01/07/2026
🌿 A milestone for community-based renewable energy in rural Sabah.
On 20 June, the Community-Based Solar-Hydro Hybrid Mini Grid Project in Kampung Pokolon, Ranau was officially launched, marking an important step forward in expanding clean, reliable and locally appropriate electricity access for rural communities in Sabah.
We were honoured to have Datuk Myrna Jimenez, Permanent Secretary of the Ministry of Rural Development Sabah, officiate the system. Also present were Ranau District Officer Tn. Tinus Mangam, representatives from the Energy Commission of Sabah (ECOS), Sabah Maju Jaya Secretariat (SSMJ), community leaders, project partners and residents.
The system combines 50kWp solar PV with a 3.5kW pico-hydro system and battery storage, supplying 24/7 clean energy to 42 households and public facilities in Kampung Pokolon. Under this hybrid model, solar energy supports the village during dry and sunny weather, while the pico-hydro component continues to generate power from the village water source, especially during rainy periods when solar production may be lower.
The project also includes a Building-Integrated PV Community Multi-Purpose Hall, named Dewan Longkod Piromutan Pokolon — a gathering centre for the community.
Rural electrification is not only about lights. It is about improving livelihoods, strengthening education, supporting communication, powering community facilities, enabling local enterprises, and opening new opportunities for families and future generations. With stable 24-hour electricity, communities are better equipped to study, work, organise, communicate and grow their local economy.
This project also upgraded an earlier community-built pico-hydro system that had become insufficient for the village’s growing electricity demand. Through the integration of solar, hydro and battery storage, the system is now more resilient to changing weather patterns and climate-related challenges.
This achievement was made possible through the generous support of EKOenergy, Seacology Foundation and CMAD, with funding contributions totalling RM430,000, alongside in-kind contributions from the community valued at around RM50,000 through local materials and gotong-royong.
The project was implemented by the SabahRE2 consortium, which consists of Forever Sabah, PACOS Trust, TONIBUNG - TObpinai NIngkokoton koBUruon kampuNG, Green Empowerment and Energy Action Partners, with strong participation from the community. Special appreciation goes to the Pokolon Paus Renewable Energy Committee, chaired by WKAN Piturus Kunsal, and Kampung Paus Village Chief Dualis Guni for their leadership and support.
This project is also an important benchmark for the ongoing work by the SabahRE2 consortium together with ECOS towards establishing Sabah’s Off-Grid Code, through the Safety and Quality Assurance Framework (SQAF), ensuring that the Level of Service (LoS) is maintained at Tier 4.
The success of the Pokolon hybrid system, together with the upcoming solar mini-grid projects in Kampung Paus, Kampung Garakan and Kampung Kodop Baru, shows how community-based renewable energy can provide practical alternatives for villages where conventional grid expansion remains difficult, costly or unsuitable.
Thanks to everyone who made this project a success — paving the way for more community-led renewable energy projects across rural Sabah.
Photo credit and appreciation to TONIBUNG and the Kampung Pokolon community for sharing the photos.
—
🌿 Satu pencapaian penting untuk tenaga boleh diperbaharui berasaskan komuniti di luar bandar Sabah.
Pada 20 Jun, Projek Mini Grid Hibrid Solar-Hidro Berasaskan Komuniti di Kampung Pokolon, Ranau telah dilancarkan secara rasmi, menandakan satu langkah penting dalam memperluas akses elektrik yang bersih, boleh dipercayai dan sesuai dengan keperluan komuniti luar bandar di Sabah.
Kami berbesar hati menerima kehadiran Datuk Myrna Jimenez, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, untuk merasmikan sistem ini. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Ranau, Tn. Tinus Mangam, wakil daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS), Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ), pemimpin masyarakat, rakan-rakan projek dan penduduk kampung.
Sistem ini menggabungkan 50kWp solar PV bersama sistem pico-hidro 3.5kW dan penyimpanan bateri, membekalkan tenaga bersih 24/7 kepada 42 buah rumah dan kemudahan awam di Kampung Pokolon. Melalui model hibrid ini, tenaga solar menyokong bekalan elektrik ketika cuaca kering dan cerah, manakala sistem pico-hidro menjana tenaga daripada sumber air kampung, terutamanya ketika musim hujan apabila pengeluaran solar mungkin lebih rendah.
Projek ini turut membina sebuah Dewan Serbaguna Komuniti dengan sistem solar bersepadu pada bangunan, yang dinamakan Dewan Longkod Piromutan Pokolon — sebuah pusat perhimpunan komuniti.
Elektrifikasi luar bandar bukan hanya tentang bekalan lampu. Ia penting untuk meningkatkan taraf hidup, memperkukuh pendidikan, menyokong komunikasi, menggerakkan kemudahan komuniti, membuka ruang kepada perusahaan tempatan, dan mewujudkan peluang baharu untuk keluarga serta generasi akan datang. Dengan bekalan elektrik 24 jam yang stabil, komuniti dapat belajar, bekerja, berhubung, mengurus aktiviti kampung dan membangunkan ekonomi setempat dengan lebih baik.
Projek ini juga menaik taraf sistem pico-hidro yang sebelum ini dibina oleh komuniti, namun tidak lagi mencukupi untuk memenuhi permintaan elektrik kampung yang semakin meningkat. Melalui gabungan solar, hidro dan penyimpanan bateri, sistem ini kini lebih berdaya tahan terhadap perubahan cuaca dan cabaran berkaitan iklim.
Penghargaan kepada para penyumbang EKOenergy, Seacology Foundation dan CMAD atas sumbangan dana berjumlah RM430,000, serta sumbangan in-kind daripada komuniti bernilai sekitar RM50,000 melalui bahan tempatan dan gotong-royong.
Projek ini dilaksanakan oleh konsortium SabahRE2, yang terdiri daripada Forever Sabah, PACOS Trust, TONIBUNG, Green Empowerment, dan ENACT, dengan penyertaan kukuh daripada komuniti. Penghargaan khas kepada Jawatankuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Pokolon Paus, yang dipengerusikan oleh WKAN Piturus Kunsal, serta Ketua Kampung Paus, Dualis Guni, atas kepimpinan dan sokongan mereka.
Projek ini juga menjadi penanda aras penting dalam kerja berterusan konsortium SabahRE2 bersama ECOS ke arah pembentukan Kod Luar Grid Sabah, melalui Safety and Quality Assurance Framework (SQAF) bagi memastikan Level of Service (LoS) dikekalkan pada Tier 4.
Kejayaan sistem hibrid Pokolon ini, bersama projek mini grid solar yang akan dilaksanakan di Kampung Paus, Kampung Garakan dan Kampung Kodop Baru, menunjukkan bahawa tenaga boleh diperbaharui berasaskan komuniti mampu menjadi alternatif praktikal bagi kampung-kampung yang sukar, mahal atau kurang sesuai untuk disambungkan kepada grid konvensional.
Tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakan projek ini — membuka jalan kepada lebih banyak projek tenaga boleh diperbaharui yang dipimpin komuniti di luar bandar Sabah.
Kredit foto dan penghargaan kepada TONIBUNG dan komuniti Kampung Pokolon atas perkongsian gambar.