Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Felda Selancar 5

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Felda Selancar 5 Pusat Sebaran Maklumat Nasional merupakan program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

04/06/2026
04/06/2026
04/06/2026

TUNGGU 16.​

Media sosial membuka ruang untuk belajar, berhubung dan berkongsi. Namun, tanpa tahap kematangan yang sesuai, kanak-kanak juga berdepan risiko seperti buli siber, eksploitasi s*ksual, penipuan dalam talian dan kandungan memudaratkan.​

Mulai hari ini, inisiatif Tunggu 16 diperkenalkan bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak di alam siber melalui pelaksanaan keperluan pengesahan umur untuk akses kepada platform media sosial tertentu.​

Kerana bukan semua perkara sesuai untuk semua peringkat usia.​

Belum 16? Belum Sedia Untuk Media Sosial.​

​Soalan-soalan lazim (FAQ): ​
https://mcmc.gov.my/en/onsa/resources/frequently-asked-questions

Maklumat lanjut:
https://www.mcmc.gov.my/en/onsa/under-16

​ ​


02/06/2026
29/05/2026

📢 Anda kini boleh mendaftar sebagai ahli NADI menerusi aplikasi NADI! 📱✨

Anda hanya perlu:

✅ Download aplikasi NADI
✅ Daftar sebagai ahli NADI
✅ Aktifkan akaun dan mula menggunakan aplikasi

Pendaftaran kini lebih mudah secara dalam talian di mana jua anda berada, dan nikmati pelbagai kemudahan di NADI secara PERCUMA!

Nota: Pastikan aplikasi NADI anda telah dikemas kini ke versi terkini di App Store dan Google Play untuk menggunakan fungsi pendaftaran ini.



[MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA]Dimaklumkan bahawa operasi NADI Felda Selancar 5 akan ditutup sementara pada 27 Mei 2026 (...
26/05/2026

[MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA]

Dimaklumkan bahawa operasi NADI Felda Selancar 5 akan ditutup sementara pada 27 Mei 2026 (Rabu) bersempena cuti Hari Raya Aidiladha.

Operasi akan kembali seperti biasa pada 28 Mei 2026 (Khamis)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 Cik Afizah: 019-7054721
📞 Cik Khatijah: 019-7360167

25/05/2026

Media sosial membuka ruang untuk belajar, berhubung dan meneroka dunia digital. Namun, bukan semua kandungan sesuai untuk kanak-kanak dan remaja bawah 16 tahun.

Pendedahan terlalu awal kepada media sosial tanpa pemantauan boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosi, cara berfikir serta keselamatan mereka dalam talian. Risiko seperti buli siber, kandungan tidak sesuai, penipuan dalam talian dan tekanan sosial digital adalah antara cabaran yang semakin membimbangkan.

Sebagai ibu bapa, penjaga dan masyarakat, kita memainkan peranan penting dalam membimbing generasi muda menggunakan internet secara selamat dan bertanggungjawab. Mulakan dengan pemantauan yang sesuai, komunikasi terbuka dan pendedahan digital mengikut usia mereka.

Lindungi generasi digital kita. Pastikan mereka membesar dalam persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan sihat.


Address

Felda Selancar 5
Rompin
26700

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Felda Selancar 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Felda Selancar 5:

Share