Jabatan Amal Sabak Bernam

Jabatan Amal Sabak Bernam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Amal Sabak Bernam, Non-Governmental Organization (NGO), SABAK BERNAM, Sabak.

27/01/2025

Situasi banjir di Sarawak kekal dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Tatau, Bintulu, menurut laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Bencana Sarawak.

PPS Rumah Steven di Tatau menempatkan 33 mangsa daripada 13 keluarga terjejas akibat banjir yang melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput sejak Khamis lepas.

Jawatankuasa itu turut membantu menyediakan makanan kering untuk 165 penduduk terjejas banjir di daerah Bintulu menerusi Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Bintulu serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Pengagihan bantuan itu melibatkan penduduk di empat rumah panjang (Rh) terdiri daripada Rh Alam, Rh Nyaing, Rh Jeffry Giri dan Rh Awang Inban.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

27/01/2025

Banjir di daerah Larut, Matang dan Selama pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 42 mangsa daripada 15 keluarga, ditutup petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa di PPS Dewan Orang Ramai Simpang Halt dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada 3 petang semalam.

Sekretariat memaklumkan banjir di Kampung Simpang Halt berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama sejam pagi semalam, mengakibatkan beberapa kawasan di kampung tersebut dinaiki air.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan semua daerah di Perak diramalkan berlaku hujan pada malam tadi.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir menurun kepada 33 orang daripada 13 keluarga berbanding 123 orang daripada 34 keluarga sebelum ini dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Bahagian Bintulu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam laporan terkini memaklumkan PPS Dewan Rumah Dayak di daerah Saratok, Bahagian Betong, yang sebelum ini menempatkan mangsa dari Rumah Tembawai Kapok, Awik, ditutup pada 3 petang semalam.

PPS tersebut dibuka sejak Ahad lalu bagi menempatkan 90 mangsa daripada 21 keluarga yang terjejas akibat banjir yang melanda rumah panjang berkenaan.

PPS Rumah Steven di daerah Tatau, Bintulu, masih aktif dan menempatkan 33 mangsa daripada 13 keluarga dari kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput sejak Khamis lepas.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

27/01/2025
ISRAK MIKRAJ : KUASA ALLAH DAN KEHAMBAAN KITA27 Januari 2025  l  27 Rejab 14461. Israk Mikraj menyaksikan keagungan keku...
26/01/2025

ISRAK MIKRAJ : KUASA ALLAH DAN KEHAMBAAN KITA

27 Januari 2025 l 27 Rejab 1446

1. Israk Mikraj menyaksikan keagungan kekuasan Allah SWT dalam memperjalankan hamba-Nya iaitu Rasulullah SAW dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin) dalam tempoh sebahagian malam sahaja. Malah lebih ajaib dari itu, Allah SWT menaikkan Baginda SAW bertemu dengan-Nya menerobos 7 langit sehingga ke Sidratul Muntaha yang sama sekali kehebatan teknologi manusia tidak akan mampu menyaingi peristiwa ini selama-lamanya.

2. Dakwah Baginda SAW hampir buntu kerana hilangnya dua pendokong kuat yang banyak membantu dari sudut kewangan dan moral iaitu Sayidatina Khadijah binti Khuwailid serta dari sudut jaminan perlindungan keselamatan dari Abu Talib kerana kedua-duanya ditaqdirkan oleh Allah akan kewafatan mereka pada tahun yang sama, sehingga dinamakan sebagai Tahun Kesedihan (عام الحزن).

3. Tidak sekadar itu, apabila bermulanya kecaman dan ancaman musyrikin Mekah, perancangan Baginda SAW mencari tempat baharu yang lebih startegik yang difikirkan Thaif menjadi pilihan namun seruan Baginda SAW ditolak dengan keras dan kasar. Merintih Baginda SAW bagaikan hilang upaya dengan bebanan yang dipikul semakin berat dan besar menerusi rintihan :

اللهُمَّ إِنِّي أَشْكُوْ إِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ، يَا رَبَّ العَالَمَيْنَ ،
أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ ،وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ ،
وَأَنْتَ رَبِّي إِلَى مَنْ تَكِلُنِي ،
إِلَى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي

Ya Allah! Sesungguhya daku mengadu padamu akan kelemahan upayaku,kurang usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia,

Wahai Tuhan sekalian alam, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah,Engkaulah yang Maha Mengasihani, dan Engkaulah Tuhanku,

Kepada siapa Engkau serahkan aku, di kejauhan aku disisihkanatau kepada musuh yang diberikan kuasa padanya untuk menggagalkan urusanku?

4. Allah memberikan ketenangan kepada Baginda SAW menerusi perjalan ajaib iaitu Israk Mikraj sebagai signifikan bahawa kehidupan perlu diteruskan, jangan berhenti. Malah dihadiahkan kepada Baginda SAW dan umatnya akan solat fardhu 5 waktu sebagai signifikan bahawa segala ketengan itu hadir dengan sabar dan menerusi solat, serta memperbaiki hubungan dengan Allah. Benar kita wajib usaha, maka kita usahakan sedaya mampu. Namun kuasa Allah ke atas alam ini tiada tolok bandingnya. Dia Pemilik Alam, kita hanya dipertanggungjawab mengurus alam ini.

Firman Allah SWT :

وَٱسۡتَعِینُوا۟ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِیرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِینَ

Maksudnya :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." - [Surah Al-Baqarah 45]

Address

SABAK BERNAM
Sabak
45400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Sabak Bernam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Amal Sabak Bernam:

Share