Khidmat Malaysia Sabah

Directions

Khidmat Malaysia Sabah Khidmat Malaysia Sabah adalah badan pengurusan bencana dan kecemasan di bawah Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Ditubuhkan untuk menyelaraskan gerak kerja bantuan dan sumbangan dengan lebih tersusun di negeri Sabah.

𝗣π—₯𝗔𝗬 𝗙𝗒π—₯ 𝗧𝗔π—ͺ𝗔𝗨, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛Saat ini Tawau sedang diuji dengan musibah banjir.Mari kita kirimkan doa buat seluruh mangsa, kelua...
25/07/2026

𝗣π—₯𝗔𝗬 𝗙𝗒π—₯ 𝗧𝗔π—ͺ𝗔𝗨, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

Saat ini Tawau sedang diuji dengan musibah banjir.

Mari kita kirimkan doa buat seluruh mangsa, keluarga yang terjejas dan para petugas yang sedang bertugas. Semoga Allah SWT mengurniakan keselamatan, ketabahan dan mempermudahkan segala urusan mereka.

"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu." (Surah Hud: 44)

Allahumma amin. 🀲

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan angin (atau bencana) ini, kebaikan apa yang ada di dalamnya, dan k...
18/07/2026

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan angin (atau bencana) ini, kebaikan apa yang ada di dalamnya, dan kebaikan apa yang dibawanya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan angin (atau bencana) ini, keburukan apa yang ada di dalamnya, dan keburukan apa yang dibawanya."

Gempa bumi sederhana telah berlaku di Mindanao pada jam 12:12 pagi, 18 Julai 2026

Koordinat : 5.9Β° Utara dan 125.2Β° Timur
Magnitud : 5.4
Jarak : 85km Tenggara dari Koronadal City,Philippines
Kedalaman : 10 km

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.


.met.gov.my

30/06/2026

Tiada siapa mengharapkan musibah. Namun, inilah antara ujian yang telah ditakdirkan buat saudara-saudara kita di Kampung Pening Lalat, Karamunting, Sandakan. Khidmat Malaysia Sabah hadir menyampaikan sumbangan sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan terhadap mereka yang sedang diuji.

Semoga sumbangan yang disalurkan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung serta menjadi asbab Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan menggantikan setiap kehilangan dengan yang lebih baik. Aamiin.

⚠️ AMARAN TSUNAMI ⚠️Orang ramai khususnya di kawasan pantai Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu diminta untuk sentiasa...
08/06/2026

⚠️ AMARAN TSUNAMI ⚠️

Orang ramai khususnya di kawasan pantai Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu diminta untuk sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah SWT melindungi seluruh rakyat Sabah dan menjauhkan kita daripada sebarang musibah.


Alhamdulillah, semalam Khidmat Malaysia Sabah telah melaksanakan Ibadah Korban seekor kerbau di Kampung Bahagia bersama ...
27/05/2026

Alhamdulillah, semalam Khidmat Malaysia Sabah telah melaksanakan Ibadah Korban seekor kerbau di Kampung Bahagia bersama penduduk kampung.

Terima kasih juga kepada Pengerusi Khidmat Malaysia Sandakan Rahman Johari yang turut hadir bersama menjayakan ibadah korban kali ini. Tidak lupa buat penduduk kampung yang ringan tulang membantu sejak awal proses, tetap kuat dan tetap semangat walaupun masih diuji kehilangan rumah di hari-hari mulia ini.

Semoga setiap pengorbanan, tenaga dan kebersamaan ini menjadi amal yang diberkati serta mengeratkan lagi ukhwah sesama kita.

Ibadah Korban dilaksanakan hari ini di Kampung Bahagia Sandakan.Terima kasih buat penduduk kampung yang ringan tulang da...
27/05/2026

Ibadah Korban dilaksanakan hari ini di Kampung Bahagia Sandakan.

Terima kasih buat penduduk kampung yang ringan tulang dan berganding bahu menjayakan ibadah korban ini.

20/05/2026


Pada 17 & 18 Mei 2026, program Pemeriksaan Kesihatan Percuma telah dilaksanakan buat mangsa kebakaran Kampung Bahagia Sa...
20/05/2026

Pada 17 & 18 Mei 2026, program Pemeriksaan Kesihatan Percuma telah dilaksanakan buat mangsa kebakaran Kampung Bahagia Sandakan hasil kerjasama Khidmat Malaysia bersama rakan strategik utama Medicom dan PAPISMA serta beberapa NGO yang turut sama membantu menjayakan program ini.

Program ini turut dihadiri oleh Ustazah Hjh Nuridah Mohd Salleh, Ketua Muslimat DMPM yang hadir menyantuni penduduk dan memberi sokongan kepada mangsa yang terkesan dengan tragedi kebakaran tersebut.

Semoga setiap usaha dan bantuan yang dihulurkan menjadi asbab kebaikan buat semua. Doakan kesihatan, kekuatan dan ketabahan buat seluruh penduduk Kampung Bahagia Sandakan agar terus diberikan kemudahan dalam melalui hari-hari mendatang.



03/05/2026

Meneruskan misi bantuan buat mangsa kebakaran di Kampung Bahagia dan PPH Karamunting.

Hari ini kami turun padang bersama YB Datuk Dr. Aliakbar Gulasan, ADUN Karambunai, meninjau sendiri keadaan di dua lokasi yang terkesan.

Terima kasih tidak terhingga buat semua penyumbang dan rakan NGO yang terus setia bersama, tanpa jemu menyokong misi ini dari awal hingga sekarang.

Kita sama-sama doakan agar semua mangsa diberi kekuatan menghadapi ujian ini, dan semoga setiap usaha kecil kita menjadi sebab terbela nasib mereka.

Address

Sandakan
90000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khidmat Malaysia Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share