Yayasan Ikhlas Sandakan

Directions Website Contact the organization

Yayasan Ikhlas Sandakan Yayasan Ikhlas Sandakan Official

SALAM TAKZIAHYayasan Ikhlas menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Ha...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

Yayasan Ikhlas menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohamad Ali (Isteri kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad)

Semoga Allah SWT mengampuni segala kekhilafan Allahyarhamah, merahmati rohnya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah 🤲🏻

YAYASAN IKHLAS SANDAKAN TERIMA ANUGERAH JAMIATUL KHAIRAH (NGO ISLAM) Yayasan Ikhlas Sandakan menerima Anugerah Jamiatul ...
19/09/2026

YAYASAN IKHLAS SANDAKAN TERIMA ANUGERAH JAMIATUL KHAIRAH (NGO ISLAM)

Yayasan Ikhlas Sandakan menerima Anugerah Jamiatul Khairah (NGO Islam) sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan sumbangan cemerlang pertubuhan berkenaan dalam aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.

Anugerah tersebut disampaikan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sandakan, sebagai penghargaan kepada pertubuhan yang menunjukkan komitmen dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Pengiktirafan itu turut menjadi pembakar semangat kepada Yayasan Ikhlas Sandakan untuk terus mempergiat usaha dalam membantu golongan yang memerlukan serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan kesejahteraan ummah.

Pihak Yayasan Ikhlas Sandakan merakamkan penghargaan dan terima kasih atas pengiktirafan yang diberikan serta berharap kejayaan tersebut dapat menjadi pemangkin untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.


Pernah tak terfikir, bila kita mudahkan urusan orang lain, apa sebenarnya yang kita dapat kembali?Kadang-kadang bantuan ...
18/09/2026

Pernah tak terfikir, bila kita mudahkan urusan orang lain, apa sebenarnya yang kita dapat kembali?

Kadang-kadang bantuan yang nampak kecil pada kita, boleh memberi makna yang sangat besar kepada orang lain.

Ada sebab mengapa Islam sangat menggalakkan kita untuk saling membantu dan meringankan urusan sesama manusia.

👇🏻 Baca 5 kelebihan memudahkan urusan orang lain di sini:
yayasanikhlas.org.my/kelebihan-memudahkan-urusan-orang-lain/

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 September mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia lahir daripada kepelbagai...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

16 September mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia lahir daripada kepelbagaian yang disatukan oleh semangat kebersamaan.

Berbeza latar, budaya dan tempat asal, namun kita berkongsi satu tanah air, satu harapan dan satu tanggungjawab untuk terus membina Malaysia yang lebih harmoni, prihatin dan sejahtera.

Kami percaya semangat Malaysia bukan sekadar diraikan, tetapi diterjemahkan melalui sikap peduli, saling membantu dan hadir untuk mereka yang memerlukan, tanpa mengira batas negeri atau latar belakang.

Semoga semangat perpaduan ini terus menjadi asas kekuatan kita dalam membina masa depan yang lebih baik untuk seluruh rakyat Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026.
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

KEM PERUBATAN LONG PASIA, SIPITANG 2026 Jom ramai-ramai hadir! Pelbagai aktiviti kesihatan, pemeriksaan percuma, pameran...
03/09/2026

KEM PERUBATAN LONG PASIA, SIPITANG 2026

Jom ramai-ramai hadir!
Pelbagai aktiviti kesihatan, pemeriksaan percuma, pameran dan aktiviti menarik menanti anda.

Hadiah misteri untuk 100 peserta terawal!

Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana!

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙12 Rabiulawal mengingatkan kita kepada insan paling mulia, junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.Bag...
25/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙

12 Rabiulawal mengingatkan kita kepada insan paling mulia, junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Baginda bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dicintai, diteladani dan diikuti sepanjang zaman.

Akhlaknya menjadi contoh.
Sunnahnya menjadi panduan.
Kasih sayangnya menjadi teladan.

💚 Ayuh hidupkan sunnah Rasulullah ﷺ dalam kehidupan kita.

Semoga kecintaan kita kepada Baginda bukan hanya pada kata-kata, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, ibadah dan cara kita melayani sesama manusia.

Salam Maulidur Rasul ﷺ
Model Teladan Sepanjang Zaman

Pemurah bukan sekadar tentang berapa banyak yang kita beri, tetapi sejauh mana hati kita sanggup berkongsi. Rasulullah S...
24/08/2026

Pemurah bukan sekadar tentang berapa banyak yang kita beri, tetapi sejauh mana hati kita sanggup berkongsi.

Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam sifat memberi. Baginda membantu, berkongsi rezeki dan mendahulukan keperluan orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Daripada kehidupan Baginda, kita belajar bahawa kebaikan tidak perlu menunggu kita memiliki segalanya.

Kadang-kadang sedikit daripada kita, mungkin sangat bermakna buat orang lain.

Sempena mengingati kelahiran Rasulullah SAW, mari kita hidupkan kembali salah satu akhlak Baginda yang paling indah, iaitu menjadi insan yang pemurah dan peduli.

Kerana mencintai Rasulullah SAW bukan hanya dengan kata-kata, tetapi juga dengan mencontohi akhlaknya dalam kehidupan.

👉🏻 Baca artikel penuh di sini:
yayasanikhlas.org.my/pemurahnya-nabi-muhammad-saw/

Semoga kita menjadi tangan yang sentiasa ringan untuk memberi. 🤲🏻

Jumaat ini, mari kita pilih untuk buat satu kebaikan. 🤍Tak perlu tunggu banyak.Tak perlu tunggu sempurna.Sedikit yang ki...
21/08/2026

Jumaat ini, mari kita pilih untuk buat satu kebaikan. 🤍

Tak perlu tunggu banyak.
Tak perlu tunggu sempurna.

Sedikit yang kita beri, mungkin sangat bermakna buat orang lain.

🤲 Jom Sedekah Jumaat:
https://yikhlas.fund/infaqvan

Semoga setiap kebaikan yang kita lakukan hari ini menjadi asbab rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

20/08/2026

Penyerahan Van Jenazah ke Surau Muhibbah Kajang

Alhamdulillah, Yayasan Ikhlas telah menyerahkan secara rasmi Van Jenazah pertama ke Surau Muhibbah Kajang yang merupakan pusat ibadah bagi komuniti Taman Muhibbah dan panel pengurusan jenazah Hospital Kajang.

Hari pertama van ini sampai ke Surau Muhibbah, 2 jenazah telah diuruskan dan dihantar sehingga ke Kuala Krai, Kelantan.

Yayasan Ikhlas diwakili Saudara Syafiq Syahmi telah menyerahkan simbolik kunci kepada Pengerusi Surau Muhibbah, Ustaz Mohd Zaki Deraman disaksikan kariah Surau Muhibbah dalam satu majlis sambutan Maulidur Rasul.

Sumbangan Tuan Puan telah Yayasan Ikhlas terjemahkan kepada sebuah van. Dan usaha ini belum berakhir lagi. Yayasan Ikhlas sedang mengumpulkan lagi sumbangan untuk menyediakan Van Jenazah untuk beberapa lagi masjid / surau.

Teruskan menyumbang melalui Yayasan Ikhlas di https://yikhlas.fund/infaqvan

Kursus CBDRM Besut Siri 2Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan  Jabatan Perpaduan...
17/08/2026

Kursus CBDRM Besut Siri 2

Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah berjaya menganjurkan Kursus Community Based Disaster Risks Management (CBDRM) untuk 9 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Hulu Besut.

Penganjuran siri 2 ini diadakan pada 14 dan 15 Ogos dihadiri seramai 52 orang peserta mewakili 9 KRT di mana setiap kawasan ini merupakan kawasan terkesan dengan bencana banjir.

Kehadiran Tuan Jefny bin Muhammad,
Pengarah Bahagian Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial, NADMA memeriahkan lagi suasana apabila beliau sendiri berkongsi slot Taklimat CBDRM kepada para peserta.

Kursus CBDRM di Besut merupakan siri 2 selepas siri 1 pada Julai lalu.

Yayasan Ikhlas diwakili Saudara Syafiq Syahmi menerangkan kepentingan kesatuan komuniti dalam berhadapan bencana. Peranan pemimpin tempatan untuk kekal tenang, berkemahiran serta arif tentang kawasan selamat, tahu tentang seluruh situasi jiran atau penduduknya sangat-sangat diperlukan.

Harapan Yayasan Ikhlas, jika suatu hari nanti apabila siren kecemasan berbunyi atau air mula naik, mereka tidak panik. Mereka ini tahu apa yang perlu dilakukan, tahu siapa yang perlu dibantu, tahu ke mana perlu pergi. Dan yang paling penting, mereka tahu bahawa mereka tidak bersendirian.

Address

T1-Blok G-Lot 5, Taman Mawar Commercial Centre, Jalan Sibuga
Sandakan
90000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Ikhlas Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Ikhlas Sandakan:

Shortcuts

Share