT UMMAH

Alhamdulillah, telah selesai Program Motivasi Mohon Restu Ilmu Calon SPM 2026 yang berlangsung pada hari ini bersama Pelajar Tingkatan 5, SMK Sandakan juga Ibu Bapa dan Penjaga.

🎙️ Program telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Haji Azihal Bangsawan dengan perkongsian yang penuh motivasi, semangat dan inspirasi dalam membimbing para pelajar untuk terus yakin pada diri, berusaha bersungguh-sungguh serta tidak mudah berputus asa.

Semoga segala ilmu, nasihat dan motivasi yang disampaikan dapat menjadi pembakar semangat kepada para pelajar dalam menghadapi SPM 2026.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan, ketenangan dan kejayaan kepada semua calon SPM SMK Sandakan Tahun 2026.

Alhamdulillah, pada malam ini, seusai menunaikan solat fardhu Isyak secara berjemaah, Ustaz Dr. Haji Azihal Bangsawan te...
12/10/2026

Alhamdulillah, pada malam ini, seusai menunaikan solat fardhu Isyak secara berjemaah, Ustaz Dr. Haji Azihal Bangsawan telah menyampaikan pengisian santai bersama para pelajar SMIDAH & MTDH.

Dalam pengisian tersebut, pelbagai nasihat dan peringatan telah disampaikan kepada para pelajar.

Semoga segala nasihat dan ilmu yang disampaikan dapat dihayati, diamalkan dan menjadi bekalan berharga buat para pelajar dalam membentuk diri menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia serta berjaya di dunia dan di akhirat.

“Dari Ummah Untuk Ummah”
“Khidmat Ummah, Rahmat Untuk Semua”

HIMPUNAN MUDARA’ TAHFIZ ANTARABANGSA 2026Alhamdulillah, pada hari ini Ustaz Dr. Haji Azihal Bangsawan mengikuti program ...
09/10/2026

HIMPUNAN MUDARA’ TAHFIZ ANTARABANGSA 2026

Alhamdulillah, pada hari ini Ustaz Dr. Haji Azihal Bangsawan mengikuti program Himpunan Mudara’ Tahfiz Antarabangsa 2026 yang berlangsung di Auditorium German-Malaysian Institute (GMI).

Program ini menghimpunkan para pengetua, pengurus dan peneraju institusi tahfiz bagi memperkukuh jaringan kerjasama, berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan serta memartabatkan sistem pendidikan tahfiz di peringkat antarabangsa.

Semoga penyertaan dalam program ini dapat memberikan manfaat, menambah ilmu dan memperluas jaringan ukhuwah dalam usaha melahirkan generasi huffaz yang dinamik, berilmu dan kompeten.

Mudah-mudahan segala usaha dalam memperkasa institusi tahfiz mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.

08/10/2026
Majlis Malam Jumaat (MMJ) Darul Hasanah Sabah telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada malam ini, dipimpin oleh Mu...
08/10/2026

Majlis Malam Jumaat (MMJ) Darul Hasanah Sabah telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada malam ini, dipimpin oleh Muallim Sabaruddin Bin Suttaryo.

Semoga segala bacaan, zikir dan doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT, dikurniakan keampunan, kesejahteraan serta rahmat yang berpanjangan buat ksemua.

Mudah-mudahan majlis ini terus menjadi asbab turunnya keberkatan dari Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

“Dari Ummah Untuk Ummah”
“Khidmat Ummah, Rahmat untuk Semua”

Address

Lot 61, Rancangan Sungai Manila, Batu 12
Sandakan
900000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Darul Hasanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share