Amalteam Rembau

Amalteam Rembau Amal team adalah satu pertubuhan amal dimana kami berasaskan PENGURUSAN JENAZAH SECARA PERCUMA, BANT
(1)

Assalamualaikum & Salam Aidilfitri 🌙✨Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, kami menjemputTuan/Puan/Encik/Cik..............
29/03/2026

Assalamualaikum & Salam Aidilfitri 🌙✨

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, kami menjemput
Tuan/Puan/Encik/Cik.......................................................................

🌟 Majlis Rumah Terbuka Riang Raya Skuad Amal Rembau 🌟

📅 Tarikh : 4 April 2026
🕛 Masa : 12.00 tengah hari – 6.00 petang
📍 Tempat : Teratak Skuad Amal Rembau,
Taman Chembong Jaya, 71300 Rembau, Negeri Sembilan

Marilah kita bersama-sama memeriahkan suasana Syawal,
mengeratkan silaturrahim, serta berkongsi kegembiraan.

✨ Semua dijemput hadir ✨
Kehadiran anda amat kami hargai ❤️

Salam Ramadan ke 15 semuaSgt lama tak update tentang pengurusan jenazah di bawah SAR Kami mohon maaf kerana jarang updat...
04/03/2026

Salam Ramadan ke 15 semua

Sgt lama tak update tentang pengurusan jenazah di bawah SAR

Kami mohon maaf kerana jarang update

Untuk makluman semua rekod dari 1.1.2026 hingga 4.3.2026 seramai 109 jenazah kami dapat bantu uruskan mandi dan kafan serta penghantaraan

Paling mengejutkan dari 19.2.2026 mula puasa hingga 4.3.2026 puasa ke 15 kami telah menguruskan jenazah seramai 33 org😢😥 dan kebanyakan adalah meninggal sakit tua dan majority di kawasan rembau saja

Bulan ramadhan tahun ni sgt mencabar bagi kami,
Terpaksa tinggalkan sebentar kerja hakiki dan bila ada masa sambung kerja hakiki dan kadang² terpaksa ambik cuti

Itu la pengorbanan kami pada masyarakat

Itu baru kes meninggal belum lagi kes ambulance

Apa² pun semuanya terkawal dan dapat kami permudahkan segala urusan waris

Doakan kami terus kuat membantu masyarakat yg memerlukan

Untuk makluman semua, Pihak Persatuan Skuad Amal Rembau telah sebulat suara untuk tidak membuka apa² dana berkaitan pengurusan jenazah dan sebagainya.

Insyaallah teruskan doa kami semua ya

Insyaallah pengurusan jenazah di bawah Skuad Amal Rembau tetap percuma dan tiada berselindung.








Penutup untuk tahun 2025Untuk makluman semua, kami merekodkan kes kematian yang kami uruskan mandi dan kafan sahaja pada...
31/12/2025

Penutup untuk tahun 2025

Untuk makluman semua, kami merekodkan kes kematian yang kami uruskan mandi dan kafan sahaja pada 1 January 2025 hingga 31 Disember 2024 seramai 573 org lelaki dan perempuan

Kes yg menggunakan van Jenazah sahaja kami tidak rekod,kami hanya rekod jika kami yang memandikan dan mengkafankan sahaja

Graf untuk tahun 2025 sedikit turun berbanding tahun 2024 yg mana hampir 700 Jenazah

Tapi apa² pun Syukur alhamdulillah Kami dapat membantu seramai 573 allahyarmah dan allahyarmah seraca percuma🤲🤲🤲

Terima kasih kepada supporter SAR dan penyumbang dalam senyap SAR dan semua yg mendoakan
Semoga Allah hadirkan pahala sedekah kalian kembali kepada kalian semula.
Aminn

Saya selaku Pengasas Persatuan Skuad Amal Rembau N9 dan sukarelawan SAR memohon maaf jika dalam melakukan kerja² amal seperti menguruskan jenazah, menghantar jenazah dan mengkebumikan jenazah ,jika kami terkasar terkurang dan apa² sahaja yg kami lakukan kesalahan,mohon di maafkan.

Kami hanyalah sukarelawan yg tidak di bayar gaji
Niat kami hanya memudahkan urusan waris

Doakan untuk tahun 2026 ini kami terus dan sentiasa istiqomah dgn kerja² amal ini

Salam takziah untuk semua waris yg kehilangan insan tersayang pada 2025 dan sebelumnya

Dari kami Persatuan Skuad Amal Rembau Negeri Sembilan

PERCUMA TETAP PERCUMA

ALHAMDULILLAH

Assalammualaikum semuaInsyaallah 19/12/2025 jumaat mlm sabtu minggu ini kami akan mengadakan Majlis Doa Selamat Dan Tahl...
15/12/2025

Assalammualaikum semua
Insyaallah 19/12/2025 jumaat mlm sabtu minggu ini kami akan mengadakan Majlis Doa Selamat Dan Tahlil Arwah Perdana di wakaf SAR

Majlis ini kami khas kan untuk Allahyarham dan allahyarmah yang kami pernah uruskan pada tahun 2025 dan sebelum nya

Untuk tahun ini sampai 13 Disember 2025 kami telah menguruskan jenazah seramai 540 lelaki,perempuan dan baby

Siapa yg waris² nak letak nama arwah boleh dtg ke wakaf dan tulis di dalam form yg di sediakan

Insyaallah kami akan sekalikan dalam Majlis tersebut

Di jemput sesiapa yg berkelapangan untuk hadir ya.

Semoga majlis dipermudahkan segala nya
Aminn

Address

No 8 Lorong 3 (Rumah Contoh), Taman Chembong Jaya
Rembau
71300

Telephone

+60122543835

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amalteam Rembau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Amalteam Rembau:

Shortcuts

Share