Depresi Bukan Gila

Call Directions Website Contact the organization

Depresi Bukan Gila Manusia hanya mahukan solusi untuk dikongsi, bukan kontroversi yang menambah depresi.

13/10/2026
13/10/2026

KADANG-KADANG, KITA PERLU SIBUK UNTUK BERTAHAN DENGAN KEHILANGAN.

13 Oktober 2026. Tun Dr Mahathir dilaporkan kembali ke pejabatnya, menghadiri majlis tahlil buat Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah dan kembali ke meja kerjanya.

“Jika saya tinggal setengah hari lagi untuk hidup pun, saya tetap akan bekerja.”

Selepas hampir 70 tahun berkongsi kehidupan dengan insan tersayang, kehilangan sebegini tentu bukan sesuatu yang mudah.

Dalam psikologi, proses menghadapi kehilangan dikenali sebagai grieving.

Ada orang memilih untuk berehat. Ada yang mahu bersendirian. Ada yang banyak menangis. Dan ada juga yang memilih untuk terus bekerja.

Bukan kerana mereka tidak bersedih. Tetapi kerana kesibukan memberikan sedikit ruang untuk bernafas daripada kesedihan.

Apabila seseorang kehilangan pasangan hidup, perkara yang paling menyakitkan kadangkala bukan hanya saat perpisahan.

Tetapi rutin yang tiba-tiba berubah. Kerusi yang kosong. Suara yang tidak lagi kedengaran. Dan rumah yang masih sama, tetapi terasa sangat berbeza.

Bagi sesetengah individu, kembali bekerja membantu mengembalikan struktur kehidupan, memberikan tujuan untuk bangun pada waktu pagi dan mengalihkan perhatian buat sementara daripada rasa kehilangan.

Ini boleh menjadi salah satu cara menghadapi kesedihan yang sihat, selagi seseorang masih memberi ruang kepada emosi, rehat dan kesihatan dirinya.

Distraction bukan bermaksud melupakan.

Dan kembali bekerja juga bukan bermakna seseorang sudah pulih daripada kesedihan.

Setiap orang mempunyai cara dan tempoh grieving yang berbeza. Tidak semua perlu segera kembali bekerja untuk dianggap kuat.

Kadangkala kita meneruskan rutin bukan kerana hati sudah sembuh, tetapi kerana kita sedang belajar bagaimana untuk hidup dengan kehilangan itu.

Semoga Tun Dr Mahathir terus diberikan kesihatan, ketenangan dan kekuatan.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah.

Kredit perkongsian: Adam Mohd Muhayeddin (), Threads.

13/10/2026
12/10/2026

Address

Sabak
45200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Depresi Bukan Gila posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Depresi Bukan Gila:

Shortcuts

Share