05/06/2026
Ucapan Selepas Program Asas Make Up
Alhamdulillah, Program Asas Make Up anjuran Persatuan Wanita Lestari Sandakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah berlangsung dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Fadhlina Sidek, jurulatih solekan Ferra, serta ibu2 wanita belia yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan dalam menjayakan program ini. Penghargaan juga ditujukan kepada para urus setia, sukarelawan, penaja dan semua peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.
Semoga ilmu dan kemahiran yang dikongsikan oleh Ferra dapat dimanfaatkan oleh para peserta untuk meningkatkan keyakinan diri, mengembangkan bakat dalam bidang kecantikan serta membuka peluang menjana pendapatan pada masa hadapan.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan demi memperkasa wanita dan membangunkan komuniti yang lebih berdaya maju.
"Wanita Berilmu, Berkemahiran dan Berdaya Saing."
Persatuan Wanita Lestari Sandakan
Suzanah binti Awang Massali
Pengerusi Program.