Pssgcsm Pahang

Directions

Pssgcsm Pahang Sebuah NGO persilatan bernama Pertubuhan Silat Seni Gayong Cula Sakti Malaysia Negeri Pahang.

Keahlian terbuka kepada semua warga negara malaysia yang sihat tubuh badan.

๐Ÿ†๐Ÿฅ‰ TAHNIAH & SYABAS, WIRA PUTERI PAHANG! ๐Ÿฅ‰๐Ÿ†DARI GELANGGANG LATIHAN KE PENTAS KEBANGSAAN, KALIAN TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA...
21/09/2026

๐Ÿ†๐Ÿฅ‰ TAHNIAH & SYABAS, WIRA PUTERI PAHANG! ๐Ÿฅ‰๐Ÿ†

DARI GELANGGANG LATIHAN KE PENTAS KEBANGSAAN, KALIAN TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA USAHA DAN SEMANGAT JUANG TIDAK PERNAH MENGKHIANATI HASIL! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan bangga, Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada dua orang pesilat kebanggaan kami:

๐ŸŒŸ NUR DAMIA HASBULLAH

๐ŸŒŸ SITI ALYA AMIRA ABDUL RASHID

Atas kejayaan meraih TEMPAT KETIGA ๐Ÿฅ‰ ACARA GANDA PUTERI dalam KEJOHANAN SILAT BAKAT REMAJA KEBANGSAAN 2026, setelah membawa cabaran dan mewakili Negeri Pahang di pentas kebangsaan.

Di sebalik kejayaan ini, tersimpan seribu satu pengorbanan. Setiap titisan peluh di gelanggang latihan, setiap gerak yang diulang berkali-kali, setiap kepenatan yang ditempuhi dan setiap cabaran yang dihadapi akhirnya membuahkan hasil yang cukup bermakna.

Kejayaan ini bukan sekadar tentang sebuah pingat, tetapi lambang keberanian, kesungguhan, disiplin dan semangat juang dua orang anak muda yang tidak pernah berhenti berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Kalian bukan sahaja membawa pulang sebuah pingat, malah membawa pulang kebanggaan buat keluarga, jurulatih, pertubuhan dan seluruh warga Pahang! ๐Ÿ’›๐Ÿ–ค

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat barisan jurulatih yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu dan membimbing anak-anak didik, serta ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang, memberikan doa, sokongan dan dorongan tanpa mengenal penat lelah.

Sesungguhnya, di sebalik kejayaan seorang pesilat, ada doa ibu bapa yang tidak pernah putus dan ada pengorbanan seorang guru yang tidak ternilai harganya.

Buat Nur Damia dan Siti Alya Amira, jadikan kejayaan ini sebagai permulaan kepada perjalanan yang lebih gemilang. Jangan pernah berpuas hati dengan pencapaian hari ini. Teruskan melangkah, teruskan berusaha dan teruskan mengangkat martabat seni silat warisan bangsa.

Hari ini kalian berdiri sebagai pemenang pingat gangsa, namun perjalanan kalian masih panjang dan ruang untuk mencipta kejayaan yang lebih besar sentiasa terbuka!

Semoga kejayaan ini turut menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada seluruh pesilat muda Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia Negeri Pahang untuk terus berusaha mengejar impian masing-masing.

๐Ÿ”ฅ TERUSKAN PERJUANGAN!

๐Ÿ”ฅ TERUSKAN MENGHARUMKAN NAMA NEGERI DAN NEGARA!

๐Ÿ”ฅ TERUSKAN MEMARTABATKAN SENI SILAT WARISAN BANGSA!

Sekali lagi, tahniah dan syabas daripada seluruh warga Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia Negeri Pahang.

KATA BERSAHUT, GAYUNG BERSAMBUT,

06 Jun 2026 | PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA KILATPSSGCSM Pahang telah hadir menziarahi keluarga pesilat Gelanggang SK Sunga...
06/06/2026

06 Jun 2026 | PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA KILAT

PSSGCSM Pahang telah hadir menziarahi keluarga pesilat Gelanggang SK Sungai Puteri, Muhammad Wafiy Bin Mohd Zaharaha, yang telah ditimpa musibah kebakaran baru-baru ini.

Semoga keluarga Muhammad Wafiy terus diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi dugaan ini.

Dalam kesempatan tersebut, PSSGCSM Pahang turut menyerahkan sumbangan hasil Derma Kilat yang telah disalurkan oleh para penyumbang bagi membantu meringankan beban keluarga yang terlibat.

PSSGCSM Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan dan sokongan.

Semoga segala bantuan yang diberikan menjadi asbab kebaikan, mendapat ganjaran yang berlipat ganda serta keberkatan daripada Allah SWT.

โ€œNiat Yang Bersih, Baunya Suciโ€





๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1447H โœจ๐ŸŒ™Daripada seluruh wargaPertubuhan Silat Seni Gayung Cula SaktiBahagian Negeri PahangSemoga Aid...
27/05/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1447H โœจ๐ŸŒ™

Daripada seluruh warga
Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti
Bahagian Negeri Pahang

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kekuatan jiwa dan mempererat ukhuwah sesama kita.
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima dan dirahmati Allah SWT. ๐Ÿคฒ

โš”๏ธ Silat dijunjung, warisan dipertahankan.
๐Ÿ„ Aidiladha diraikan dengan penuh kesyukuran.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin.

28 April 2026 | JEMPUTAN KE SESI PENYERAHAN SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI PAHANGPSSGCSM Pahang telah menerima jemputan bagi ...
28/04/2026

28 April 2026 | JEMPUTAN KE SESI PENYERAHAN SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI PAHANG

PSSGCSM Pahang telah menerima jemputan bagi menghadiri sesi penyerahan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pahang yang telah disampaikan oleh YB Dato' Ir Razali Bin Kassim di Majlis Daerah Rompin pagi ini.

Pengerusi PSSGCSM Pahang, Cikgu Mohamad Faez Bin Hashim diiringi naib pengerusi Cikgu Mohamad Aiman Salman Bin Abd Razak telah hadir sebagai wakil untuk menerima sumbangan tersebut.

PSSGCSM Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.

Sokongan ini amat bermakna dalam usaha memperkukuh pembangunan pertubuhan serta kelangsungan seni warisan silat di bumi Rompin.

Semoga inisiatif seperti ini terus memberi manfaat kepada pertubuhan silat dalam membina generasi muda yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang diseru oleh Menteri Besar Pahang.

โ€œNiat Yang Bersih, Baunya Suciโ€





Turut berdukacita atas kehilangan seorang permata gayong. Cikgu Kahar merupakan antara guru lama dalam perkembangan gayo...
18/01/2026

Turut berdukacita atas kehilangan seorang permata gayong. Cikgu Kahar merupakan antara guru lama dalam perkembangan gayong dan banyak mengetahui sejarah gayong. Semoga Allah menempatkan arwah bersama orang2 beriman dan beramal soleh.

Sy pernah menumpang tidur dirumah arwah cikgu kahar di taman nirwana semasa program gayong suatu ketika dahulu. seorang guru yang baik dan penuh ilmu.

Salam takziah buat cikgu Jazwan Kahar sekeluarga atas pemergian ayahnya tercinta.

Admin : Faez Hashim

๐Ÿ”ฅ PENGAMBILAN AHLI BAHARU 2026 TELAH BERMULA ๐Ÿ”ฅSilat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia โ€“ Kuala Rompinุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„...
13/01/2026

๐Ÿ”ฅ PENGAMBILAN AHLI BAHARU 2026 TELAH BERMULA ๐Ÿ”ฅ

Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia โ€“ Kuala Rompin

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Dalam dunia hari ini, kita sering dikejutkan dengan isu pelajar sekolah terlibat buli, ponteng, vandalisme, gengsterisme dan gejala sosial
Ramai anak muda hilang arah, kurang disiplin, dan tidak mampu mengawal emosi.

Di sinilah SILAT memainkan peranan.

Silat bukan sekadar seni mempertahankan diri โ€”
ia membentuk disiplin, adab, keberanian, kawalan diri dan jati diri seorang anak Melayu.

Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia kini membuka pengambilan ahli baharu bagi sesi 2026 untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa di Kuala Rompin.

Kami menyediakan latihan di:

๐Ÿฅ‹ Gelanggang SK Sungai Puteri
๐Ÿ“ SK Sungai Puteri
๐Ÿ—“ Jumaat
โฐ 4.30 petang โ€“ 6.30 petang

๐Ÿฅ‹ Gelanggang Bandar Rompin
๐Ÿ“ Dewan Terbuka Kuala Rompin
๐Ÿ—“ Sabtu
โฐ 9.00 pagi โ€“ 11.00 pagi

๐Ÿฅ‹ Gelanggang Dewasa (18 tahun ke atas)
๐Ÿ“ Lot Kedai K2, Taman Nusa Puteri
๐Ÿ—“ Jumaat
โฐ 9.00 malam โ€“ 11.00 malam

Kami tidak hanya melatih teknik โ€”
kami mendidik akhlak, hormat kepada guru, kawalan emosi, disiplin diri dan tanggungjawab sebagai anak, pelajar dan masyarakat.

๐Ÿ“Œ Jika anak mudah marah
๐Ÿ“Œ Jika anak kurang fokus
๐Ÿ“Œ Jika anak terlalu leka dengan telefon
๐Ÿ“Œ Jika anak mula memberontak

Silat adalah jalan membina semula jiwa dan jati diri mereka.

"Ilmu silat dengan adab melahirkan manusia bermaruah.โ€

**Jom daftarkan anak anda hari ini.**
Biar mereka membesar sebagai insan yang *kuat fizikal, kuat mental dan baik akhlak.* ๐Ÿฅ‹๐Ÿ”ฅ

โœ…Imbas qr dan masuk ke group untuk dapatkan info sekarang.

16 Disember 2025 | Persembahan Majlis Persaraan Cikgu Mohamad Rosdi Bin Ismail ( GPK & Guru Penasihat Silat PSSGCSM SMK ...
16/12/2025

16 Disember 2025 | Persembahan Majlis Persaraan Cikgu Mohamad Rosdi Bin Ismail ( GPK & Guru Penasihat Silat PSSGCSM SMK Sungai Puteri )

PSSGCSM Pahang telah mengadakan persembahan silat sempena majlis persaraan Cikgu Mohamad Rosdi Bin Ismail di SMK Sungai Puteri pada pagi ini.

Cikgu Rosdi ialah insan yang telah banyak memberi sokongan kepada PSSGCSM Pahang dalam usaha mendidik dan melatih pesilat - pesilat SMK Sg Puteri sehingga ke hari ini.

PSSGCSM Pahang mengucapkan setinggi ucapan Terima Kasih atas segala jasa & pengorbanan Cikgu Rosdi.

Moga Cikgu Rosdi sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Selamat bersara Cikgu ๐Ÿ˜Š๐Ÿ™๐Ÿป

'Niat Yang Bersih, Baunya suci'





15/12/2025

12 - 14 Disember 2025 | Kursus Pemantapan Pelajaran & Ujian Kenaikan Bengkung PSSGCSM Pahang Sesi 2025

PSSGCSM Pahang telah menganjurkan kursus pemantapan & ujian kenaikan bengkung bagi pesilat - pesilat yang telah layak untuk menduduki ujian bengkung Awan Putih sehingga Pelangi Hijau Cula 4.

Seramai 80 orang peserta, jurulatih dan ajk terlibat dalam kursus yang berlangsung selama 3 hari di Sk Sungai Puteri.

Majlis penutupan kursus ini juga telah dihadiri & dirasmikan oleh wakil rasmi Yb Dato Ir Razali Kassim iaitu Yang Berbahagia En Zuleaddi Bin Man.

PSSGCSM Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada barisan Ajk & Jurulatih yang telah mengorbankan masa, tenaga dan ilmu dalam mendidik serta melatih para pesilat sepanjang tahun ini.

Semoga kem ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dan melahirkan lebih ramai pesilat yang berkualiti, berilmu dan berakhlak mulia di bumi Rompin ini.

'Niat Yang Bersih, Baunya suci'





ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡.Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia Bahagian Negeri Pahang merakamkan ucapa...
17/11/2025

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡.

Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia Bahagian Negeri Pahang merakamkan ucapan selamat menduduki Peperiksaan UPKK kepada semua para pelajar yang terlibat.

Semoga anda semua diberi kesihatan yang baik, ketenangan fikiran serta dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan.

Kami percaya bahawa segala usaha, latihan dan persediaan yang telah dijalankan akan membuahkan hasil yang terbaik.

Ambillah peperiksaan ini dengan yakin, berdisiplin serta sentiasa menjaga adab sebagai seorang penuntut ilmu.

Pihak pertubuhan mendoakan agar anda semua dikurniakan keputusan yang cemerlang, seterusnya menjadi generasi yang berilmu, berakhlak dan memberi manfaat kepada masyarakat.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงู…ูŠู† ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Sekian, Terima Kasih ๐Ÿ™๐Ÿป

Bergelanggang bukan hanya bersilat, tetapi menjaga seni, budaya, busana, adat, adab, disiplin, dan warisan bangsa milik ...
15/11/2025

Bergelanggang bukan hanya bersilat, tetapi menjaga seni, budaya, busana, adat, adab, disiplin, dan warisan bangsa milik negara.

Jika generasi seterusnya tidak terus mempelajari dan mengajarkan silat, maka segala warisan ini akan lenyap ditelan zaman.

Selesai latihan intensif minggu ini untuk persediaan ujian bengkung nanti. Harap anak2 ini istiqamah dan menjadi penyambung warisan bangsa ini.

Address

Rompin
26800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pssgcsm Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share