24/08/2026
ZIARAH MAKMUR | SENTUHAN RAKYAT MAKMUR ROMPIN
Alhamdulillah, Kampung Teluk Gading menerima kunjungan menerusi Program Ziarah Makmur, Sentuhan Rakyat Makmur Rompin yang memberi tumpuan kepada ziarah dan menyantuni penduduk kampung dari rumah ke rumah.
Turut bersama dalam sesi ziarah ini ialah YB Datoβ Sri Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang; YBhg. Datoβ Saiful Zaini bin Mohd Bokhari, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP); serta Encik Jumshoiry Novdany bin Mohd Sulaiman, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman.
Kunjungan ini menjadi ruang untuk bertanya khabar, mendengar sendiri keadaan penduduk serta mendekati masyarakat Kampung Teluk Gading dengan lebih dekat.
JPKK Kampung Teluk Gading merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian turun padang menyantuni penduduk kampung kami.
Semoga kunjungan dan perhatian yang diberikan membawa manfaat serta terus mengeratkan hubungan antara masyarakat dan kepimpinan negeri.
βDekat di hati, sentiasa bersama masyarakat.β β€οΈ