Pekdis Kinabatangan

Pekdis Kinabatangan Laman Rasmi
Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiyah Sekolah-Sekolah Sabah (PEKDIS Kinabatangan)

✨TAHNIAH DAN TERIMA KASIH UNTUK SEMUA✨PEKDIS Kinabatangan mengucapkan ribuan terima kasih dan Tahniah kepada Pasukan Tak...
02/12/2025

✨TAHNIAH DAN TERIMA KASIH UNTUK SEMUA✨

PEKDIS Kinabatangan mengucapkan ribuan terima kasih dan Tahniah kepada Pasukan Takraw PEKDIS, Pasukan Bola Tampar dan Pasukan Badminton Kinabatangan yang mewakili KSGPI Negeri Sabah yang lalu.



✊🏻

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) SESI 2025> اللهم افتح عليّ حكمتك وانشر عليّ رحمتك، وذكّرني...
03/11/2025

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) SESI 2025

> اللهم افتح عليّ حكمتك وانشر عليّ رحمتك، وذكّرني ما نسيت، يا ذا الجلال والإكرام

Maksudnya:
“Ya Allah, bukakanlah ke atasku hikmah-Mu, limpahkanlah rahmat-Mu kepadaku, dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupa, wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.”

PEKDIS Kinabatangan mengucapkan selamat menduduki peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) Sesi 2025 kepada semua pelajar sekolah menengah daerah Kinabatangan.

Semoga dilapangkan dada,diberi ketenangan dan kelancaran semasa menjawab.

Bukan penamat, tetapi permulaan yang baharu,teruskan berusaha,berdoa dan tidak berputus asa!

Ikhlas,
PEKDIS Kinabatangan



𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟱 / 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah hari penuh makna, yang menginga...
04/09/2025

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟱 / 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah hari penuh makna, yang mengingatkan kita kepada keindahan akhlak Baginda, perjuangan dakwah, serta kasih sayang yang Baginda curahkan kepada umatnya.

Marilah kita menjadikan sambutan ini bukan sekadar perayaan, tetapi sebagai medan untuk memperbaharui kecintaan kita kepada Rasulullah SAW, dengan berusaha meneladani sunnah, memperindah akhlak, dan memperkukuh ukhuwwah sesama insan.

Semoga dengan semangat Maulidur Rasul, kita menjadi ummat yang lebih baik, mengamalkan sunnah Baginda serta mendapat syafaat di akhirat kelak,InsyaAllah.

‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

"Andai Rasulullah Masih ada"



🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 🇲🇾Dalam denyut nadi setiap rakyat, tersimpan erti pengorbanan para ...
30/08/2025

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 🇲🇾

Dalam denyut nadi setiap rakyat, tersimpan erti pengorbanan para pejuang yang rela berjuang tanpa mengenal lelah demi melihat bumi bertuah ini bebas daripada belenggu penjajahan.

Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini bukan sekadar lembaran sejarah, tetapi amanah suci yang wajib kita junjung bersama.

Semoga tanah air tercinta terus subur dengan keamanan, dipayungi keberkatan Ilahi, serta dihiasi semangat perpaduan yang teguh antara rakyat berbilang bangsa. Ayuh, marilah kita berganding bahu membina Malaysia yang lebih gemilang, agar generasi mendatang terus menikmati sinar kemerdekaan yang abadi.

SALAM KEMERDEKAAN TAHUN 𝟐𝟎𝟐𝟓


Address

Sandakan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekdis Kinabatangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pekdis Kinabatangan:

Share