26/04/2026
Assalamuaikum & Salam Sejahtera
Pertubuhan Kebajikan Khalifah Sabah membuka *Dana Bantuan Pelajar Mangsa Kebakaran Kg. Bahagia bagi Sekolah Agama Rakyat (SAR) Ikhlas Bakti* yang berjumlah seramai *15 orang pelajar*.
Dana ini diusulkan kerana *sepatutnya para pelajar ini menduduki peperiksaan* pada 20 April iaitu hari Isnin yang lalu, namun telah ditunda atas budi bicara pihak sekolah pada 22 April, Rabu namun hanya seorang pelajar sahaja yang datang daripada 15 pelajar yang terlibat kerana merasa segan tidak berpakaian lengkap sekolah sedangkan telah diberikan kelonggaran oleh pihak sekolah.
Justeru dana ini juga bukan sahaja untuk membantu mereka bahkan untuk memberikan para pelajar ini semangat untuk meneruskan sesi persekolahan mereka.
Bantuan daripada pihak tuan & puan amatlah diharapkan untuk membantu kami bersama-sama menjayakan misi bantuan dana ini. Terlebih dahulu kami mengucapkan jutaan terima kasih.