11/07/2026
π¦· Sambutan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Peringkat Daerah Sandakan 2026
Program yang berlangsung pada 11 Julai 2026 di Mydin Sejati Ujana, Sandakan telah berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat.
Sepanjang program, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti pemeriksaan kesihatan pergigian, pameran dan permainan interaktif kesihatan pergigian, sesi Pocket Talk, senamrobik, pertandingan mewarna, pertandingan Public Speaking, persembahan Kelab Doktor Muda serta pelbagai cabutan bertuah.
π Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang bagi pertandingan yang telah dianjurkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan menjadi duta kesihatan pergigian dalam komuniti masing-masing.
π Terima kasih kepada semua pengunjung, para peserta, rakan strategik, sukarelawan serta seluruh Ahli Jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Sokongan dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.
Semoga usaha ini dapat terus meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian kerana tiada kesihatan tanpa kesihatan pergigian. π¦·π
β¨ Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian π¦·