Surau Al-Ukhwah

Surau Al-Ukhwah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Al-Ukhwah, Community Organization, Sandakan.

Surau AL -Ukhwah PPR Batu Putih Sandakan Perarakan dan Sambutan Maulidur-Rasul 12 Rabiul Awal 1446 Hijrah/2024 Masihi
16/09/2024

Surau AL -Ukhwah PPR Batu Putih Sandakan
Perarakan dan Sambutan Maulidur-Rasul 12 Rabiul Awal 1446 Hijrah/2024 Masihi

Kuliah Mingguan Surau Al-UkhwahSetiap hari Selasa bersama Ustaz Agus Bin Diong.جزاه الله خيرا كثيرا.
30/04/2024

Kuliah Mingguan Surau Al-Ukhwah

Setiap hari Selasa bersama Ustaz Agus Bin Diong.

جزاه الله خيرا كثيرا.

Kuliah Mingguan Surau Al-UkhwahSetiap hari Sabtu bersama Ustaz Mohamad Sufan Bahrin. جزاه الله خيرا كثيرا.
27/04/2024

Kuliah Mingguan Surau Al-Ukhwah

Setiap hari Sabtu bersama Ustaz Mohamad Sufan Bahrin.

جزاه الله خيرا كثيرا.

IFTAR & SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH.4 April 2024 (Rabu)Dengan rendah hati, warga Pengurusan Surau Al-Ukhwah mengucapkan teri...
04/04/2024

IFTAR & SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH.

4 April 2024 (Rabu)

Dengan rendah hati, warga Pengurusan Surau Al-Ukhwah mengucapkan terima kasih kepada Ybhgia Datuk Amirshah Yaakub, Ketua PGRS Bahagian Sg. Sibuga dan Setiausaha En. Raiman serta rombongan yang banyak membantu memudahkan urusan surau.

جزاكم الله خيرا كثيرا.🙏🏻



PROGRAM IFTAR & PENYAMPAIAN ZAKAT daripada TM SABAH.Alhamdulillah, Terima kasih telah memilih surau kami & sumbangan yan...
28/03/2024

PROGRAM IFTAR & PENYAMPAIAN ZAKAT daripada TM SABAH.

Alhamdulillah, Terima kasih telah memilih surau kami & sumbangan yang diberikan. 🙏🏻

Semoga Allah balas kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda, aamiin 🤲🏻



𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 I 𝟐𝟎𝟐𝟒𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝙈𝙀𝙉𝙐𝙉𝘼𝙄𝙆𝘼𝙉 𝙄𝘽𝘼𝘿𝘼𝙃 𝙋𝙐𝘼𝙎𝘼 𝘽𝙐𝘼𝙏 𝙎𝙀𝙇𝙐𝙍𝙐𝙃 𝙐𝙈𝘼𝙏 𝙄𝙎𝙇𝘼𝙈 Semoga bulan suci ini dapat kita man...
12/03/2024

𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 I 𝟐𝟎𝟐𝟒

𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝙈𝙀𝙉𝙐𝙉𝘼𝙄𝙆𝘼𝙉 𝙄𝘽𝘼𝘿𝘼𝙃 𝙋𝙐𝘼𝙎𝘼 𝘽𝙐𝘼𝙏 𝙎𝙀𝙇𝙐𝙍𝙐𝙃 𝙐𝙈𝘼𝙏 𝙄𝙎𝙇𝘼𝙈

Semoga bulan suci ini dapat kita manfaatkan sebaiknya untuk kita memperbaiki diri dengan meningkatkan keimanan dengan ibadah yang berterusan dan mendapat maghfirah Allah dengan harapan setiap amal kebaikan kita diterima oleh Allah SWT.

Ingatlah sabda Nabi ﷺ:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ﷻ, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu. (HR. Al-Bukhari)

Ikhlas daripada,
Seluruh AJK
Surau Al-Ukhwah
PPR Taman Batu Putih

Alhamdulillah, atas nikmat peluang yg Allah berikan. Memeriahkan Kuliah Subuh Perdana Solat Subuh macam Solat Jumaat anj...
28/01/2024

Alhamdulillah, atas nikmat peluang yg Allah berikan.

Memeriahkan Kuliah Subuh Perdana Solat Subuh macam Solat Jumaat anjuran Masjid Nur El-Nizam Kg Sg. Kayu, tahniah diucapkan kepada pihak Pengurusan Masjid menjayakan program ini, moga bermanfaat untuk jemaah yang hadir.

Alhamdulillah, AJK & beberapa jemaah Surau tidak melepaskan peluang hadir mendengar tausiah yang disampaikan dan juga dapat bersalaman seusai kuliah subuh Sahibus Samahah Datuk Ustaz Hj Bungsu @ Aziz Bin Hj Jaafar, M***i Negeri Sabah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT melalui asbab pencerahan yang disampaikan oleh YBhgia Datuk Amirshah Yaakub, Ketua PGRS Bahagian Sg. Sibuga dan Setiausaha En. Raiman, kami berpeluang menyampaikan hasrat berkenaan keperluan Surau Al-Ukhwah agar mendapat perhatian daripada Sahibus Samahah Datuk Ustaz Hj Bungsu @ Aziz Bin Hj Jaafar, M***i Negeri Sabah. Terima kasih diucapkan kepada Datuk M***i Sabah yang sudi mendengar hasrat kami. Jazakallah khairan.

Dengan rendah hati, warga Pengurusan Surau Al-Ukhwah mengucapkan terima kasih kepada Ybhgia Datuk Amirshah Yaakub, Ketua PGRS Bahagian Sg. Sibuga dan Setiausaha En. Raiman, yang banyak membantu memudahkan urusan Surau.

Mudah-mudahan dengan usaha & ikhtiar ini, Allah SWT permudahkan segala urusan, aamiin 🤲

Terima kasih. 🙏

الحمدلله , هذا من فضل ربنا.

Alhamdulillah, pagi ini telah bermula kelas mengaji dewasa di Surau Al-Ukhwah. Membaca al-Quran merupakan amalan yang sa...
21/01/2024

Alhamdulillah, pagi ini telah bermula kelas mengaji dewasa di Surau Al-Ukhwah.

Membaca al-Quran merupakan amalan yang sangat dituntut di dalam Islam. Begitu juga, akan diberi pelbagai ganjaran dan kelebihan bagi sesiapa yang membaca al-Quran sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud r anhu berkata, Rasulullah saw bersabda,

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ حَسَنَةٌ وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا , لاَ أَقُوْلُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ.

“Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf, tetapi aliif itu satu huruf, laam itu satu huruf, dan miim itu satu huruf.” (HR. Tirmidzi)

Membaca al-Quran terbata-bata, juga mendapat pahala. Dari Aisyah r.anha berkata Rasulullah saw bersabda;

الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ وَهُوَ مَاهِرٌ بِهِ مَعَ السَّفَرَةِ الكِرَامِ البَرَرَةِ ، وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أجْرَانِ

"Orang yang membaca Al-Qur’an dan ia mahir membacanya, maka ia bersama para malaikat yang mulia (bersih dari maksiat) dan taat dalam kebaikan. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur’an dengan terbata-bata dan merasa kesulitan ketika membacanya, maka baginya dua pahala.” (Muttafaqun'alaih) [HR. Bukhari dan Muslim]

Selain itu, di antara kelebihan membaca al-Quran ianya boleh memberi syafaat ketika pada hari kiamat kelak. Ini seperti hadith yang diriwayatkan ole Abu Umamah RA bahawa ia mendengar Nabi SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

Maksudnya: Bacalah al-Quran, kerana sesunggunhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada sesiapa yang membacanya. (HR. Muslim)

Semoga Allah menerangi hati kita dengan Al-Quran, aamiin. 🤲

Selamat berhujung minggu, Alhamdulillah, aktiviti riadah hiking Bukit Sim-Sim hujung minggu bersama jemaah Surau sambil ...
21/01/2024

Selamat berhujung minggu,

Alhamdulillah, aktiviti riadah hiking Bukit Sim-Sim hujung minggu bersama jemaah Surau sambil rapatkan ukhwah.

Seorang mukmin hendaklah pandai menyusun dan mengaturkan masanya dalam menghadapi pelbagai tugas pekerjaan dan amalan, sama ada yang berhubungkait dengan urusan keagamaan dan keduniaan, sehingga dapat dilaksanakan dengan baik tanpa berat sebelah.

Jangan sampai perkara yang kurang penting menjejaskan perkara yang penting dan perkara yang penting menjejaskan yang paling penting. Jangan p**a perkara yang yang mesti dilakukan pada waktu tertentu terjejas disebabkan perkara yang tidak mempunyai waktu tertentu.

Dengan demikian, sesuatu yang harus dilakukan dengan segera hendaklah ditunaikan terlebih dahulu. Hendaklah dikebelakangkan perkara yang bukan bersifat segera. Sesuatu yang mempunyai waktu tertentu wajib dilakukan tepat pada masanya.

Daripada Ibn Abbas r.anhuma, Nabi SAW bersabda:

نِعْمَتَانِ مَغْبُوْنٌ فِيْهما كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ : الصِّحَّةُ والفَرَاغُ

“Dua kenikmatan yang kebanyakan manusia terpedaya dengan keduanya iaitu; nikmat sihat dan nikmat waktu lapang.” (HR Al-Bukhari)

Address

Sandakan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Ukhwah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Surau Al-Ukhwah:

Share