KRT TAMAN MURNI Sandakan

KRT TAMAN MURNI Sandakan Selamat Datang ke Laman Rasmi Facebook KRT Taman Murni Sandakan.

Laman ini bertujuan untuk berkongsian aktiviti yang dijalankan dan infromasi yang berguna kepada komuniti setempat.

Program Kenduri Sekampung Taman Murni 2024πŸ—“οΈ 8 Februari 2025⏰ 7.00 malamπŸ“ Surau Nur Aman Taman MurniProgram tahunan ini ...
09/02/2025

Program Kenduri Sekampung Taman Murni 2024

πŸ—“οΈ 8 Februari 2025
⏰ 7.00 malam
πŸ“ Surau Nur Aman Taman Murni

Program tahunan ini adalah anjuran KRT Taman Murni dengan kerjasama Surau Nur Aman Taman Murni.

Kursus Keusahawanan oleh INSKEN siri ke 2 bersama RT Progresif.πŸ—“οΈ 21-23 Januari 2025⏰ 8.00 pagi πŸ“ INSKEN Kota Kinabalu.S...
28/01/2025

Kursus Keusahawanan oleh INSKEN siri ke 2 bersama RT Progresif.

πŸ—“οΈ 21-23 Januari 2025
⏰ 8.00 pagi
πŸ“ INSKEN Kota Kinabalu.

Seramai 4 orang wakil daripada RT Taman Murni yang merupakan penggerak Projek Ekonomi Kerepek Pisang Saba & Serunding Udang.

Program Pemerkasaan RT Progresif & Perjumpaan Awal Tahun 2025.πŸ—“οΈ 25 Januari 2025⏰ 8.00 pagiπŸ“ Putra Ballroom, Bukit Padan...
28/01/2025

Program Pemerkasaan RT Progresif & Perjumpaan Awal Tahun 2025.

πŸ—“οΈ 25 Januari 2025
⏰ 8.00 pagi
πŸ“ Putra Ballroom, Bukit Padang, Kota Kinabalu.

Program dirasmikan oleh YBhg Puang Delin Liet Blaun Pengarah J-Perpaduan Negeri Sabah.

KRT Taman Murni turut dijemput untuk mengadakan Pameran & Jualan Produk Projek Ekonomi yang dijalankan.

Mesyuarat Bilangan 1 / 2025 KRT Taman Murni πŸ—“οΈ 19 Jan 2025⏰ 2.30 petangπŸ“ NADI PPR Taman Murni Agenda:- Membincangkan tak...
19/01/2025

Mesyuarat Bilangan 1 / 2025 KRT Taman Murni

πŸ—“οΈ 19 Jan 2025
⏰ 2.30 petang
πŸ“ NADI PPR Taman Murni

Agenda:
- Membincangkan takwim aktiviti bagi tahun 2025 dan pelaksanaan aktiviti tahunan KRT Taman Murni
- Cadangan tarikh aktiviti & pengurus bagi setiap program yang dijalankan.
- Latihan yang bersesuaian yang memberikan manfaat kepada Komuniti RT.

Semoga apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar & semoga tahun 2025 terus maju jaya.

Program Jom Ronda SRS & 1 Rumah 1 Anggota peringkat KRT Daerah Sandakan Tarikh: 14 Disember 2024Masa: 8.00 malam - 11.00...
15/01/2025

Program Jom Ronda SRS & 1 Rumah 1 Anggota peringkat KRT Daerah Sandakan

Tarikh: 14 Disember 2024
Masa: 8.00 malam - 11.00 malam
Tempat: Taman Murni

Program dirasmikan oleh YB Datuk Hj Suhaimi bin Hj Nasir Ahli Parliamen Libaran.

Porgram PDRM bersama pelanggan dan perlawanan futsal.Tarikh: 14 Disember 2024Masa: 8.00pagi - 1.00 tenga hariTempat: Tam...
15/12/2024

Porgram PDRM bersama pelanggan dan perlawanan futsal.

Tarikh: 14 Disember 2024
Masa: 8.00pagi - 1.00 tenga hari
Tempat: Taman Murni

Program ini merupakan anjuran IPD Sandakan dengan kerjasama JPNIN Sandakan dan KRT Taman Murni.

Acara pagi dimulakan dengan sesi ceramah Jenayah Komersial daripada IPD Sandakan kepada penduduk dan peserta yang hadir.

Sebanyak 6 pasukan dan 5 pasukan terdiri daripada KRT dibahagian Sungai Sibuga dan 1 pasukan daripada IPD Sandakan.

Kumpulan futsal yang mewakili KRT Taman Murni dinobatkan sebagai juara pada perlawanan futsal ini.

Tahniah diucapkan & terima kasih kepada pihak IPD Sandakan.

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat : Anyaman Beg anjuran KRT Taman Murni dengan kerjasama NADI PPR Taman Murni Tarikh:...
17/11/2024

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat : Anyaman Beg anjuran KRT Taman Murni dengan kerjasama NADI PPR Taman Murni

Tarikh: 17 November 2024
Masa: 1.30 petang - 5.00 petang
Tempat: NADI PPR Taman Murni

Program ini diharapkan dapat memberikan kemahiran kepada AJK dan Komuniti yang terlibat dalam penghasilan anyaman beg @ bakul yang memerlukan ketekunan, kreativiti dan kesabaran.

Tahniah kepada semua yang menyertai dan terima kasih kepada tenaga pengajar Puan J. Johana (Usahawan Tempatan).

Mesyuarat KRT Progresif bersama Puan Nurfa Izzah Pegawai JPNIN Bahagian Sandakan Tarikh: 15 Oktober 2024Masa: 2.00 petan...
27/10/2024

Mesyuarat KRT Progresif bersama Puan Nurfa Izzah Pegawai JPNIN Bahagian Sandakan

Tarikh: 15 Oktober 2024
Masa: 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat: NADI PPR Taman Murni

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Murni 2024Tarikh: 13 Oktober 2024Masa: 7.00 pagi - 11.00 pagiTempat: Surau Nur A...
27/10/2024

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Murni 2024

Tarikh: 13 Oktober 2024
Masa: 7.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Surau Nur Aman Taman Murni

Pagi 15 September 2024, Lawatan kami teruskan ke KRT Taman Sri Keramat, Putatan. Rombongan kami disambut oleh Pengerusi ...
18/09/2024

Pagi 15 September 2024, Lawatan kami teruskan ke KRT Taman Sri Keramat, Putatan.

Rombongan kami disambut oleh Pengerusi KRT Taman Sri Keramat dan juga AJK. Program pagi dimulai dengan sesi taklimat dan ucapan daripada Pengerusi dan penyampaian cenderakenagan oleh dua-dua KRT.

Rombongan dibawa melawat ke Kebun Komuniti yang diusahakan oleh KRT Taman Sri Keramat, antara yang menarik adalah tanaman Rossale yang menjadi salah satu produk tanaman yang ada disini selain Lada, Pokok Pisang dan banyak lagi.

Setelah itu, kami dibawa melawat ke Surau Taman Sri Keramat dan disambut oleh pengerusi surau. KRT Taman Murni sempat memberikan Bendera kepada surau bagi menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia 2024.

Terima kasih diucapkan kepada KRT Taman Sri Keramat, Putatan.

Terima Kasih diucapkan kepada KRT Kg Kilimu, Ranau kerana sudi menerima rombongan Lawatan Perpaduan KRT Taman Murni ke K...
18/09/2024

Terima Kasih diucapkan kepada KRT Kg Kilimu, Ranau kerana sudi menerima rombongan Lawatan Perpaduan KRT Taman Murni ke Kota Kinabalu pada 14 September 2024 bersamaan hari Sabtu.

Program dirasmikan oleh YB Datuk Jonathan Yasin Ahli Parlimen P.179 Ranau.

Persinggahan kedua ini disambut oleh En. Mohd Kharizel Donatus Timbalan Pengerusi serta para AJK KRT Kg Kilimu, Ranau.

Istimewa persinggahan ini dengan kehadiran KRT daripada Kg Belud Tanduk yang di ketuai oleh En Masdeh Bin Jamlun dan KRT Kg Sulim Sundozon Kinarut, Papar yang diketuai oleh pengerusi Puan Adeline Epol.

Ketiga-tiga rombongan dibawa ke Tapak Kegiatan Ekonomi yang dijalankan disana seperti Akuarium dan Kebun Komuniti.

Justeru, sudah pasti lawatan disini dapat memberikan pelbagai masukkan menarik yang boleh di kongsi kepada KRT yang lain.

Terima Kasih diucapkan kepada KRT Kg Wonod, Telupid kerana sudi menerima rombongan Lawatan Perpaduan KRT Taman Murni ke ...
14/09/2024

Terima Kasih diucapkan kepada KRT Kg Wonod, Telupid kerana sudi menerima rombongan Lawatan Perpaduan KRT Taman Murni ke Kota Kinabalu.

Persinggahan pertama ini disambut degan juadah makanan tengah hari dan hidangan buah-buahan. KRT juga dapat berkongsi pengalaman dan pendapat dalam pengurusan KRT.

Disamping itu, lawatan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama komuniti KRT yang ada di Sabah.

Address

Taman Murni Batu 7 Jalan Army Camp Sandakan
Sandakan
90000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT TAMAN MURNI Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT TAMAN MURNI Sandakan:

Share