27/07/2026
π΅πΈ JELAJAH PENERANGAN AID4GAZA NEGERI SABAH
"Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang dan saling membantu adalah seperti satu tubuh; apabila satu anggota sakit, seluruh tubuh turut merasai demam dan berjaga malam." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Saudara-saudara kita di Palestin masih terus berhadapan dengan ujian yang berat. Mereka bukan sahaja memerlukan bantuan kemanusiaan, malah doa, sokongan dan solidariti daripada kita semua.
Sabah Relief menjemput seluruh masyarakat untuk bersama menghadiri Jelajah Penerangan Aid4Gaza Negeri Sabah, bagi mengikuti perkembangan terkini di Palestin serta mengetahui bagaimana kita boleh memainkan peranan membantu perjuangan kemanusiaan ini.
π Penceramah Jemputan:
Ustaz Tarmizi Yahya
Pengarah Urusan Sabah Relief
π
Tarikh: 27 Julai 2026 (Isnin)
π° Masa: Selepas Solat Maghrib
π Tempat: Masjid Nur Islam, Batu Putih, Sandakan, Sabah
π€² Bersama Menghulurkan Infaq
Setiap sumbangan anda adalah harapan buat mereka yang kehilangan tempat tinggal, keluarga dan sumber kehidupan akibat peperangan.
Maybank
5602 3212 7652
Pertubuhan Penggerak Kebajikan dan Dakwah Islam Sabah
Marilah kita hadir, mendengar, memahami dan bertindak. Semoga Allah SWT menerima setiap doa, infak dan usaha kita serta mengurniakan keamanan dan kemenangan kepada bumi Palestin.
"Bersama Denyut Nadi Ummah."