Ansara Muadzam

Ansara Muadzam Anak Sains Mara Muadzam Shah

Selamat Pagi!!Ada ke Ansara Muadzam Shah yang dah sampai ke MRSM Muadzam Shah hari ini?
04/10/2025

Selamat Pagi!!

Ada ke Ansara Muadzam Shah yang dah sampai ke MRSM Muadzam Shah hari ini?

24/08/2025

KSA 25

Pada minggu ini juga akan diadakan acara bola tampar lelaki ksa25. Team ansara muadzam shah turut menghantar pasukan dalam kategori open.

Memperkenalkan kapten pasukan bola tampar lelaki, saudara din, batch 2009. Kali ini merupakan penampilan kedua beliau dalam acara bola tampar ksa25.

Semoga kejayaan milik kita kapten!!

23/08/2025

KSA25

Pada minggu ini juga akan diadakan acara badminton individu dimana team Ansara Muadzam Shah menghantar 8 pasangan bagi memberi cabaran dalam kategori junior, youth dan open.

2 beregu lelaki akan berentap dalam kategori junior manakala 4 beregu akan bertanding dalam kategori youth. Sebanyak 2 beregu akan meyertai kategori open.

Memperkenalkan kapten team ansara muadzam shah bagi acara badminton, saudara farhan, batch 2014. Nama beliau tidak asing lagi dalam dunia badminton ansara.

Pernah menjadi juara ksa pada edisi 2016 tetapi ketika itu beliau mewakili ansara lain. Bermula 2019, beliau terus mengibarkan bendera muadzam shah dalam acara badminton.

Semoga dengan ketenangan yang dimiliki, mampu membawa skuad badminton muadzam shah kembali digeruni.

23/08/2025

KSA25

Team Ansara Muadzam turut menghantar pasukan kedua dalam acara futsal kategori batch 2000/2001.

Memperkenalkan kapten futsal kategori batch 2000/2001, saudara Alley, Batch 2001.

Selamat berjuang kapt!!

23/08/2025

KSA25

Team Ansara Muadzam turut menghantar pasuka dalam acara futsal kategori batch 2000/2001

Memperkenalkan kapten futsal kategori batch 2000/2001, saudara Shahrul Fadli, Batch 2000. Beliau pernah membawa skuad futsal muadzam meraih pingat gangsa pada ksa edisi 2019.

Semoga kali ini beliau mampu member cabaran serta pingat kepada Ansara Muadzam Shah!!

23/08/2025

KSA25

Pada minggu ini ksa25 diteruskan dengan sukan futsal bagi kategori senior dengan beberapa pecahan mengikut batch.

Team Ansara Muadzam telah menghantar 4 pasukan dalam sukan futsal merangkumi 3 kategori iaitu kategori batch 2006/2007 kategori batch 2002/2003 serta kategori batch 2000/2001.

Memperkenalkan kapten futsal kategori batch 2002/2003, saudara Talib, Batch 2002. Penampilan kali ketiga sepanjang KSA 25.

Selamat berjaya kapten!!

16/08/2025

KSA25

Sukan ping pong menjadi tajuk utama karnival sukan ansara 2025 pada minggu ini. Acara individu lelaki telah dijalankan serentak pada 16/8 manakala acara berpasukan pada 17/8 nanti.

Memperkenalkan kapten pasukan ping pong ansara muadzam shah, saudara Reza batch 2002. Kali ini merupakan penampilan kedua beliau. Walaupun menjadi rebutan ansara lain selepas acara ping pong ksa yg sblum ini, beliau tetap memilih utk setia dgn team ping pong Ansara Muadzam Shah.

Semoga kejayaan milik kita!!

16/08/2025

KSA 25

Minggu keenam Karnival Sukan Ansara membuka tirai dengan sukan takraw. Team Ansara Muadzam Shah menghantar 1 pasukan bagi kategori senior.

Memperkenalkan kapten pasukan takraw saudara Shafiq batch 2004 yg akan mengetuai pasukan takraw.

Semoga dengan kepimpinan beliau mampu membawa nama ansara muadzam shah ke peringkat tertinggi!

16/08/2025

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن ٱلرَّحِـــــــيمِ
Assalamu’alaikum W.B.T

Dengan penuh sukacita, dijemput semua
Bekas Guru, Kakitangan dan ANSARA Pelajar
Untuk hadir memeriahkan

MAJLIS SAMBUTAN JUBLI MUTIARA 30 TAHUN MRSM MUADZAM SHAH

🗓Tarikh
3 – 4 Oktober 2025

🏫Tempat
MRSM Muadzam Shah
& Dewan Besar DARA (Majlis Makan Tengahari)
Persiaran Dara 26700 Muadzam Shah
PAHANG

📌Sila klik pautan ini untuk maklumat terperinci majlis
https://kahwinnow.com/jublimutiara

📌Sila klik pautan ini untuk pengesahan kehadiran (RSVP) dan sumbangan bayaran sebelum
2 SEPTEMBER 2025
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdfFv8aSiB6XCKU57AA67N5CfZxOrgSHDMWIvzoAPMnSWR1JA/viewform?usp=pp_url

Sebarang bentuk sumbangan sangat di alu – alukan termasuk kepakaran bidang masing – masing.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :

📍Jawatankuasa MRSM Muadzam Shah
Timb. Pengetua : En. Muhammad Fauzi Bin Mansor : 019 4608892
Penyelaras : Pn. Hayani binti Omar : 019 9809972
Setiausaha : Pn. Rohaiza binti Zainol : 012 2775369
AJK Jemputan & Publisiti : Pn. Aslenda binti Basar : 019 7537576

📍Jawatankuasa ANSARA
Presiden : En. Wan Amirul : 018 9000954
Timb. Presiden : Datin Ella Shalwiza : 010 8676964
Setiausaha : En. Arif : 012 7339701
AJK Program : En. Suhail : 019 2276865

KSA25Pada minggu lepas, berlangsung sukan bowling Karnival Sukan Ansara 2025. Team muadzam shah hanya menghantar wakil d...
10/08/2025

KSA25

Pada minggu lepas, berlangsung sukan bowling Karnival Sukan Ansara 2025. Team muadzam shah hanya menghantar wakil dalam kategori berpasukan wanita sebanyak tiga pemain.

Nasib tidak menyebelahi pasukan wanita apabila terdapat masalah teknikal yang menyebab mereka hanya bermain 3 game berbanding pasukan lain yang bermain 4 game.

Namun begitu, team boling wanita ansara muadzam shah berjaya menduduki tempat ke-22 daripada 48 pasukan selepas mengharungi 3 game, kurang 1 game daripada pasukan lain.

Ini adalah kali pertama Ansara Muadzam Shah menghantar pasukan dalam sukan boling,karnival sukan ansara.

Tahniah & terima kasih pemain-pemain boling wanita ansara muadzam shah.

Syabas!!

Address

Rompin
26700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ansara Muadzam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share