Depresi Bukan Gila

Depresi Bukan Gila Manusia hanya mahukan solusi untuk dikongsi, bukan kontroversi yang menambah depresi.

08/06/2026
Ini adalah mitos yang masih dipercayai oleh sebahagian masyarakat. Hakikatnya, penyakit mental boleh menimpa sesiapa sah...
08/06/2026

Ini adalah mitos yang masih dipercayai oleh sebahagian masyarakat. Hakikatnya, penyakit mental boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang atau tahap keimanan, sama ada ustaz, guru, doktor mahupun pelajar tahfiz.

Penyakit mental bukan semata-mata soal iman, tetapi melibatkan keseimbangan emosi, mental, fizikal dan rohani. Sama seperti penyakit fizikal, ia memerlukan perhatian dan rawatan yang sesuai.

Islam sendiri menggalakkan umatnya untuk berusaha mendapatkan rawatan. Berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah adalah penting, namun mendapatkan bantuan daripada pakar juga merupakan sebahagian daripada ikhtiar yang dianjurkan agama.

Iman yang kuat bukan bermaksud seseorang kebal daripada penyakit mental. Sebaliknya, iman membantu seseorang terus bertahan, berusaha dan tidak berputus asa untuk mendapatkan kesembuhan.

-----

-----

Buku Dr, Saya Boleh Sembuh Ke? tulisan Dr. , terbitan ini memberi penerangan tentang kisah sebenar seorang pesakit, mitos yang terus membelenggu, tanda-tanda yang berkaitan dan sebagainya.

Boleh dapatkan melalui pautan di bawah, atau klik pada bio di profil kami.

https://whitecoat.onpay.my/order/form/SBS01/245

07/06/2026

Ingatkan dah out of print. Back by pop**ar demand.

Cepat ke reruai Kata-Pilar Books beli buku:

Aku Dijangkiti Kehidupan 3.0.

Saya tulis bab "Bolehkah Pesakit Mental Cemerlang di Tempat Kerja?"

Hari ni hari terakhir PBAKL akan bersidang. Mana yang baru pergi ke sana tu, jangan lupa singga reruai  dan dapatkan buk...
07/06/2026

Hari ni hari terakhir PBAKL akan bersidang. Mana yang baru pergi ke sana tu, jangan lupa singga reruai dan dapatkan buku Dr. bertajuk "Dr, Saya Boleh Sembuh Ke?"

Buku ini akan bantu kita untuk lebih memahami tentang isu kesihatan dan penyakit mental, terutamanya jika ada ahli keluarga dan kenalan rapat yang sedang berjuang dengan penyakit mental.

Buku ni tak berat pun, mudah untuk kita faham setiap apa yang cuba disampaikan.

Atau mana yang tidak berkelapangan, boleh terus klik pautan di bawah atau klik pada bio kami.

Kesihatan mental milik semua ❤️🌹

https://whitecoat.onpay.my/order/form/SBS01/245

07/06/2026

Asyik pesakit je dituduh lemah iman bila didiagnosis dengan penyakit mental.

Mungkin stigma tu pun boleh diguna pakai ke atas mereka yang tak boleh nak berkata baik bila ada individu yang sedang menghadapi musibah.

Sedangkan dalam hadis juga ada menyebut:

"Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

[Riwayat al-Bukhari (6018)]

“Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”[Riwayat al...
07/06/2026

“Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

[Riwayat al-Bukhari (6018)]

-----

Apabila seseorang sedang berdepan kemalangan, kehilangan, penyakit, kegagalan atau ujian hidup, perkara yang paling diperlukan ialah sokongan, doa dan kata-kata yang menguatkan.

Namun, ada yang memilih untuk menghukum, menyalahkan dan merendahkan maruah mangsa sebelum mengetahui keseluruhan keadaan.

Hakikatnya, musibah boleh menimpa sesiapa sahaja. Hari ini orang lain diuji, esok lusa mungkin giliran kita p**a.

Sebab itu agama mengajar manusia supaya bersikap rendah hati, menjaga lidah dan menghulurkan belas ihsan kepada mereka yang sedang menderita.

Empati bukan bermaksud membenarkan segala kesilapan seseorang. Empati bermaksud memahami bahawa di sebalik setiap musibah ada manusia yang sedang menanggung kesakitan, ketakutan, trauma dan kesedihan.

Menambah luka dengan kata-kata penghinaan hanya akan memburukkan keadaan.

Sebelum menulis komen atau mengeluarkan pandangan, tanyalah kepada diri sendiri: adakah kata-kata ini membantu, atau sekadar menambah beban kepada mereka yang sedang terluka?

Masyarakat yang kuat bukanlah masyarakat yang paling pantas menghukum, tetapi masyarakat yang mampu menunjukkan belas kasihan ketika orang lain berada dalam saat paling sukar dalam hidup mereka.

Kadangkala satu doa, satu kata semangat dan sedikit empati jauh lebih bernilai daripada seribu kritikan.

Address

Sabak
45200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Depresi Bukan Gila posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Depresi Bukan Gila:

Share